CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 635|Reply: 24

[Tempatan] Nasib guru terpaksa huni kuarters usang, tiap bulan kena potong gaji

[Copy link]
Post time 12-5-2025 11:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tatod at 12-5-2025 11:44 AM


Jaafar menunjukkan lubang pada siling sebuah unit terbiar di kuarters guru di Johor Bahru. — THOMAS YONG/The Star


Johor Bahru: KEROSAKAN siling, pendawaian elektrik tidak selamat, malah gangguan haiwan liar seperti babi hutan menjadi antara cabaran yang terpaksa dihadapi guru-guru yang menetap di kuarters kediaman guru yang semakin usang dan tidak disenggara.


Meskipun dikenakan potongan gaji antara RM150 hingga RM320 bergantung kepada gred perkhidmatan, guru-guru mendakwa tiada penyelenggaraan signifikan dijalankan sejak bertahun-tahun lalu.


Seorang guru seni yang hanya dikenali sebagai Hassan, 58, berkata, setiap kali berlaku ribut petir, beliau dan penghuni lain terpaksa menutup semua peralatan elektrik bagi mengelakkan kerosakan akibat sistem pendawaian yang rosak dipercayai kesan daripada kejadian kecurian kabel sejak beberapa tahun kebelakangan ini.


“Tiada pengawal keselamatan yang ditempatkan di kompleks ini, malah beberapa aduan telah dibuat kepada Jabatan Pendidikan Negeri berhubung siling runtuh dan bumbung bocor, namun tiada tindakan diambil.


“Kami dimaklumkan tiada peruntukan, tetapi jika benar begitu, mengapa potongan tetap terus berjalan?” katanya ketika ditemui pada Sabtu.


Menurut seorang lagi guru Matematik, hanya mahu dikenali sebagai Awie, kawasan perumahan berkenaan juga sering diganggu haiwan liar termasuk anjing, babi hutan dan monyet.


“Tahun lepas, kami terpaksa menggantikan keseluruhan karpet surau bernilai RM12,000 selepas babi hutan membuang najis di atasnya,” katanya.


Katanya, beliau tiada pilihan selain terus tinggal di situ berikutan masalah kewangan dan kesihatan isterinya yang diserang angin ahmar.


“Saya perlu tinggal berhampiran tempat kerja dan tidak mampu menyewa di tempat lain memandangkan kos sara hidup di Johor sangat tinggi,” katanya.


Kuarters itu yang dibuka pada tahun 2004 pada asalnya dianggap rumah idaman bagi guru-guru yang dipindahkan ke Johor kerana lokasinya berhampiran sekolah di kawasan bandar.


Namun, menurut seorang penduduk lama, Jaafar, kini terdapat banyak unit yang terbiar dan tidak boleh disewakan kepada penyewa baharu kerana keadaannya terlalu daif.


Pengerusi Kebangsaan Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, Datuk Yahya Jaafar berkata, banyak kuarters kerajaan di Johor sudah tidak lagi memenuhi piawaian perumahan semasa dan sebahagiannya tidak dicat semula lebih 20 tahun.


“Dengan keadaan yang begitu daif, tidak hairanlah guru-guru muda enggan menetap di kuarters ini,” katanya.


Kondisi lebih buruk di pedalaman Sabah


Di Keningau, Sabah, seorang guru yang baru dipindahkan ke daerah itu Oktober lalu terkejut apabila diberi rumah kerajaan yang keadaannya seolah-olah sebuah rumah kongsi pekerja buruh.


Guru terbabit hanya mampu bertahan seminggu sebelum rayuannya untuk berpindah ke flat guru diluluskan. Difahamkan, rumah yang ditinggalkan itu terus terbiar kerana bekalan elektrik telah dipotong, meskipun punca sebenar tidak diketahui.


Kondisi kehidupan guru-guru di kawasan pedalaman Sabah pula lebih mencabar apabila ada antara mereka terpaksa tinggal di kuarters yang sangat daif tanpa kemudahan asas.


Antara kisah paling menyayat hati melibatkan bekas guru besar, George Odol, yang terpaksa menetap dalam stor sekolah bersaiz hanya 2.74m x 4.87m selama hampir tiga tahun, sambil berkongsi dapur dan tandas sekolah bersama guru-guru lain.


George yang bersara pada November 2023, mengambil keputusan itu bagi memberi peluang kepada guru bukan tempatan untuk mendapat kuarters yang sangat terhad bilangannya.


Kisah beliau mencetuskan perhatian ramai dan menyerlahkan lagi masalah kemudahan perumahan guru yang tidak mencukupi di kawasan luar bandar Sabah.


