CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 264|Reply: 5

[Tempatan] Minta hantaran RM50,000, lelaki pilih berpisah secara baik

[Copy link]
Post time 4-5-2025 12:17 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Seorang lelaki memilih untuk menamatkan hubungannya secara baik selepas diminta menyediakan wang hantaran sebanyak RM50,000 yang dianggap di luar kemampuan kewangannya.


Menerusi perkongsian oleh @Zafreezaharidan di Threads, dia memuat naik tangkap layar perbualan di WhatsApp antara dirinya dan bekas kekasih yang menunjukkan keputusan untuk berpisah secara baik.


“Saya faham, nak menolak seseorang itu memang susah sebab mengecewakan orang bukan sesuatu yang baik. Tapi terus mengecewakan dalam jangka masa panjang adalah lebih menyakitkan.


“Tahun lalu saya pernah menolak seseorang dan beginilah cara saya melakukannya,” katanya dalam hantaran tersebut.




Dia menyatakan dengan jujur bahawa permintaan hantaran tersebut adalah terlalu tinggi dan berharap wanita tersebut bertemu jodoh yang mampu memenuhi permintaanya.



Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi dan perdebatan hangat dalam kalangan orang ramai, dengan kebanyakan memuji kejujurannya menolak wanita tersebut.


“Ini lagi bagus daripada jangka masa panjang gaduh tentang masalah kewangan. Tidak salah pun sesi kenal mengenal malah dah tunang masih boleh putus, kata @Nurfitrah530.




“Bagus lelaki itu dapat bagitahu dengan cara yang baik. Saya setuju dekat situ dah nampak seperti tidak sekufu jadi seeloknya berpisah sahaja. Biar sakit sekarang dari merana sepanjang hidup, kata @Maikenieh.


“Dalam ekonomi yang macam ini RM 50,000 adalah terlalu berlebihan. Nanti akan letak beban dekat lelaki dengan keluarganya, kata @Elliehamed. – KOSMO! ONLINE




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
That means selama ni dia hanya pau kau je nok. Kalau betul  kenal dan sayang, dia dah tau apa kemampuan you.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 01:42 PM | Show all posts
Apa fungsi hantaran ni aku pun konfius. Nak tunjuk how much the girl is worth, or how deep is your love or how deep is your pocket?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Wang hantaran tarak dlm Islam

Kalau ada..umat Islam sudah pupus sejak zaman nabi..dh masing2 letak hantaran melampau..pstu ramai umat Islam xkawin2..psl rata2 peluk Islam tu org miskin dunia.

Pada aku .penerusan budaya wang hantaran dalam masyarakat Melayu dlm zmn AI chatgpt ni .. menujukkan bakal keluarga pengantin perempuan adalah bangang abadi pemikirannya..psl masih tak reti2 nk follow kawin cara Islam cmne..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 02:35 PM | Show all posts
batmana replied at 4-5-2025 02:22 PM
Wang hantaran tarak dlm Islam

Kalau ada..umat Islam sudah pupus sejak zaman nabi..dh masing2 letak  ...

mostly wang hantaran mahal2 ni sebab nk brag je. xleh kalah ngn org lain.. xkira la anak ke parents ke.. ada pernah tgk satu kes ni nak hantaran mahal sbb kakak dia kahwin dpt hantaran tinggi.. tapi si kakak dia tu takpe la kahwin dgn anak org ada2 la jgk..and mmg si parents orka ni yg nak bagi hantaran tinggi time wedding..dia bg suprise time wedding day tuh.. bkn sbb kakak dia mtk..

si adik(perempuan) ni xnak kalah walaupun dia kahwin ngn org biasa2.. si laki end up buat loan .. and si laki xbuat majlis pon belah dia.. and si adik ni selalu menganjing pasal laki dia x buat majlis .. kesian lak aku tgk dpt wife materialistik gini

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2025 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
X salah pon nk letak hantaran tinggi.
Ade sorg tiktoker rina tu, lecturer die cite, hantaran Siti Khadijah as bersamaan 200k nok.

Lupe dah ade lg die cite dlm tt tu. Bole cari balik but it's an eye opener..
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-5-2025 04:48 PM GMT+8 , Processed in 0.486880 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list