View: 94|Reply: 6
|
Aurel berjaya turun 30 kg berat badan selepas bersalin, terasa kembali remaja
[Copy link]
|
|
PENYANYI Aurel Hermansyah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) selepas melahirkan anak keduanya.
Aurel berkata dia berasa dirinya kembali remaja selepas berat badannya itu kini mencecah 50 kilogram.
"Alhamdulillah selepas lahir anak kedua saya berjaya turunkan berat sebanyak 30 kilogram itu memang bersyukur sangat.
"Dulu saya 80 kg, sekarang sudah 50 kg," katanya memetik laporan Detik Hot.
Meskipun sudah mendapat berat ideal, dia bagaimanapun masih mahu mencapai berat sebanyak 47 kg.
Pun begitu, Aurel tidak berkongsi lebih lanjut kaedah yang digunakan untuk mendapatkan berat yang ideal.
"Saya mungkin perlu turun dua atau tiga kilogram lagi untuk dapatkan berat sebelum berkahwin," ujarnya.
Menurut Aurel, suaminya iaitu Atta Halilintar meminta agar dia berhenti menurunkan berat badan kerana bimbang dengan kesihatan isterinya.
"Suami memang sudah banyak kali nasihat jangan terlalu kurus tapi biasalah perempuan pasti nak lebih kurus," luahnya.
Sebelum ini, penampilan Aurel yang berisi sering kali menjadi bahan ejekan netizen.
Disebabkan kata-kata negatif itu membuatkan Aurel tekad untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak keduanya.
Untuk rekod, Aurel dan Atta, 30, berkahwin pada 2021 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 3 dan Azura yang kini berusia 1 tahun.
Sumber : mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Proses dia kurus tu laju sangat, so nak speku. Tak mungkin biatric but she has done something la.
Kesian sheols stress nak kurus, maknya bukan main complaint sheols tak jaga badan. Padahal atta ok jah bini gemuk |
|
|
|
|
|
|
|
Better dia kurus..bila gemuk dia nampak tua dari usia... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasa lah tu lepas bersalin jadi gemuk, kalau dia orang awam biasa tak kisah sangat, ini sebab mak dia KD yang sentiasa penampilan terbaik, jadi netz pun sedap jelah nak compare. Tabahlah dik |
|
|
|
|
|
|
|
Sebelum mengandung berat dia berapa? |
|
|
|
|
|
|
|
kurus ke gemuk tetap muka indon pekat ye... |
|
|
|
|
|
|
|
Sapo ni acik tak kenai..dari negara konoha kah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|