Edited by tatod at 8-5-2025 02:40 PM
PETALING JAYA – Gara-gara menyebut perkataan ‘perempuan gila’ yang didakwa ditujukan kepada pelakon Fazura, Janna Nick dikecam netizen atas ketelanjuran katanya ketika sesi audio siar bersama aktor Fattah Amin.
Menerusi sesi berkenaan, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 30, selaku hos bertanyakan bekas suami Fazura itu tentang perasaan selepas bergelar duda.
Namun, dalam soalan berkenaan dia menyebut perkataan tidak sepatutnya sehingga air muka Fattah turut berubah yang menunjukkannya juga terkejut.
“Lelaki bila sudah berpisah apa yang dia rasa? Rasa gembira, terlepas dari beban atau rasa macam tidak perlu hadap perempuan gila ke?
“Contoh, bukan bekas isteri kau. Aku cakap situasi lelaki, awak semua jangan salah.
“Situasi seorang lelaki yang rumah tangganya kecundang dan mereka bergelar duda. Macam mana rasanya?,” soalnya.
Rata-rata netizen menzahirkan perasaan terkilan dengan cara pelakon filem Pasal Kau itu melontarkan soalan yang dianggap tidak menghormati kaum wanita.
“Saya kurang senang dengan perkataan perempuan gila yang digunakan Janna. Sebagai seorang wanita hilang hormat sesama wanita dengan menggelarkan bekas isteri seorang lelaki sebagai perempuan gila?,” soal netizen.
“Janna, jangan lupa, mak ayah awak pun bercerai. Cuba amalkan fikir dulu sebelum bercakap,” tutur netizen lain.
“Dia bercakap dalam konteks perceraian Fattah dan Fazura. Jangan menafikan ya Janna, kata-kata awak sangat mudah nak ditafsirkan,” jelas netizen lagi.
Namun, pemilik nama lengkap Abdul Fattah Mohd. Amin, 35, pada awalnya agak terkejut dengan soalan tersebut dipuji kerana tampak kekal tenang membalas pertanyaan Janna. – KOSMO! ONLINE
|