CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1174|Reply: 12

Leona senyap-senyap mohon kursus ‘degree’ diminati, tak mahu ikut pilihan ibu bapa

[Copy link]
Post time 28-4-2025 08:46 AM | Show all posts |Read mode



ENGGAN menyambung pengajian mengikut kehendak ibu bapa, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona mendedahkan pernah memohon jurusan akademik tanpa pengetahuan keluarga.

Kata Leona, 23, sebelum ini ibu bapanya mahu dia menyambung pelajaran dalam jurusan undang-undang, namun kerana enggan membazir masa melakukan perkara yang tidak diminati, dia nekad memilih kursus pengurusan tanpa pengetahuan mereka.



“Ibu bapa saya sebelum ini mahu saya mengambil jurusan undang-undang dan menentang sebarang kursus lain.

“Tapi saya secara rahsia memohon jurusan pengurusan kerana tidak mahu melakukan perkara yang saya tidak suka untuk tiga tahun.

“Penting untuk kita tahu apa kursus apa yang kita akan belajar kerana menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda adalah tidak mudah,” katanya.

Leona berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Dalam pada itu, Leona menasihatkan orang ramai khususnya pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi memilih jurusan mengikut minat mereka.

“Pertama sekali pilih jurusan degree mengikut apa yang kamu minat. Kalau masih belum tahu tak mengapa.

“Saya banyak melakukan ujian personaliti dan bertanya kepada ramai orang tentang karier apa yang sesuai dengan diri saya.

“Jangan pilih jurusan mengikut permintaan ibu bapa kamu,” ujarnya.



Pada September 2022, Leona menyambung pengajian peringkat ijazah sarjana muda di University of Bath, United Kingdom.

Menerusi temu bual bersama mStar, bapa Leona iaitu Azhar meletakkan harapan agar anak gadisnya itu mengambil peluang untuk berubah menjadi individu lebih baik sepanjang hidup berjauhan dengan keluarga.


Sumber : mStar



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 09:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni cerdik IQ & EQ yg budak2 sebaya dia takda zaman sekarang ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Leona ni campak la kat mana pun survivor skill dia bagus .... Boleh hidup
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeona ni nampak la life dia sebagai student.. xmacam ngai, konon dapat scholarship tapi nampak berpeleseran je.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 12:02 PM | Show all posts
elok la tu amek course yg sdri minat
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 28-4-2025 08:43 AM
Budak ni cerdik IQ & EQ yg budak2 sebaya dia takda zaman sekarang ni

Dan dia masih beradab, hormat ibubapa, hubungan kekeluargaan pun bagus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2025 12:19 PM | Show all posts
not typical anak orka yang ngabihkan duit rentua dan berpeleseran tak tentu hala. tahniah behar dan chempaka yang mendidik anak2 jadi sebegini.. (tolak tepi lah hal dia seksi seksa tu..)
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 02:48 PM | Show all posts
dari dulu meols soft spot kat yoona comel ni... dia sangat bijak & bubbly... boleh survive campak kat mana je, boleh masuk air dengan semua circle kaya ke miskin ke, influencer pelbagai jenis ke, podcast ke.. semua dia boleh join.. rasanya dia antara teenagers yang first ada 2 anugerah both Girl Scouts & Pengakap Diraja international...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 02:57 PM | Show all posts
Bagus dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
kucingitam replied at 28-4-2025 12:19 PM
not typical anak orka yang ngabihkan duit rentua dan berpeleseran tak tentu hala. tahniah behar dan  ...

Kan..rugi LMK tuu..kaya tp menua dgn gosip jantan & seksi jaa..xdak value
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
miamiot replied at 28-4-2025 10:28 AM
Leona ni campak la kat mana pun survivor skill dia bagus .... Boleh hidup

Hasil pandu puteri
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
kan ada org share jawapan dia pasal sahm, umur muda tapi cerdik betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 10:59 PM | Show all posts
orkid_amani replied at 28-4-2025 07:43 PM
Kan..rugi LMK tuu..kaya tp menua dgn gosip jantan & seksi jaa..xdak value

memang rugi. Buang masa muda dgn sia-sia.
Cantik tu boleh bertahan sampai bila je?

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 03:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048643 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list