View: 424|Reply: 11
|
Sekarang tomboi nanti jadilah gegirl, DS Vida teringin nak tengok Cik B ada anak
[Copy link]
|
|
Sedar Cik B berimej tomboi, usahawan selebriti Datuk Seri Vida berharap anak perempuannya itu akan berubah penampilan dan kembali berperwatakan seperti lazimnya seorang wanita.
Bukan hanya itu, bersempena sambutan Hari Ibu, Vida atau nama asalnya Hasmiza Othman, 54, turut mengimpikan puterinya mempunyai pasangan hidup selain memiliki zuriat sendiri.
“Insya-Allah satu hari nanti Cik B akan jadi seorang anak bersikap ‘gegirl’ (keperempuanan), siapa kutuk Cik B tomboi satu hati nanti anda akan lihat sendiri.
“Saya tidak akan berdiam diri. Sebagai seorang ibu, saya ingin melihat kejayaan, kecantikan, kekayaan dan ingin melihat Cik B berumah tangga.
“Saya nak tengok sangat Cik B ada anak. Hari Ibu kepada saya adalah Allah anugerahkan putera dan puteri di dunia dan di akhirat,” katanya dalam hantaran Instagram.
Dalam masa sama, Vida bersyukur dianugerahkan cahaya mata dalam hidup walaupun mereka mempunyai kekurangan tersendiri.
“Kalau anda tengok saya terlalu manjakan Cik B, sebenarnya saya tak tahu nak ekspresikan macam mana rasa bertuah Allah anugerahkan zuriat kepada saya.
“Bila saya fikir balik, Cik B cakap ‘mama lahirkan Cik B begini (berisi), mama rasa sedih tak?’
“Saya cakap ‘taklah, cukup sifat pun alhamdulillah. Cik B hebat!’. Mungkin sebab faktor pemakanan, hormon, hidup selesa, semua saya sediakan untuk Cik B jadi dia berisi,” jelasnya.
Sebelum ini, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali namun semuanya berakhir dengan perceraian.
Dalam perkahwinan pertama, Vida berkahwin dengan Mohd. Amin Yasin dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Eddie Zuhdie, Edrie Zikrie, Cik B atau nama lengkapnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dan Kacak.
Namun, putera sulung dan keduanya meninggal dunia pada Ogos 2013 dalam kejadian kebakaran di kediamannya Meru Hill, Ipoh.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Harap cik b terbuka hati untuk turunkan berat badan..suka tengok konten sheols dengan kacak |
|
|
|
|
|
|
|
Cik b ni sebaya ank abby
Sorang mak harap dia kawin nnt, sorang lg dah xsabar gi kawin lari |
|
|
|
|
|
|
|
Orientasinya ke arah mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat arwah bob ku2  |
|
|
|
|
|
|
|
Mak nya pon jenis xreti style kan anak ke? Ajar la pakai baju blouse skirt cantik2. Rambut tu trim la bagi nmpk ayu. ni kau harap je anak kau tu cantik tp dressup dia hadoii mak tolong. Budak laki umur 8 tahun pon keliru ingat dia abg2 kalau x dgr suara dia. Aku pnah jumpa budak pompuan autism mak dia dressup dia cute sgt sampai org terlupa anak dia tu autism. Ni ko normal pon x leh nak fikir cmne nak jd girl cantik.. pelik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Doa byk2 lah tok vida...
Doa ibu di angkat.
Pastu bagilah sokongan moral...
bkn menggalakkan jadi mcm jantan.
Slowly berubah lah tu nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dok tengok Yati Sendayu Tinggi tu, dia siapkan anak2 dara dia kemas, elok. Walaupon muka so2 je, tapi pemakaian, sikap sopan tu, teratur la. Beza plak Tok Vida siapkan Cik B. |
|
|
|
|
|
|
|
tok bida ni udah2 la mencucuk bibio tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah macam mulut fuki dah mulut tok vida ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ank ko bkn berisi tp obesiti |
|
|
|
|
|
|
|
anak yati yg bongsu tu sopan gila ....masa kecik2 biasa jer muka standard kanak2 kena sunburn haha..dah besar cantik pulakkkk..cara dressup cara bawak diri main peranan
cik B ni maybe nanti boleh jadi ayu jugak...cuma belum masanya
|
|
|
|
|
|
|
| |
|