CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 831|Reply: 21

‘Mungkin bila dah mati nanti, baru orang hargai saya’

[Copy link]
Post time 29-4-2025 03:40 PM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR – Penyanyi dan komposer Amylea Azizan, 39, berpendapat bakat sesetengah pengkarya muzik di Malaysia masih dipandang enteng.


Memberi contoh dirinya sendiri, kata Amylea ada pihak yang masih terperangkap dalam momen ketika dia menjadi peserta Akademi Fantasia musim ketiga (AF3) dulu.


“Bila saya buat ‘live’ dalam media sosial, akan ada yang bertanya dah lama tak nampak saya menyanyi sejak AF3. Sedangkan saya aktif sahaja selepas tamat AF3 hingga sekarang.


“Sudah berpuluh-puluh lagu yang saya hasilkan sejak 17 tahun lalu. Saya punya kalatog dan profil yang bagus untuk diceritakan. Kenapa masih bertanya tentang saya sewaktu berusia 18 tahun dulu?


“Disebabkan perkara ini jugalah kadang kalau membuatkan saya rasa takut dan tidak berani untuk menonjolkan diri ke depan. Kerana orang masih melihat saya sebagai Amylea AF3,” katanya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Studio Village, di sini, semalam.


  


Pernah melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL) menerusi lagu Tak Pernah Hilang, kata Amylea kini pentas besar itu bukan lagi menjadi impian utamanya.


“Ramai yang selalu tanya saya bila lagi nak ke AJL. AJL bukan lagi segalanya untuk saya sekarang.


“Ramai lagi penulis lagu yang berasakan bahawa mereka tidak dihargai selayaknya sewaktu mereka masih hidup. Mungkin situasi ini akan terjadi kepada saya satu hari nanti.


“Bila saya sudah tak ada, baru orang akan hargai. Tetapi bila saya fikirkan semula, bakat yang Allah bagi pada saya hanyalah pinjaman. Bila saya mati nanti, apa yang tinggal di dunia nanti pun bukan saya yang punya,” ujarnya.


  


Tambahnya lagi, untuk melangkah ke pentas AJL juga memerlukan modal yang banyak.


“Untuk memperjuangkan sesuatu lagu hingga mara ke pentas AJL anda perlukan modal yang cukup. Persembahan di AJL sekarang sangat lain. Kalau tak ada modal yang cukup, macam mana nak buat persembahan yang gah.


“Saya rasa saya tidak berkemampuan kerana saya seorang pengkarya bebas. Saya belum mampu untuk menghabiskan berpuluh ribu untuk satu persembahan.


“Tetapi kalau lagu yang saya tulis untuk artis lain, saya akan sokong apa sahaja yang mereka lakukan kerana mereka ada syarikat rakaman yang mampu untuk ‘push’ lagu itu ke situ.” –KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2025 03:57 PM | Show all posts
matang jawapan


ada satu IV die psl lagu raya terbaru tokti
mcmn die dgn aisha retno dpt idea utk buat lagu tu
reference dpd lagu senario rupanya
pdn la rentak tu nk seakan

Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:59 AM | Show all posts
Sebenarnya dia ni pun power je nk gubah lagu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 02:48 PM | Show all posts
Dia ni pandai gubah lagu tapi tu ler rupa pun marhaen kan.. gosip pon takde.. eh dia dah kawen kan?

Lupakan je lah Amylea nak ke AJL.. AJL tu penuih dgn politik taik artis tau.. sapa pandai bodek dia dpt le ke AJL walalu lagu x penah dengar apatah lagi menjadi siulan - kataku mempitenah wargakerja AJL
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
takpe kaka
better teruskan buat lagu2 ost drama/filem atau utk retis lain..berlakon pun ada kan..
seribu tahun & seribu tahun lagi version amylea tu mmg best dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Af3 tu marsha jela mendunia skrg..pdhl semua suara sedap. Marsha pun ambil masa lama jgk nk naik. Idayu, amylea, felix.. Rindulaaa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-4-2025 05:04 PM | Show all posts
She berbakat sangat-sangat, tapi sayang, she kuat merentan & too defensive jugak.
Peminat nak tegur sapa pun malas, time live pun asyik nak betulkan orang address dia as ''peminat dari zaman AF'pun she merentan kata orang tak move on....dah itu je tempat orang ingat kau??? sooo"?? dengan wartawan pun jenis bolayan, so orang malas nak cover cerita kau... tak habis2 cerita penghargaan la apa lah, memilih rupa lah... cerita duduk susah kat langkawi lah... dah recording company kau pun jenis tak push to market kan? kalau banyak show, promote lah...rajin2 lah post something.. dengan peminat pun tak ramah..susah lah.. kawan meols pernah cover lagu OST dia, dia boleh report kata mengganggu views official MV dia.. hahahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 05:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu² Amylea ni pun byk naik sbb jadi OST drama² shahrulezad..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau ni attitude xbest. Dr zaman af org xsuka kawan dgn kau. Sejenis negative thiking. Marsha sama season dgn kau, elok je mendonia skrg.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 06:00 PM | Show all posts
since sheols banyak kerja behind the scene, of coz la orang ingat sheols sebab AF3 jahh... tak malu ke mintak penghargaan macam besar naw naw pengorbanan sheols dalam industri? nak lebih sila work harder jgn mengeluh jahhh
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:04 PM | Show all posts
ada satu lagi dia yg tak femes tapi sedap

Pangeran

dia tulis utk hasben dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
aku suka amylea ni sbb lagu sedap2. suara pun soothing je

tapi baru aku tahu dia ni ada masalah attitude? erm patut la susah naik
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 30-4-2025 09:04 AM
She berbakat sangat-sangat, tapi sayang, she kuat merentan & too defensive jugak.
Peminat nak tegur  ...

kan and she so boring so duk diam2 buat lagi dah la janji duit masuk..jijiksnye perangai pergi report syukur la ada org sudi nak cover lagu kau..aku tak suka sangat lagu dia yang dia nyanyi sebab semua pattern sama je mendayu-dayu btw she bertuah sebab radius one selalu amek lagu she buat ost kalau harapkan diri sendiri haruslah sendu diawan lalu..
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
uish tak sangka jugak. kalau betul perangai dia cenggitu. bawak² la bersabar ye
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
dan teruskan berkarya
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:07 PM From the mobile phone | Show all posts
dapat suami pun herlok, tinggi, manis hitam, keja pun ada. moga beroleh rezeki zuriat selepas ni. amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-4-2025 09:36 PM | Show all posts
macam muka mass factor
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Boring dia ni...orang sebut kau masih di af3 tu tandanya lagu kau tak meletup, ada paham? Kau rasa produk kau bagus tapi tak mesra telinga, syok sendiri, ada berita pasal dia ni kadang aku skip je, tapi hari ni geram jgk nak komen
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 30-4-2025 05:04 PM
She berbakat sangat-sangat, tapi sayang, she kuat merentan & too defensive jugak.
Peminat nak tegur  ...

No wonder dia payah naik, patut positif bila org cover, sebab viewer akan cari lagu asal jgk.
Terkebelakang betul minda dia, zero common sense in bisnes muzik.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2025 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Lagu dia sedap tapi sepesen ja
Tgk wani hasrita walau nanyi hauk tapi target berduet jamal abdillah dan ada ja perancanagn dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-5-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.050887 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list