CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 11

Hampir 10 Tahun Kahwin, Setiap Malam Hairul Hantar Mesej Cinta Buat Hanis Zalikha - “Saya Tetap Mesej Hanis Setiap Malam Sebelum Tidur"

[Copy link]
Post time 30-4-2025 08:03 AM | Show all posts |Read mode




Pelakon Hairul Azreen mendedahkan dia sentiasa berusaha untuk menyemai rasa cinta terhadap isterinya, Hanis Zalikha meskipun usia perkahwinan mereka bakal mencecah 10 tahun pada Jun depan.

Memetik Harian Metro, Hairul berkata sejak awal perkahwinan lagi dia akan menghantar mesej romantis buat isterinya setiap malam sebelum tidur dan pelbagai topik dibualkan antara mereka.

“Saya tetap mesej Hanis setiap malam sebelum tidur walaupun kami duduk sebumbung. Walaupun boleh saja berbual, saya tetap lebih suka hantar mesej.

“Kebiasaannya, waktu malam saya akan berada di bilik gimnasium di rumah, manakala Hanis bersama anak-anak. Ketika itulah saya ambil peluang untuk mesej dia.

“Kami memang kerap berbual mengenai macam-macam perkara seperti perniagaan, perancangan dan sebagainya. Tapi bagi saya, sebelum tidur sangat penting untuk luahkan apa yang saya rasa melalui mesej,” katanya.

  


Sementara itu, Hairul berkata dia bukan lelaki yang pandai meluahkan isi hati serta perasaan secara bersemuka dan perasaannya terhadap isteri seperti ketika mereka di awal bercinta.

“Mungkin ada yang anggap tak perlu dah nak cakap benda-benda manis sebab dia dah jadi isteri. Tapi bagi saya, walaupun dah hampir 10 tahun berkahwin, perasaan saya tetap macam awal bercinta.

“Hanis pun selalu balas mesej saya panjang-panjang. Bila bercakap mengenai keluarga, itu cara saya. Saya tak pandai cakap banyak, hanya mampu berikan yang terbaik saja,” katanya.

Hairul dan Hanis kemudian mendirikan rumah tangga pada 8 Jun 2015. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, iaitu Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.

SUMBER: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 08:42 AM | Show all posts
hhrrrmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:48 AM | Show all posts
ok si lembam..next...
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullilah bagus lah.

Andai kata esok lusa jadi lain..
Jgn lah pulak berperang bertikam lidah mcm pasangan2 yg sedang bertempur kat soc med ya. Dijauhkan laaa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:52 AM | Show all posts
Hairul ni dgn Shaheizy Sam
diorg ni nmpak ada bonding dgn anak2
mmg anak2 rapat & comfortable
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:59 AM | Show all posts
takde sapa tanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2025 09:03 AM From the mobile phone | Show all posts
chandrahusin replied at 30-4-2025 08:52 AM
Hairul ni dgn Shaheizy Sam
diorg ni nmpak ada bonding dgn anak2
mmg anak2 rapat & comfortable

Mmg jenis2 bapak yg rajin melayan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:08 AM | Show all posts
yelahhh nextttt.. takda sapa nk tau pasal korang ni kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Yelah sejenis hp berjahit kat tangan
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Lorrrr kalau ucapan I love you kebanyakan org mmg ucap hari2 kat laki bini...kehkeh...semua nk jd terpaling nk bgtau satu dunia..padahal org lain dlm diam2 pun biasa ucap
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 10:19 AM | Show all posts
Walaupun cringe tp okay la jugak ada effort. Semoga berkekalan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 10:35 AM | Show all posts
hala...hala
terpaling ada bini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-4-2025 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050426 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list