KECANTIKAN yang dimiliki Ummi Nazeera memang tidak perlu lagi dipersoalkan. Boleh dikatakan, Ummi antara aktres yang memiliki wajah Melayu yang manis dari pelbagai sudut pun.
Namun bukan perihal cantik yang Diva nak kongsi tetapi mengenai pinggang ramping Ummi.
Sejak kebelakangan ini ramai yang memuji Ummi semakin kurus sehingga ada pula menyifatkan pinggang bintang drama Andai Tiada Dia itu bersaiz kerengga!
Memang kecil betul kalau saiz kerengga tetapi setahu Diva, Ummi memang kurus sejak dulu dan tak tahu kenapa pujian sebegitu membanjiri ruangan komen media sosialnya.
Mungkin juga busana yang dipakai Ummi membuatkan dia kelihatan kurus berbanding sebelum ini.
“Tolong Ummi kongsi tips dapatkan badan sekecil sekarang.
“Cemburunya dengan saiz pinggang kerengga dia! Makin cantik persis anak dara,” komen netizen.
Mungkin Ummi perlu kongsikan rutin pemakanan atau amalan diet. Iyalah, ramai yang nak kurus selepas musim raya ini.
DIVA: Tak sabar tunggu drama mahkamah Zehra Zambri, Edika, Datuk Nora dan Along Cham minggu depan?- KOSMO! ONLINE
|