CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 143|Reply: 1

[Tempatan] Redah 1,000km santuni melayu Tanah Sari

[Copy link]
Post time 27-4-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode


Khawthoung, Myanmar: Wujud perkampungan masyarakat Melayu dengan pertuturan loghat Kedah, tulisan jawi dan mengamalkan adat Melayu.


Itu adalah realiti masyarakat Melayu di negara ini yang tinggal di sekitar Wilayah Tanah Sari atau Tanintharyi khususnya di daerah Bokepyin, kira-kira 200 kilometer (km) daripada Bandar Khawthoung.


Tidak ramai yang mengetahui kewujudan masyarakat Melayu ini, malah ada yang beranggapan bahawa komuniti Melayu ini sebagai Rohingya atau Melayu Champa.


Penulis sendiri tertanya-tanya tentang susur galur perkampungan berkenaan yang mungkin mempunyai kaitan dengan sejarah awal negeri kerajaan Kedah Tua.Daya penarik itu membuatkan penulis bersama-sama sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) serta Persatuan Kakitangan Islam Maybank (PKIMB) untuk sama-sama menyantuni masyarakat Melayu berkenaan dan mengetahui sejarah awal penempatan mereka di negara itu.


Bagaimanapun, laluan untuk sampai ke daerah Bokepyin itu agak mencabar bukan hanya tempoh perjalanan panjang, tetapi perlu mendapatkan pelbagai lapisan kebenaran daripada pihak berkuasa Myanmar serta melalui pos pemeriksaan polis serta tentera.


Untuk pergi ke daerah Bokepyin dari Bandar Khawthoung, tempoh perjalanan sekitar lima hingga enam jam selain melalui lebih daripada tiga pos kawalan polis serta tentera.


Penulis bersama sukarelawan MCM serta PKIMB merentasi laluan darat kira-kira 1,000 kilometer (km) untuk sampai di Bandar Khawthaung.


MCM kongsi rezeki di Bokepyin


Khawtoung, Myanmar: Tidak ramai yang mengetahui wujud etnik Melayu di Myanmar dan komuniti Islam ini seolah-olah dilupakan daripada segala bentuk bantuan luar.


Itu antara objektif Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) selain melihat bentuk sumbangan yang sesuai untuk masyarakat Islam di negara berkenaan.


Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail berkata, ini adalah kali kedua MCM melaksanakan misi sama dan kali ini, fokus lebih terarah untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap terhadap masyarakat Melayu di negara itu.


"Pada masa sama, kami juga sedang merancang untuk melaksanakan ibadah korban di sini (Bokepyin, Myanmar) dan melihat bentuk bantuan yang bersesuaian.


"Terdapat persepsi umum yang menyangka bahawa masyarakat Melayu di Myanmar ini adalah etnik Rohingya atau Melayu Champa sedangkan faktanya tidak sebegitu.


"Masyarakat Melayu di sini turut dikenali sebagai Pashu dan mereka adalah etnik minoriti dan berbeza dengan Rohingya atau Melayu Champa," katanya.


Mohd Johari berkata, orang awam yang ingin bersama-sama menyumbang boleh melakukan transaksi menerusi akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam (14014010147470) dan Bank Rakyat (1101744599).  - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 10:15 PM | Show all posts
"Terdapat persepsi umum yang menyangka bahawa masyarakat Melayu di Myanmar ini adalah etnik Rohingya atau Melayu Champa sedangkan faktanya tidak sebegitu.

Acik2 forum pun dok jaja fitnah penduduk bukit malut tu Rohingya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 08:21 AM GMT+8 , Processed in 0.047039 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list