View: 205|Reply: 3
|
[Tempatan]
Zaman sekarang mana cukup hantaran RM10,000 - Penuntut universiti awam
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Kadar nilai hantaran menjadi perdebatan di media sosial apabila rata-rata orang ramai terutama bakal pengantin menyifatkan jumlah yang ideal pada masa ini antara RM15,000 hingga RM20,000.
Nilai hantaran RM10,000 yang suatu ketika dahulu dianggap tinggi, dirasakan tidak lagi relevan dan mencukupi berdasarkan kos sara hidup semasa.
Seorang penuntut universiti awam dikenali Aina, 23, menyifatkan nilai RM10,000 tidak mencukupi bagi menampung kos perkahwinan jika semua urusan ditanggung sendiri oleh pihak perempuan.
“Saya minta RM10,000 je, tapi akhirnya dia bagi RM13,000 sebab saya yang uruskan semuanya daripada katering, pelamin sampai ke majlis nikah dan sanding. Kos keseluruhan pun cecah RM15,000.
“Kalau nak diikutkan, RM10,000 tu memang tak cukup langsung. Tapi saya faham kemampuan pasangan, jadi kita bincang elok-elok. Bukan nak ‘cekik darah’, tapi biar adil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Nuraina turut menyelar pandangan sesetengah pihak yang menganggap wanita tidak sepatutnya mengenakan hantaran yang tinggi kerana baginya nilai diberi melambangkan penghargaan terhadap insan dicintai.
“Orang selalu kata perempuan tak patut minta lebih, tapi siapa yang berhabis? Ada yang cadang ‘split’ hantaran, tapi kebanyakan perempuan tak setuju. Hantaran tu lambang penghargaan, bukan sekadar duit semata-mata.
“Lepas kahwin lagi banyak nak pakai duit. Jadi jangan pelik kalau perempuan sekarang letak nilai yang lebih realistik,” katanya.
Bagi bakal pengantin dikenali Rin, 23, keluarganya sendiri menganggap nilai RM10,000 sebagai jumlah minimum yang boleh diterima, namun masih menjadi punca perbalahan kecil antara ahli keluarga.
“Bukan sebab ‘demand’ sangat, tapi realitinya zaman sekarang, kos semua benda dah mahal. RM10,000 itu macam hantaran zaman dulu. Kalau ikutkan hati, saya nak juga minta RM20,000 tengok pada keadaan sekarang,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, jumlah tersebut hanya ditetapkan sebagai hantaran, bukan termasuk kos majlis perkahwinan.
“Jadi, kalau dikira hanya untuk hantaran, RM10,000 itu boleh dikira mencukupi juga,” jelasnya.
Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali, Adam, 25, dia menyedari nilai RM10,000 tidak mencukupi untuk menampung semua perbelanjaan, namun bersyukur keluarga pihak perempuan tidak meletakkan hantaran yang tinggi.
“RM10,000 sudah tentunya tidak mencukupi lagi-lagi zaman sekarang. Tapi saya sangat bersyukur sebab keluarga pihak perempuan tak ‘demand’ banyak dan memahami keadaan kewangan saya.
“Saya pun berpegang pada prinsip ukur baju di badan sendiri, jadi kami cuba meminimumkan kos sebaik mungkin,” ujarnya.
Adam turut berkongsi bahawa pada awalnya dia ingin memberikan hantaran sebanyak RM25,000 sebagai simbolik usia mereka, namun hasrat itu ditolak oleh isterinya, yang hanya mahukan RM10,000.
Isterinya Alisa Mahzan, 25, berkata, dia tidak mahu membebankan pasangannya yang telah banyak berkorban sepanjang enam tahun mereka bersama.
“Saya tak mahu susahkan dia. Sejak kami bersama, dia sentiasa mendahulukan saya, termasuk pergi makan pun dia tak pernah bagi saya bayar.
“Makin tinggi saya minta, makin besar tekanan dia mungkin rasa. Jadi saya rasa RM10,000 sudah lebih daripada mencukupi,” katanya. – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kereta motor dah ada, kerja stabil, rumah dah ada, rumah cukup serba serbi perabot petias dapur washing machine tv aircond dll no problem 10k
Ini kalau ptptn x abis bayar, xde harta, xde kerja kukuh 10k mana cukup |
|
|
|
|
|
|
|
10k tu untuk apa? Then kita bincang cukup tak cukup.
|
|
|
|
|
|
|
|
Wang hantaran tu buat cover majlis okeh |
|
|
|
|
|
|
| |
|