CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 342|Reply: 1

Cuckoo Malaysia catat hasil RM1.24 bilion tahun 2024

[Copy link]
Post time 9-5-2025 08:18 AM | Show all posts |Read mode





PETALING Jaya – Cuckoo International  Berhad (Cuckoo Malaysia) mencatat hasil tertinggi sebanyak RM1.24 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, menandakan satu lagi tahun berturut-turut syarikat mengekalkan rekod pendapatan melebihi RM1 bilion, menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.


Syarikat bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada 24 Jun ini.


Menurut Pengarah Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon berkata, peningkatan hasil sebanyak 11 peratus ini didorong oleh prestasi kukuh produk Cuckoo Co-Created, yang melonjak 62.6 peratus kepada RM250.3 juta dan pertumbuhan tiga peratus dalam produk jenama Cuckoo kepada RM983.2 juta.


Syarikat turut mencatatkan peningkatan keuntungan sebelum cukai (PBT) sebanyak 23.2 peratus tahun ke tahun, disokong oleh keuntungan kasar yang lebih tinggi dan kos pembiayaan yang lebih rendah berikutan pengurangan kerugian tukaran asing bersih ke atas amaun tunggakan mata wang asing, walaupun sebahagiannya ditimbal balas oleh perbelanjaan berkaitan IPO sebanyak RM5.7 juta.


“Kami optimis terhadap hala tuju syarikat, khususnya selepas mencatatkan PATAMI terkumpul sebanyak RM128.9 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 iaitu peningkatan sebanyak 47.7 peratus berbanding RM87.3 juta yang direkodkan pada tahun
kewangan berakhir 2023,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Kian Choon menerangkan, syarikat menjangkakan prospek jangka panjang yang positif dan memberangsangkan, dipacu oleh permintaan pengguna  yang kukuh, model perniagaan
sewaan yang berdaya tahan, pelaburan berterusan dalam teknologi dan infrastruktur, serta kesiapsiagaan pasukan pengurusan kanan berpengalaman untuk mendepani landskap pasaran semasa secara strategik.


“Prestasi kewangan yang kukuh  ini mencerminkan komitmen berterusan kami dalam usaha mengembangkan kehadiran pasaran syarikat dengan memanfaatkan model perniagaan yang efektif, rangkaian pengedaran berbilang saluran (omni-channel) dan ekosistem
kesejahteraan Cuckoo Malaysia yang sentiasa berkembang.


“Kami komited untuk mengekalkan momentum ini merangkumi semua segmen perniagaan melalui penambahan unit simpanan stok (SKU) produk dan penawaran servis penjagaan kediaman, serta mengukuhkan saluran pengedaran kami di seluruh Malaysia dan Singapura,” ujarnya.


Sumber - KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2025 10:28 AM | Show all posts
mesti banyak bonus staf kan


btw cuckoo, coway ni tak masuk market us kan
sbb klu tgk filem, tv siri sana semua duk tunjuk dorg duk minum dr mesin RO yg botol biru yg besar tu

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.046008 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list