CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 678|Reply: 15

Hafiz Roshdi 2 Tahun Tolak 'Job', Takut Kontroversi Diri Bagi Impak Negatif Pada Projek

[Copy link]
Post time 13-5-2025 06:19 PM | Show all posts |Read mode


BIMBANG mendapat reaksi negatif dalam kalangan penonton, pelakon Hafidz Roshdi sanggup menolak tawaran meskipun ramai penerbit yang mahukan dia berlakon.


Kata Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi, 31, ia susulan kontroversi kes mahkamah yang melibatkan dirinya masih berjalan sejak dua tahun lalu.


"Masih ada penerbit yang tanya khabar dan beri tawaran (berlakon) kepada saya. Cuma saya sahaja ragu-ragu sebab kes (pukul) masih berjalan.


"Saya tidak mahu disebabkan saya, (cerita itu) akan jadi kontroversi. Ia merupakan perkara yang tidak baik," katanya.


Hafidz ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu, Selangor pada Selasa selepas selesai perbicaraan kes pukul bekas isteri iaitu Nurul Shuhada.


Dalam prosiding itu mahkamah memutuskan dia kini sudah dilepas dan dibebaskan.


  


Selepas selesai kes berkenaan, Hafidz kini sedia untuk kembali berlakon dan berjanji akan memberi sepenuh komitmen terhadap kerjaya seni.


"Selagi ada tawaran dan pihak produksi masih mahukan saya, saya terima sahaja untuk berlakon.


"Lakonan itu memang saya minat daripada dulu. Itu memang karier saya, jadi saya tidak akan berhenti," ujarnya.


Bercakap lanjut pelakon ini akur menerima pelbagai kecaman tatkala dia berdepan kes mahkamah yang berlarutan.


Dia kini berharap orang ramai tidak lagi bercakap buruk tentang dirinya sekali gus memberi fokus terhadap perkembangan kerjaya seni.


  


"Sebelum kes ini pun saya masih menerima persepsi buruk. Saya harap selepas kes ini selesai, semua kecaman dan persepsi itu dihentikan," luahnya.


Sebelum ini, Hafidz mendedahkan dia mahu beralih karier kepada pekerjaan belakang tabir memandangkan tidak lagi mempunyai sebarang tawaran lakonan.


Dia juga pernah bekerja sebagai penghantar barang untuk mencari nafkah buat dua anaknya. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2025 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bakat2 baru datang dan pergi.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:02 AM | Show all posts
Dh boleh ambil job berlakon balik tp mgkn dh x dpt watak hero la
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
acikonion replied at 14-5-2025 11:02 AM
Dh boleh ambil job berlakon balik tp mgkn dh x dpt watak hero la

Rasanya, sebelum cerai lagi dek hapiz ni dah x dapat tawaran hero.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:12 AM | Show all posts
Misslalala167 replied at 14-5-2025 11:07 AM
Rasanya, sebelum cerai lagi dek hapiz ni dah x dapat tawaran hero.

Yeee... Lepas dia kawin je terus merudum. Berlakon x sangat. Pd hal time tu nama dia msh kt puncak lg kot. Tiba2 jatuh tergolek sekelip mata.
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 11:43 AM | Show all posts
slow2 pis.. tak berlakon pun takpe buat je keje lain bisnes ke ape.. kalau kau tak keluar media takde la netizen hentam lg.. biarkan janda kau je meroyan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-5-2025 04:33 PM | Show all posts
MAknanya di dibebas dari tuduhan pukul isteri..kan? Yg pukul shu ngai tu shu ngai le yer? ekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 05:33 PM | Show all posts
Apis nie berlakon pun not bad, cuma kurang ketinggian utk jadi hero. tp sebenarnya that should not be issue pun sb mmg realiti laki2 malay ni gitu2 jelah tingginya pun..
slow2 la apis start balik, all the bestt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2025 05:41 PM From the mobile phone | Show all posts
tolak tepi kes dia dengan ngai. In the first place kalau heols nak cari pompuan lain, settlekan dulu hubungan dengan isteri. Bukannya ko pergi cari pompuan lain time masih jadi suami.

btw  bukan peminat ngai, kena letak disclaimer siap2 in case ada yang bengap tak reti read between the lines
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 06:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tak payah berlakon. Cari kerja lain.

