View: 685|Reply: 15
|
Asyik kena kecam, Fattah kayu hampir nak putus asa berlakon
[Copy link]
|
|
Pernah digelar ‘kayu’, pelakon Fattah Amin mengakui hampir berputus asa dalam dunia lakonan gara-gara dihujani pelbagai kecaman pada awal kemunculannya.
Ujar Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd. Amin, 34, persepsi negatif netizen sedikit sebanyak memberi tekanan hingga timbul keinginan untuk angkat kaki daripada dunia seni.
“Saya rasa di awal kemunculan saya dahulu memang rasa tertekan. Waktu zaman saya ‘kayu’ itu, orang boleh komen terus dekat media sosial.
“Kadang-kadang kita terbaca. Kita nak promosi drama, tapi terbaca pula orang cakap lakonan saya keras, tak menjadi. Ada juga yang kata tak pernah tengok pun saya berlakon, tapi dah kata kayu.
“Waktu itu saya fikir, mungkin inilah yang pertama dan terakhir berlakon. Rasa nak tarik diri daripada dunia lakonan,” ujarnya dalam audio siar Borak Selebriti Sinar bersama Dinar dan Falyq.
Pun begitu, pelakon filem Mat Kilau itu enggan menjadikan kritikan sebagai halangan, sebaliknya memilih untuk terus belajar dan membuktikan kemampuan diri.
Saya terima sahaja komen sebab kadang-kadang apa yang mereka cakap itu betul. Jadi saya cari jalan untuk perbaiki skil lakonan.
“Alhamdulillah, selepas beberapa projek, pengarah dan rakan seperjuangan mula nampak peningkatan. Daripada situlah saya teruskan dan tak pandang ke belakang,” kongsinya.
Duda satu anak itu turut mengakui tidak pernah menjejakkan kaki ke kelas lakonan, sebaliknya belajar melalui pengalaman di set penggambaran.
“Saya tak sempat pergi kelas masa itu. Bila habis satu tawaran, saya ambil yang lain. Saya banyak belajar dengan pelakon senior.
“Di set, saya banyak bertanya dan perhati. Sebab belajar lakonan bukan semestinya dalam kelas saja. Bila tengok pelakon lain jayakan watak, saya ambil sikit-sikit ilmu daripada mereka,” ujarnya.
Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-32 (ABP32) itu kini dikenali sebagai antara aktor popular tanah air dan telah membintangi puluhan drama serta filem sejak 2011.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Pasti penuh komen "peminat tegar" fattah
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetap kayu dan sentiasa kayu |
|
|
|
|
|
|
|
jangan risau..awak masih kayu |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 12-5-2025 10:08 PM
Pasti penuh komen "peminat tegar" fattah
Ala ala Fan in disguise |
|
|
|
|
|
|
|
Dah knp muka he cam Budiey reporter tu pulak..  |
|
|
|
|
|
|
|
Kayyy..kang kutuk lelebih anjing dia dtg cop meols walafake plak..yelah kau tak kayu |
|
|
|
|
|
|
|
Kayu apenyer. Pelakon gred A aka papan atas skrg Attah ni. Bakal penerima award FFM utk filem kulit kacang kohkoh |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 13-5-2025 08:17 AM
kerja lain pon sama je
org akan usik smpi nk benti
takat drop satu dua komen tu buat taktau je.
tp kalau org yg sama, drop komen/kutuk ulang2, bertahun2 harass? dats personal dan mesti ade motif
yela tak logik, smua org ade hidop masing2, tp hidop dia, tumpu pd kita? orait x orait
pastu jgn jujur sgt ckp psl kelemahan kite/bnde2 yg kite tak selesa
ni komen general ek, aku rasa smua org sama
akan ade sekor dua haters dlm kehidopan
cuma acik acik public figure, ramai lagi ler
https://vm.tiktok.com/ZShaApAER/ |
|
|
|
|
|
|
|
masih kayu dalam citer erma patimah keluarga |
|
|
|
|
|
|
|
dia tak kayu tak watak dia memaksanya menjadi kayu...gitu (done backup ) |
|
|
|
|
|
|
|
dia x kayu kalau dia berlakon jd diri dia meols rasa |
|
|
|
|
|
|
|
Always kayu. Tertengok drama dia dgn Fazura pun still kayu. Sumpah aku tak faham peminat taksub dia ni. Level Kpop |
|
|
|
|
|
|
|
Lemahnya..
AO sila bagi semangat kat abam. Dia kalau bercakap susah nak dengar.. Cam tenggelam suaranya. |
|
|
|
|
|
|
|
asudau replied at 13-5-2025 08:37 AM
dia tak kayu tak watak dia memaksanya menjadi kayu...gitu (done backup )
Haha ni komen acik2 keluarga itu |
|
|
|
|
|
|
| |
|