View: 310|Reply: 4
|
[Jenayah]
"It Was A Honeymoon Gift" - Suami Hadiahkan Rantai Leher Perak, Kena Ganggu Bila Pakai Dekat Malaysia!
[Copy link]
|
|
Sepasang suami isteri berdepan pengalaman mistik susulan membeli perhiasan perak di Bali, Indonesia baru-baru ini.
Kisah itu dikongsikan oleh si isteri sendiri menerusi akaun aplikasi TikTok dengan nama Maiyya. Dia menceritakan jika kalau berlaku perkara yang pelik sebaik tiba di Malaysia selepas berbulan madu di sana.
“Peringatan kepada mereka yang melancong ke Bali. Tolong lebih berhati-hati apabila membeli barang tradisional atau buatan tangan.
“Suami saya beli rantai leher perak buatan tangan di Bali. Masa tu dia teruja beli untuk saya sebab cantik dan ia hadiah bulan madu. Tapi sejurus saya pakai di Malaysia, saya mula alami pengalaman yang pelik,” kongsi mangsa.
Menurut Maiyya, dia sama sekali tidak menyangka gangguan yang yang dihadapinya itu berpunca daripada perhiasan yang dibelinya di Bali pada tempoh hari.
“Saya rasa macam terganggu, Tenaga pun rasa lain. Saya tak sangka gangguan itu berpunca daripada rantai tersebut. Rupa-rupanya ada sesuatu yang tidak kena dengaannya. Suami saya minta seseorang untuk periksa dah sah ada penghuni,” ujarnya lagi.
Dia turut berkongsi yang rantai berkenaan telahpun dibuang ke laut dan menasihati orang ramai untuk tidak membeli perhiasan atau barangan yang cantik kerana takut berpenghuni seperti itu.
Difahamkan video yang dikongsikan itu telah berjaya meraih hampir sejuta jumlah tontonan dan dihujani komentar dari netizen.
Ada yang berkongsi bahwa perkara itu memang benar-benar terjadi kepada kenalan rapat mereka. Ramai yang berpendapat jangan sebarangan beli barang antik di kawasan tersebut kerana dipercayai masih mengamalkan perkara mistik. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|