CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 344|Reply: 6

[Tempatan] Kebakaran Putra Heights: Penduduk terjejas dakwa sukar tuntutan pampasan insurans

[Copy link]
Post time 10-5-2025 11:24 PM | Show all posts |Read mode



Subang Jaya: Sebahagian penduduk yang terkesan dengan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights mendakwa berdepan pelbagai cabaran, terutama dalam usaha menuntut pampasan insurans rumah dan kenderaan selepas lebih sebulan insiden berkenaan.

Setiausaha Persatuan Penduduk Topaz Putra Heights Lau Cheng Chew berkata penduduk meluahkan rasa kecewa apabila mendapati jumlah tuntutan yang diluluskan syarikat insurans adalah rendah, meskipun kediaman dan kenderaan mereka terdedah kepada haba tinggi selama hampir lapan jam.

"Penilai syarikat insurans hanya membuat pemerhatian luaran terhadap kerosakan tanpa mengambil kira impak haba terhadap struktur dalaman rumah dan kenderaan. Ini menyebabkan penduduk tidak mampu membaiki kediaman mereka sepenuhnya dan mendapat ganti rugi berkaitan kenderaan secara berpatutan," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog awam bersama penduduk di sini hari ini.

Sesi yang berlangsung di Taman Putra Harmoni itu dihadiri wakil penduduk daripada 65 kediaman yang terletak di Jalan 1/3E, Jalan 1/3F dan Jalan 1/3G, bagi mendapatkan perkembangan terkini insiden berkenaan.

Dalam pada itu, Lau berkata kira-kira 30 penduduk yang mengalami kecederaan akibat insiden pada 1 April lepas turut berdepan tekanan dan kebimbangan apabila bil rawatan susulan, terutama di hospital swasta semakin meningkat.

"Setakat 20 April, jumlah keseluruhan bil rawatan mencecah RM2.7 juta. Ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh mengurangkan had perlindungan insurans mereka, sekali gus menyukarkan rawatan penyakit lain pada masa akan datang," katanya.

Beliau turut memaklumkan, terdapat beberapa penduduk yang masih belum menerima bantuan sewa berjumlah RM2,000 daripada kerajaan sementara pemaju asal Taman Putra Harmoni, Sime Darby Property membaik pulih kediaman mereka.

"Persatuan penduduk sedang memantau perkara ini dan akan membawa aduan berkenaan kepada pihak berkaitan," katanya.

Sementara itu, peguam daripada firma guaman REC Legal Farhan Ghani ketika sesi taklimat berasingan berkata 200 penduduk yang terkesan akibat kejadian itu sedang mempertimbangkan untuk memfailkan saman secara berkumpulan terhadap pihak yang bertanggungjawab.

"Sesi taklimat akan diadakan lagi bagi memberikan maklumat mengenai tindakan perundangan kepada penduduk," katanya.

Insiden kebakaran saluran paip gas pada 1 April lepas menyebabkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Insiden itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 separa musnah, 57 terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2025 07:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dpt offer claim yg rendah, jgn sign discharged letter tu sbb korang dah setuju dgn nilai yg ditawarkan. Next action buat rayuan dan bg point2 n proof2 kerosakan tu. Next kakau lepas rayuan tu pon x berpuas hati juga, boleh komplen lg dan lodge report pd BNM. Refer kat oage blkg policy ada je info utk lodge pd bnm
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni memang fishy. Sampai sekarang nama pemaju building kedai tu tak didedahkan. Apa yang kerajaan cuba selindungkan?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
tupaiterbang replied at 12-5-2025 07:50 PM
Kes ni memang fishy. Sampai sekarang nama pemaju building kedai tu tak didedahkan. Apa yang kerajaan ...

Maybe blh cek dgn PBT yg bagi kelulusan, PTG pun ada nama masa pemaju mohon tukar status tanah, buat carian mungkin ada nama2 big gun dlm BOD pemaju tu kot?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Cong ceng cong ceng Putra Height...swis sius swis but saw sis she saw sea shore Fire complaint....Petronas's responsibility yillek
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2025 12:08 AM | Show all posts
tupaiterbang replied at 12-5-2025 11:50 AM
Kes ni memang fishy. Sampai sekarang nama pemaju building kedai tu tak didedahkan. Apa yang kerajaan ...

geng payung kuning dalam tu.
kan beberapa hari sebelum kejdian ada penduduk buat report kat Majlis
tapi takde tindakan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-5-2025 12:10 AM | Show all posts
B40tastePosh replied at 12-5-2025 12:21 PM
Cong ceng cong ceng Putra Height...swis sius swis but saw sis she saw sea shore Fire complaint....Pe ...

Kita ni manusia ada 3 pecahan :

a) Pecahan Pertama - takde pekerjaan / menganggur
b) pecahan kedua - Sakit & berpenyakit
c) Pecahan ketiga - Rasuah / Rogol / Mabuk.

yang kes putraheight ni tak tahu pecahan yang mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2025 08:33 AM GMT+8 , Processed in 0.040267 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list