CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 6

[Dunia] Pendaki Malaysia jatuh di laluan Gunung Rinjani, SAR sedang dijalankan

[Copy link]
Post time 4-5-2025 08:25 AM | Show all posts |Read mode

JAKARTA: Seorang pendaki warga Malaysia dilaporkan terjatuh di laluan Toren, Gunung Rinjani di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar jam 12 tengah hari waktu tempatan, menurut pihak berkuasa taman negara.


Operasi mencari dan menyelamat sedang dilakukan pelbagai agensi membabitkan puluhan anggota daripada Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Mataram, pasukan perubatan serta unit Pencarian Dan Pertolongan (SAR) Lombok Timur.


"Mangsa masih berada di lokasi kejadian dan sedang dibantu oleh ketua rombongan serta tiga anggota daripada pasukan pendakian," kata Balai Taman Nasional Gunung Rinjani dalam kenyataan pada Sabtu.


Pihak taman negara menjelaskan, pendaki yang dikenali dengan inisial RAG, dilaporkan terjatuh di kawasan Banyu Urip oleh seorang juru pandu dari agensi pendakian, Juan Adventure Rinjani.


RAG memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei bersama kumpulan seramai 23 orang.



"Pendakian adalah satu pengembaraan, tetapi keselamatan adalah keutamaan," kata pihak taman negara, sambil menggesa semua pendaki untuk sentiasa peka, saling membantu dan menghormati alam sekitar. - BH ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2025 07:26 PM | Show all posts
hat ni ka masuk fb tadi? haku ingat org konoha saner
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
bangsa apakah?? dah nama pakai initial RAG plak dah takkan reporter takde info nama penuh?

semoga dipermudah urusan mangsa+penyelamat semua.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 09:58 PM | Show all posts
syamzana replied at 5-5-2025 07:53 PM
bangsa apakah?? dah nama pakai initial RAG plak dah takkan reporter takde info nama penuh?

semoga d ...

Wartawan copy paste. Sumber indon.

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:00 PM | Show all posts
Rennie terjatuh ke jurang sedalam 100 meter, tentera dan polis Indonesia sertai SAR
Agensi


PASUKAN SAR digerakkan untuk memindahkan pendaki yang terjatuh di Gunung Rinjani, semalam. FOTO dok. SAR Mataram via IDN Times

Mataram, Indonesia: Pendaki Malaysia, Rennie Abdul Ghani, yang maut ketika pendakian di Gunung Rinjani, semalam, dilaporkan terjatuh ke dalam jurang sedalam kira-kira 100 meter di laluan Torean, menurut laporan IDN Times.

Mangsa, Rennie, 57, terjatuh di kawasan Banyu Urip sekitar 1 tengah hari waktu tempatan ketika menuruni laluan dari Danau Segara Anak menuju Torean bersama rombongan pendakian.

Menurut Balai Taman Nasional Gunung Rinjani (BTNGR), insiden itu berlaku di kawasan yang terkenal dengan laluan mencabar dan curam, sekali gus memerlukan penggunaan peralatan khas pendakian untuk operasi pemindahan mangsa.

Susulan laporan kejadian, Kantor Pencarian dan Pertolongan (SAR) Mataram segera menggerakkan pasukan dari Pos SAR Kayangan dan pejabat utama di Mataram, yang kemudiannya bergabung dengan pasukan gabungan termasuk Tentara Nasional Indonesia (TNI), Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri), BTNGR, Emergency Medical Help Community (EMHC) Rinjani, Unit SAR Lombok Timur, malim gunung tempatan serta komuniti pendaki.

Koordinator Pos SAR Kayangan, Lalu Muhammad Hilmi, memaklumkan pasukan membawa peralatan mountaineering (mendaki gunung), dron terma, kit perubatan, sistem komunikasi dan sokongan lain untuk misi menyelamat yang sedang dijalankan.

"Usaha pemindahan kini sedang dijalankan, dan pasukan SAR gabungan berusaha sedaya upaya untuk mencapai serta memindahkan mangsa dengan selamat," katanya.

Ketua BTNGR, Yarman, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian daripada pemandu pelancong di bawah agensi Trekking Organizer, Juan Adventure Rinjani.

Difahamkan, mangsa masih berada di lokasi kejadian dan dijaga oleh ketua rombongan bersama tiga kakitangan Juan Adventure Rinjani.

"Proses pemindahan sedang berlangsung dengan penyelarasan pelbagai agensi. Seramai 10 anggota dari Basarnas Mataram, 8 dari EMHC dan 11 dari Potensi SAR Lombok Timur terbabit dalam operasi ini," jelasnya.

Difahamkan, Rennie salah seorang daripada 23 ahli kumpulan pendaki yang memulakan pendakian melalui laluan Sembalun pada 1 Mei lalu.

Kejadian ini menambah kepada siri kemalangan pendakian yang membimbangkan sejak pembukaan semula aktiviti mendaki Gunung Rinjani pada 3 April lalu.

Pada 27 April, seorang lagi pendaki Malaysia dikenali dengan nama ringkas CUC turut mengalami kemalangan ketika melalui laluan Sembalun menuju Danau Segara Anak.

Mangsa tergelincir kira-kira 200 meter di bawah kawasan Pelawangan dan mengalami patah kaki sebelum berjaya diselamatkan dan dipindahkan ke shelter kecemasan pada petang hari sama.

Terdahulu, pada 14 April, seorang pendaki tempatan dari Bojonegoro, Jawa Timur, RBA, 22, juga tergelincir ketika cuba mengambil tongkat yang terjatuh di laluan curam berhampiran puncak Rinjani, namun bernasib baik tidak mengalami kecederaan serius.

Peningkatan kes kemalangan ini menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan laluan-laluan pendakian di Gunung Rinjani yang popular dalam kalangan pendaki tempatan dan antarabangsa.

Pihak berkuasa menyeru semua operator pendakian dan pendaki supaya mengambil langkah berjaga-jaga, mematuhi prosedur keselamatan serta memastikan kecukupan peralatan sebelum memulakan ekspedisi ke gunung berapi aktif itu.

Disiarkan pada: Mei 4, 2025 @ 1:40pm


Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam location filem ni:

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2025 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 5-5-2025 10:00 PM
Rennie terjatuh ke jurang sedalam 100 meter, tentera dan polis Indonesia sertai SAR
Agensi


laa dah mati...baca artikel tt tepek ingatkan hidup lagi sbb sama mcm paragraph ni

"Difahamkan, mangsa masih berada di lokasi kejadian dan dijaga oleh ketua rombongan bersama tiga kakitangan Juan Adventure Rinjani"

ingatkan dijaga tu sbb cedera badan takleh gerak.
sabahan kah dia ni?? nama sama mcm kwn iols tp nama ayah lain
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-5-2025 01:35 AM GMT+8 , Processed in 0.035925 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list