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2025 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok le tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayat coverina ke tu? Sape bg tawaran tu ce share sket..takat cakap je sape pun boleh pissss oiiiii..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 11:15 AM | Show all posts
heythere123 replied at 14-5-2025 05:41 PM
tolak tepi kes dia dengan ngai. In the first place kalau heols nak cari pompuan lain, settlekan dulu ...

bukan peminat ngai tapi mesti tak follow perjalanan kes dan benang2 awal, kan. tak salahnya dia cari AY tu bila ngai tinggalkan dia terkontang kanting masa pkp dulu.. boleh godek sendiri benang2 lama tu.. penat la nak ulang2 bgtau.
disclaimer gak- bukan peminat apiz sebab tak pernah tgk pun drama apa yg apiz berlakon..tapi berminat kes ni sbb dr awal nampak seshuatu kat bini dia..
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 15-5-2025 11:15 AM
bukan peminat ngai tapi mesti tak follow perjalanan kes dan benang2 awal, kan. tak salahnya dia ca ...

i stand by my words. Settle kan dulu hubungan pastu lantak la nak kawen berapa ramai pon.
Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:09 PM | Show all posts
heythere123 replied at 15-5-2025 01:26 PM
i stand by my words. Settle kan dulu hubungan pastu lantak la nak kawen berapa ramai pon.

settlekan hubungan cemana maksud kau? cerai ? minta kahwin dua?
apiz minta kat ngai nak kahwin 2 pun ngai tak bagi, minta cerai hari2..dah bagi cerai...ini lah yg jadi sekarang..

nah..rajin baca, malas kalu, teruskan la dgn pendapat masing2..

nak baca full kat sini..https://maktabahalbakri.com/2955-keluar-rumah-tanpa-izin-suami-disebabkan-berlaku-perselisihan/


Al-Jassas ketika menafsirkan ayat di atas menyebutkan: “Allah SWT telah menyatakan dalam ayat ini bahawa setiap pasangan mempunyai hak-hak yang berbeza kepada pasangannya, dan suami mempunyai hak-hak khusus yang tidak dimiliki oleh isteri seumpamanya.” (Lihat Ahkam al-Quran, 1/453)
Dalam isu ini kami ingin menekankan bahawa dalam situasi apa sekalipun isteri tidak boleh meninggalkan rumah tanpa izin suami, walaupun terdapat perselisihan di antara mereka kecuali jika terdapat alasan yang kuat seperti  ancaman bahaya atau kemudaratan yang memaksa isteri untuk keluar. Maka dalam situasi tersebut ia  dibolehkan. Hal ini kerana Allah SWT telah memerintah para istri untuk menetap dirumah seperti firmanNya yang telah dinyatakan di atas. Pandangan ini juga merupakan pandangan yang telah disepakati oleh mazhab Hanafi, Maliki, Syafi’e dan Hanbali
Al-Nawawi menyatakan bahawa: Isteri keluar rumah tanpa izin suami adalah dikira nusyuz (Lihat Minhaj al-Talibin,hlm.264)
Dinyatakan dalam Tuhfah al-Muhtaj oleh Ibn Hajar al-Haitami bahawa: Setiap wanita layak mendapat nafkah kecuali wanita yang nusyuz iaitu  wanita yang tidak mentaati suami seperti keluar rumah tanpa keizinan suami atau menghalang suami untuk bergurau senda atau sebagainya.(Lihat Tuhafah al-Muhtaj,7/441 )
Ibn Taimiyah juga menyatakan: Tidak halal bagi isteri keluar dari rumah melainkan dengan izin suami. Jika dia keluar tanpa izin maka dia dikira sebagai wanita yang nusyuz yang melakukan dosa maksiat kepada Allah dan Rasul. (Lihat al-Fatawa al-Kubra,3/153)
Justeru kami katakan, isteri yang meninggalkan rumah tanpa izin dari suami dianggap sebagai tindakan yang bertentangan dengan perintah syara’, dan dianggap sebagai wanita nusyuz yang boleh menggugurkan nafkahnya. Oleh kerana itu, menghormati dan mentaati suami menjadi kewajipan ke atas isteri sebagai melaksanakan perintah Allah SWT.
Kami juga ingin mengingatkan bahawa dalam situasi apapun, penting bagi pasangan suami-isteri untuk berkomunikasi dengan baik. Apabila terjadi perbezaan pendapat atau konflik dalam rumah tangga, kami syorkan supaya mengadakan perbincangan yang baik. Dengan cara ini, masalah-masalah tersebut dapat diatasi secara bersama-sama dan menemui jalan penyelesaian yang terbaik seterusnya dapat meneruskan kehidupan rumahtangga dengan sejahtera dan harmoni.
Semoga Allah memberikan kefahaman yang jelas dalam melaksanakan segala titah perintahnya dan kami akhiri dengan doa:



Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2025 03:18 PM | Show all posts
Baik Apis fokus buat business. Buka gym ke, atau buka studio berlakon mcm si Hairul Azreen tu buat. Sekali sekala je berlakon.

Sebabnya, dah ramai pelakon sekarang. Apis hensem, tapi tak grooming diri betul2. Aura hero tu takde sgt.

Lagi pun selagi hayat dikandung badan, Ngai mesti meroyan tak henti2 bila Apis dapat job lakonan. Pastu tololwers pulak ikut sama mencerca. Bosan la hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.056150 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list