CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 302|Reply: 11

[Jenayah] "Final Exam Pejam Mata Je" - Kesian Dekat Lecturer Trying So Hard, Pelajar Siapkan Assignment Sehari Sebelum Pakai ChatGPT Premium!

[Copy link]
Post time 5-5-2025 01:57 PM | Show all posts |Read mode


Baru-baru ini, seorang pelajar telah membuat pengakuan yang bukan sahaja bangga dapat menyelesaikan sejumlah tugasan yang diberikan dalam sekelip mata malahan kesian dengan pensyarah yang memberikan tugasan secara mengejut dengan harapan pelajar melakukan dengan telus.

“ Jujur daripada hati I la kan, I kesian kt lecturer2 unimas especially yg boomers. They were trying so hard nak bagi assignment berlambak, assignment last minute tapi sikit pun tak menyukarkan kami,” luahnya.

Malahan, individu terbabit mendedahkan ada di kalangan mereka yang sanggup melanggan ChatGPT Premium yang berharga RM85 serta menggunakan beberapa platform AI lain seperti DeepSeek dan Gemini yang boleh diakses dengan mudah di internet.

Di samping itu, dia juga tampak bangga apabila berjaya meraih markah yang tinggi untuk subjek berkenaan ditambah pula format rujukan yang menepati keperluan di dalam tugasan tanpa perlu berusaha lebih seperti yang sepatutnya.

“Hujung-hujung sem carry mark kami semua kaw2 padu atas 50%. Final exam pejam mata je nak dptkan 30% nak score A,” tambahnya lagi.

Dengan itu, mereka boleh mengumpul carry mark yang tinggi dan boleh pejam mata mendapat baki markah dari peperiksaan akhir dalam mengecapi gred A.

Dia juga sepertinya mempersenda usaha pensyarah dengan mendakwa ia sesuatu yang sia-sia buat mereka menyediakan tugasan yang berlambak dah  akhirnya boleh disiapkan dalam tempoh sehari sahaja dengan bantuan AI.

Pengakuan yang disiarkan menerusi page Unimas Confession ini sememangnya meraih perhatian netizen dan ramai percaya kebergantungan menyiapkan tugasan universiti dengan AI semakin melarat pada saban hari sekaligus timbul isu integriti di dalam kalangan pelajar di luar sana.

“Saya tahu pensyarah awak boleh bezakan antara hasil kerja asli atau palsu. Ini bukan sesuatu yang patut dibanggakan,” tegas seorang netizen.

“Nak bila ko dah confess macam ni dan ko perlekehkan lecturer kau. Satu jer makcik nak cakap AI pasti tak ajar ko ADAB menimba ilmukan? Biar la makcik ni dari zaman dinosaur tapi makcik diajar adab menimba ilmu. Nampak sangat ko tak hormat cikgu ko,” respon bengang dari seorang netizen.

“Awak boleh menipu di atas kertas tetapi bukan dalam dunia sebenar. Masa akan tiba( merujuk kepada alam pekerjaan yang perlu implemen ilmu yang dipelajari,” tulis seorang netizen lain.

“Saya bukan lecturer UNIMAS tapi alumni shj… Kalau ya pun gen awak semua macam ni kita tunggu lah awak semua masuk industri nanti. Tengok apa jadi. Tak semua masalah boleh selesai dgn AI…all the best anak2 semua,” ujar seorang netizen lain.

Ramai risau jika kalau mereka mahu memasuki dunia profesional kelak hanya menjadi cita-cita kosong sahaja kerana tidak mempunyai skil dan ilmu yang selayaknya seperti yang dibanggakan kerana hanya menggunakan AI.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2025 01:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 01:58 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 01:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 01:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2025 01:59 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2025 02:31 PM | Show all posts
masuk bidang keje sok baru tau langit tinggi rendah


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kata...cipta teknologi untuk..MEMBANTU MEMUDAHKAN.Bila kita MANFAATKAN TEKNOLOGI UNTUK MEMUDAHKAN...kenapa nak marah,nak maki...pula????
                 
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpalah budak oiii,gelak la selagi boleb gelak. Dah start kerja nanti jangan terjun jambatan plak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 03:14 PM | Show all posts
jenis chatGPT ni kau suruh dia terangkan balik ape yg dia buat.. kt situ pun blh kantoi sbb dia tak tahu apa2.. gudluck la dik!
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 03:28 PM | Show all posts
macam budak office i..
suruh send simple email pun tak boleh ye..
so i kena cakap dia type..
jenuh woi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 06:27 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-5-2025 03:28 PM
macam budak office i..
suruh send simple email pun tak boleh ye..
so i kena cakap dia type..

Jangan tak percaya ramai manusia yang tak boleh buat ayat simple.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-5-2025 06:37 PM GMT+8 , Processed in 0.252403 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list