CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 541|Reply: 9

Ibu pecah telur pada dahi anak didakwa di mahkamah

[Copy link]
Post time 9-5-2025 08:19 AM | Show all posts |Read mode





STOCKHOLM – Seorang wanita didakwa di mahkamah Sweden kerana melakukan gangguan disebabkan jenaka memecahkan telur pada dahi anaknya, lapor laman berita Oddity Central semalam.


Ibu berusia 24 tahun dari bandar Helsingborg itu memuat naik video memaparkan perbuatannya di platform TikTok pada musim panas tahun lalu.


Video itu menunjukkan dia memberitahu anak perempuannya bahawa mereka akan memasak kek epal bersama-sama.


Dia secara tiba-tiba memecahkan telur pada dahi anaknya, menyebabkan kuning telur memenuhi muka kanak-kanak tersebut.


Anaknya kemudian memberitahu bahawa dia berasa sakit serta meminta ibunya berhenti ketawa.


Video itu menerima lebih 100,000 tontonan di TikTok, namun seorang pengguna media sosial membuat laporan polis kerana berpendapat tindakan tersebut adalah satu bentuk kekerasan terhadap kanak-kanak.


Wanita berkenaan memberi alasan bahawa ia adalah trend tular di TikTok, di mana ibu bapa di seluruh dunia membuat perkara serupa.


Tambahnya, tindakan itu adalah satu bentuk gurauan.


“Apabila saya melihat video itu, saya berfikir, ‘anda tidak boleh berbuat demikian kepada kanak-kanak’.


“Merakam dan memalukan kanak-kanak dan kemudian menyiarkannya kepada beribu-ribu penonton, ia amat memalukan dan ini adalah pendapat peribadi saya,” kata pendakwa raya Cecilia Andersson kepada wartawan.


Mahkamah Daerah Helsingborg bulan lalu mendapati bahawa wanita itu bersalah kerana melakukan kekerasan terhadap anak perempuannya.


Dia diarah membayar pampasan sebanyak 20,000 krona Sweden (RM9,000) kepada kanak-kanak itu. – AGENSI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 09:37 PM | Show all posts
Dia diarah membayar pampasan sebanyak 20,000 krona Sweden (RM9,000) kepada kanak-kanak itu.


pastu dia guna balik...  hahahaha...  tapi serious, camne nak ensure dia bayar n dia takkan pakai duit tu balik...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
[em:1:]
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 07:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Pernah tgk video tu..terpinga pinga budak2 tu..Lepas tu..terus budak tu balas dendam ..pecahkan telur kat dahi kakak or mak dia juga..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2025 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Okey bayar 9000 lepastu dia dapat balik 9000... kecuali anak dia diserahkan jagaan kepada keluarga angkat.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
eyansss replied at 9-5-2025 09:37 PM
pastu dia guna balik...  hahahaha...  tapi serious, camne nak ensure dia bayar n dia takkan pakai  ...

Masuk ke dalam trust fund untuk anaknya di mana trustee bukan mak dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2025 10:51 PM | Show all posts
kat negara omputih memang cenggini rules dia..makpak nak kuar pi kedai sat nak tinggalkan adik2 dkt abg or kakak teenager pun takleh..kena tangkap kena saman makbapak
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
burberry99 replied at 10-5-2025 10:51 PM
kat negara omputih memang cenggini rules dia..makpak nak kuar pi kedai sat nak tinggalkan adik2 dkt  ...

mungkin sebab sana xde bomoh kot.sb..bila ilang nyusahkan orng.Sini...tokmoh boleh 'meniaga'...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2025 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.048979 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list