CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 532|Reply: 19

[Jenayah] Pelajar IPT didakwa ‘bersama’ kekasih dalam kereta ketika Aidilfitri

[Copy link]
Post time 30-4-2025 05:22 PM | Show all posts |Read mode


JOHOR BAHRU – Ketika orang ramai gembira meraikan Aidilfitri, seorang pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam mengambil kesempatan melempiaskan nafsunya dengan kekasih bawah umur di dalam sebuah kereta di kawasan pangsapuri di Kulai, pertengahan bulan ini.


Perbuatan jijik tertuduh, Muhammad Haziq Jemain, 20, itu terbongkar sehingga dia didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.


Mahasiswa jurusan diploma kejuruteraan penyelenggaraan pesawat sebuah IPT di Selangor itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.


Mengikut pertuduhan pertama, pemuda itu didakwa melakukan sentuhan fizikal dengan menyentuh dada pelajar perempuan tingkatan satu.


Manakala pertuduhan kedua pula, dia didakwa melakukan dengan amang dengan tujuan seksual di hadapan mangsa yang sama yang berusia 13 tahun.


Kedua-dua perbuatan keji itu didakwa dilakukan tertuduh di dalam sebuah kereta Perodua Axia pada pukul 11.40 pagi di tepi jalan berhampiran sebuah pangsapuri di Kulai, 15 April lalu.


Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak 2017 yang memperuntukan penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.


Manakala pertuduhan kedua pula, pendakwaan dikemukan mengikut Seksyen 15(c) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak 2017, yang boleh kenakan hukuman penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Fadilah Johanuddin manakala tertuduh diwakili peguam bela Mohamad Isa Mohamad Basir.


Nor Fadilah memohon tidak sebarang jaminan ditawarkan namun jika atas budi bicara mahkamah, pihak pendakwaan menawarkan kepada mahkamah jaminan sebanyak RM20,000 dikenakan terhadap tertuduh dengan seorang penjamin, perlu melapor diri ke balai polis berhampiran, menyerahkan pasport dan tidak mengganggu saksi pendakwaan.


Mohamad Isa memohon satu jaminan yang rendah memandangkan tertuduh masih belajar dan ditanggung sepenuhnya oleh ibunya yang bekerja sebagai seorang guru dan bapa pula adalah seorang peniaga.


Mahkamah membenarkan tertuduh dijamin sebanyak RM14,000 dengan seorang penjamin, perlu lapor diri ke balai polis berhampiran, tidak dibenarkan mengganggu saksi pendakwaan dan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah.


Kes disebut semula pada 11 Jun depan.-KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak 13 tahun kau bantai. Gila.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 05:42 PM | Show all posts
ni yg keta merah xde tinted tu ke...
pdn muka ko setan ikut sgt nafsu...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-4-2025 05:32 PM
Budak 13 tahun kau bantai. Gila.

Suka sama sukaa
Tapi sebb budak tu bawah umur kena la charged amang seksual or rogol
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:13 PM | Show all posts
lilacomot replied at 30-4-2025 09:42 AM
ni yg keta merah xde tinted tu ke...
pdn muka ko setan ikut sgt nafsu...

haaa haku ingat clip tu.. yg acik2 pakai kopiah ketuk2 pintu tu ekk
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
anggeriklatifah replied at 30-4-2025 10:07 AM
Suka sama sukaa
Tapi sebb budak tu bawah umur kena la charged amang seksual or rogol

Suka sama suka pun tetap gila. Dia yang besar. Dia yang berumur 20. He should know better. 13 tahun, badan dan macam mak budak pun, pemikiran masih la budak2. Kalau budak tu dah rosak pun, dia tak patut ambik kesempatan tambah rosakkan budak tu. Ni la jadi kalau dari tadika sampai Tingkatan 5 dipaksa blaja agama kat praskolah kat SK kat SAR kat SMK tapi ntah la takda pekdah tak menjadik pun ujung2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2025 06:19 PM | Show all posts
sedap sama-sama kena sebat sorang-sorang..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:20 PM From the mobile phone | Show all posts
amboii.. aummm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 06:37 PM | Show all posts
Amboiiii kemain kau dikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Rendahnya intelek Komen sedap sama lelaki je yg kena sebat. For god's sake budak bawah Umur otak pon belum berkembang walaupun dia dah gatal.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:21 PM | Show all posts
Umur 13 tu dekk.. takder rasa empathy ko haziq. Selayaknyalah
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedap sama-sama, kena sebat sorang jah sister…







Sekian akak sekadar komentar untuk menambah geram ummah forumers sissy.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Mudanya gf ko dik
Cari la yg sebaya keatas
Belajar ipt tapi masih bebal
Dalam kelas belajar ke tido?
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 30-4-2025 06:14 PM
Suka sama suka pun tetap gila. Dia yang besar. Dia yang berumur 20. He should know better. 13 tahu ...

Tapi bebudak sekarang
Maaf syakap la eh
Baru darjah 3 tapi penampilan,bentuk badan dah sebaya emaknya yang 40-an yang tak jaga badan
Out semuanya
Ntah la apa sebab
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
dah pic terpampang gitu malu pakmak...kat uni mesti riuh geng2 dok membahan takdan2 dlm kete pun jadi. kalau jatuh hukum jenuh masuk jail.
mcm gini dikira pedo la kan??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
13 tahun??? Alasan suka sama suka ni aku rasa valid kalau dua2 bawah umur. Jantan ni 20 tahun tau.. bukan 12 tahun. Aku masa umur 12 tahun ingat kalau mandi dalam kolam renang pon boleh mengandung, gitu la level pemikiran aku masa tu. Nak victim blaming pon agak2 la.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sapeka replied at 30-4-2025 12:16 PM
Tapi bebudak sekarang
Maaf syakap la eh
Baru darjah 3 tapi penampilan,bentuk badan dah sebaya emak ...

Zaman 1940an pun camtu. Sebab tu orang dulu2 bodoh pi kawinkan budak2 umo 9-13 tahun. Bodoh nak mampus. Tengok dah tumbuh tetek, dah haid, terus pi kawinkan. Otak fikir seks seks seks seks seks seks seks jah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 10:22 PM | Show all posts
syamzana replied at 30-4-2025 08:21 PM
dah pic terpampang gitu malu pakmak...kat uni mesti riuh geng2 dok membahan takdan2 dlm kete pun jad ...

Paedo tak paedo bergantung dia tertarik sebab budak tu nampak macam kanak2 atau nampak macam dewasa. Umur is almost irrelevant.

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku ingatkan bwh umur tu 16, 17 ke
Skali br 13 la bodoh!!!
Patut otak belajar pandai ni ko bimbing la dia, ni lain yg ko ajar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 11:41 PM GMT+8 , Processed in 0.064080 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list