Langkawi: Wanita cedera selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam gaung kira-kira 10 meter berhampiran pantai di Jalan Teluk Yu di sini, 11.35 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, berkata, mangsa, 22, seorang kakitangan hotel dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Pantai Kok.
"Sejurus melalui satu selekoh, pemandu kereta terbabit hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh gaung, sebelum tercampak di tepi pantai," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
"Kes disiasat bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katany a. - HARIAN METRO
|