CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 190|Reply: 3

[Tempatan] Lagi kes kena gigit anjing di Port Dickson

[Copy link]
Post time 7-5-2025 07:17 PM | Show all posts |Read mode


PORT DICKSON – Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera akibat digigit anjing dalam kejadian di Taman Lukut Makmur, di sini, petang semalam.


Mangsa, Wan Ahmad Wan Endot berkata, dia dikejar anjing ketika mahu masuk ke inap desa disewa rakannya.


-Advertisement-

“Anjing tu berada di hadapan pagar inap desa, tiba-tiba sahaja haiwan itu kejar dan gigit di bahagian kaki.


“Disebabkan kecederaan ini, saya telah pergi mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta dan diberikan suntikan terlebih dahulu bagi mengelakkan jangkitan,” katanya ketika ditemui di Taman Lukut Makmur, di sini, hari ini.


Ujar Wan Ahmad, dia baharu sahaja seminggu menetap di inap desa berkenaan bersama enam lagi rakan-rakannya memandangkan mereka bekerja sementara di kawasan Stesen Janakuasa Jimah East Power.


Menurutnya, sebelum menetap di inap desa itu, pemiliknya telah memaklumkan terdapat banyak anjing di kawasan taman tersebut serta banyak juga kes penyewa dikejar binatang itu.- KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2025 07:37 PM | Show all posts
tembak jela anjing2 liar yg berkeliaran ni... dekat taman iols pun nk jogging pn kadg takut2 sbb ad anjing liar
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2025 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ishhh payah la bila kena gigit
Somi dah kena dah sikit jer luka
gi sime darby kena 200 cuci sikit jer
Vaksin rabies kena ratus2 jugak kat pantai hospital ulang 5x kot
Ni dah buat aduan kat mp sepang takde pun tindakan kutip strays kat depan mcmc ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2025 08:44 AM | Show all posts
dagusengett replied at 7-5-2025 11:16 PM
Ishhh payah la bila kena gigit
Somi dah kena dah sikit jer luka
gi sime darby kena 200 cuci sikit je ...

mp sepang memang, buat kerja ala kadar...

i'ols pernah buat aduan anjing liar kat taman..siap tunjuk gambar anjing2 ni berkumpulan.. dia jawab aduan berasas, tapi dah buat operasi tiada anjing dapat ditangkap..

anjirr nya, ntah betul ke tak dorang buat operasi tu..ke sekadar cakap atas kertas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-5-2025 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.189686 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list