CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 238|Reply: 11

[Jenayah] Polis cekup lelaki curi pakaian dalam

[Copy link]
Post time 7-5-2025 07:19 PM | Show all posts |Read mode


IPOH – Polis menahan seorang lelaki berusia 48 tahun selepas disyaki mencuri pakaian dalam wanita yang disidai di ampaian sebuah rumah di kawasan Menglembu di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan yang dilakukan pada pukul 11 pagi itu dibuat susulan laporan polis yang diterima daripada seorang wanita berhubung kejadian itu semalam.


-Advertisement-

Katanya, berdasarkan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) milik pengadu berusia 45 tahun itu, suspek yang menunggang motosikal dilihat telah mengambil beberapa helai pakaian dalam yang disidai berhampiran pagar.


“Semakan mendapati lelaki warga tempatan itu tidak memiliki rekod jenayah lampau. Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Ipoh untuk permohonan reman esok.


“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencuri,” katanya di sini hari ini.


Terdahulu, tular rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki menunggang motosikal berhenti di hadapan sebuah rumah sebelum bertindak mengambil beberapa helai pakaian dalam yang disidai di ampaian di hadapan pagar rumah. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 07:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak sidai baju mcm ni.
Masih dlm pgr.
Mujur waktu pasang awning mmg xlajak sampai pgr sbb pikir nk sidai baju.
Sependa ngn bra lg la xpenah sidai mcm ni, malu kek jiran2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh kenapa nak tarik ampain sampai ke luar pagar?
Tak kering ke baju2 tu kalau kt porch?
Tindakan sendiri mengundang penjenayah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 8-5-2025 07:07 AM
Aku tak sidai baju mcm ni.
Masih dlm pgr.
Mujur waktu pasang awning mmg xlajak sampai pgr sbb piki ...

Aku x paham.org sidai baju luar pagar ni. Aku rse..baju² tu privacy kot. Ko sidai luar umah cmtu je. Klo umah kg ok la. Aku dok byg..anjing berkeliaran..kena baju aku..ishhh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Blkg rumah aku buat bumbung polycarbonate yg clear tu, pagar sampai ke ats
Org xleh curi baju, kucing pun xleh masuk kawasan rumah, hujan pun xbasah
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:38 AM | Show all posts
Kenapa la sidai luar rumah... Yg dlm rumah pun org curi ini kn pula kt luar mcm tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-5-2025 10:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pegi dobi je lah,sejam je dah siap kering
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 10:52 AM From the mobile phone | Show all posts
akies replied at 8-5-2025 07:21 AM
Dh kenapa nak tarik ampain sampai ke luar pagar?
Tak kering ke baju2 tu kalau kt porch?
Tindakan sen ...

Mak mertua iols suka sidai camni. N yes, seluar dalam dia pernah kena curi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2025 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 8-5-2025 11:28 AM

mesti lepas dia siom tu
dia ckp mcm acik vida
dak erghhhhh
bodo haha
(eh kejap, saya menyedari ini adelah pengalaman mnakutkn utk waniter, acik x sensitif. maafin gue, acik over dek )






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:03 AM | Show all posts
penyakit camni dikategorikan sebagai huruf apa dalam LGBTQRSTU+ ?
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:22 AM | Show all posts
Dulu i ols selalu tido rumah sepupu jenis kayu...pernah je terjadi cousin iols nampak ada mata dok memandang dr celah2 kayu tu...bila bukak tingkap nampak org lari jiran she ols rupanya...esoknya boleh buat slumber badak dia je mcm xda apa berlaku...yg paling menakutkan pervert ni kerja pak guard sekolah...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Pahammm...mgkn derang jenis yg suka tekstur kain baju derang jadi lembut sbb kena cahaya matahari macam my mom...ada sesetengah jenis kain akan jadi keras kejung kalau kering guna angin je...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 11:30 AM GMT+8 , Processed in 0.071663 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list