Walaupun kerajaan negeri mengakui wujudnya isu ini, usaha penambahbaikan masih berjalan perlahan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum ini menegaskan bahawa penambahbaikan kemudahan kediaman guru di kawasan pedalaman adalah antara keutamaan kementerian. — The Star/REMAR NORDIN dan REBECCA CHONG



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 12:03 PM | Show all posts
umur 58thn pun mampu duduk kuarters je ke? tapi keje cikgu
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Rumah macam orang Arab Badwi senang maintain

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Potong gaji 320 jauh lebih murah la, org lain sewa luar 700-3000 taw, gov mmg maintenance punya mmg problem
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:11 PM | Show all posts
Meskipun dikenakan potongan gaji antara RM150 hingga RM320

Wajib ka duduk kuarters? if not pulangkan potongon tu bagi ja cari rumah di luar. RM300 kalau di KL untuk ruang sebesar kotak ja kot.

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 01:34 PM | Show all posts
Kalau ada PRK ada la yang visit, tengok mana bocor, janji fighting.



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2025 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 12-5-2025 12:03 PM
umur 58thn pun mampu duduk kuarters je ke? tapi keje cikgu

Kadang tu bukan org tempatan, sanggup merantau mengajar tempat org. Tempat iols ada je macam ni, dahnak pencen tp tak kisah mengajar di bandar. Asalnya org rumah panjang.

Ni ok lagi berdinding batu, cuba yg macam stor papan tu haaa kat ceruk hulu lglaaa adventure tinggal situ. Tp itulah duduk situ byr monthly walopun sikit je bwh 300, mcm rugi je tak maintain bangunan tu. kalau jadi warden takyah bayar pun mthly tu siap ada extra 150 cuma elaun perumahan kuranglah
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..
Itu lah kalau dok kuarters...mmg .cm tu lah..
Lmabat nak repairnya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana pergi duit pembangunan???
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 04:17 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 12-5-2025 03:50 PM
Mana pergi duit pembangunan???

Buat bayar gaji cikgu kot
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 12-5-2025 03:50 PM
Mana pergi duit pembangunan???

'simpan' tuk 'projek mengejut' PRK.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 04:56 PM From the mobile phone | Show all posts
belilies replied at 12-5-2025 02:21 PM
Kadang tu bukan org tempatan, sanggup merantau mengajar tempat org. Tempat iols ada je macam ni, d ...

tempat aku ok lg..walau kuaters tu dibina akhir tahun 1970an...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia dan maintenance mmg gagal 100%. Benak yakmat.
Esok2 kuarters tu semua jd tinggalan tpt mat pet lepak sbb solution depa bina kuarters baru. Guuuuuna sampai usang, dh nk roboh buat yg baru. Mmg dari dulu2 lg mcm tu.
Tu lom sembang condition kolej kediaman budak2 uni,matrix, asasi. Sedih nk mam!
Kalo xde bajet sgt2 pon, elok potong elaun2 MP ngn kurangkn jumlah pencen depa tu. Hat tu modal perabih ko boreh jer.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasanya yg mengajar kwsn2 luar bandar prefer sewa rumah sendiri kan? Kuarters yg laku biasanya kawasan bandar sbb lagi jimat
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:25 PM | Show all posts
annehuda replied at 12-5-2025 04:17 PM
Buat bayar gaji cikgu kot

Gaji xde kaitan weh dgn kawalselia duit baiki bangunan ni.
Peruntukan x akan ade kaitan dengan gaji.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm kak ipar aku lah sanggup dok kuarters rumah guru felda, sbb sekolah anak dia depan tu jer tpi dia dh beli rumah lain tunggu ank hbs sekolah bru pindah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 07:33 PM | Show all posts
hmmmm
pilihan sendiri nak duk kuaters
and ada elaun perumahan elaun cola

haishhhh buat malu je kurang ceredik
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu aku dok kuartes guru kt Cheras. Selesa ya amat. Dah la dkt dgn segala mak nenek.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 10:38 PM | Show all posts
Harap pihak terbabit turun padang n tengok dengan kepala sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 11:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bagi elaun macam2, perlu ke nak sediakan kuarters? Kalau betul kerajaan nak sediakan, buatkan perancangan betul2. Bukan takat buat bangunan dan tinggalkan je. Buat kuarters tinggi2, letak celah hulu kampung sudahnya kosong, xde cikgu nak duduk. Lift pun takde. Dulu2 kuarters cikgu buat macam teres. Sesuai la nak duduk, senang nak angkut barang dan anak2 ramai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.059373 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list