Pelakon Ruhainies memilih untuk tidak terlalu melayan komen-komen negatif di media sosial yang disifatkan mampu menjejaskan kesihatan mentalnya.
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia merasakan mereka yang meninggalkan sedemikian seolah-olah seperti tidak gembira dengan kehidupan sehingga terpaksa menyakiti orang lain.
“Kadang orang tanya saya, kenapa tak makikan balik je haters kat IG tu? Hmm… Kalau tak fake account, ini. Yang jenis-jenis macam ni.
“Nak marah tapi kadang comel jugak. Mungkin mereka pun bosan dengan kehidupan ke apa ke.
“Kalau mereka sibuk dan gembira dengan kehidupan sendiri, nak komen dekat IG orang lain pun mesti tak sempat.
“Jadi, saya husnuzon sahaja la. Kalau rasa rimas ke apa, saya padam,” tulisnya.
Pandangan itu dikongsikan pelakon drama Wifi Rumah Sebelah itu menerusi sebuah hantaran di Instagram, pada Rabu.
Kongsinya lagi, dia tidak akan tersinggung dengan tindakan tersebut sebaliknya simpati terhadap mereka yang lebih memberikan tumpuan terhadap kehidupan orang lain.
“Nak benci tu tidak la. Sebab apa yang mereka tulis atau komen itu melambangkan diri mereka sendiri in a way they are trying to show to me that ‘this is me’.
“Bukan melambangkan saya. Jadi, sebab tu saya tak marah. Lebih kepada simpati,” kongsinya lagi.
Sebelum ini, nama Ruhainies menjadi perhatian ramai selepas terpalit kontroversi tangkap khalwat bersama pelakon dan penyanyi Singapura, Aliff Aziz. - MEDIA HIBURAN
|