BAGAIKAN tiada sebarang isu yang berlaku, pelakon Norman Hakim dilihat sudah bertemu bekas isterinya iaitu aktres Abby Abadi selepas tular kisah kononnya berlaku perselisihan antara mereka.
Menerusi satu rakaman video terbaharu di muat naik Norman, mereka dilihat ketawa bersama sebelum memasuki sebuah kedai makan.
Malah, dalam rakaman itu Norman turut menunjukkan satu hantaran portal dakwaan kononnya dia pernah mengasari Abby.
Malah terdengar juga perbualan Norman dalam video itu yang memberitahu isu antara mereka itu seakan satu cerita yang sengaja diperbesarkan.
"Exaggerate (berlebih-lebih)," katanya.
Mendengar kata-kata Norman itu, Abby sekadar membalas ringkas.
"Itulah jangan biarkan saya bercakap," balasnya.
Pertemuan mereka itu turut ditemani oleh isteri Norman iaitu Memey Suhaiza.
Memey secara berseloroh turut menyifatkan Norman dan Abby sebagai pasangan karakter animasi Tom & Jerry.
Sebelum pertemuan di restoran itu, dipercayai Norman ada berjumpa Abby untuk memohon maaf.
Ia dikongsi melalui satu sesi siaran langsung Abby di laman TikTok miliknya.
Malah dia juga kelihatan menangis apabila Norman datang cuba memujuk.
Abby sebelum ini secara terbuka mendedahkan kisah rumah tangga yang pernah berlaku sebelum dan selepas dia bercerai dengan Norman.
Antara perkara yang pernah disebut adalah menjadi mangsa keganasan rumah tangga selain mengabaikan nafkah anak.
Abby dan Norman pernah mendirikan rumah tangga pada 2002 namun bercerai pada 2009.
Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 22, Marissa Dania Hakim, 20, dan Danisha Hakim, 17 tahun.
Abby kemudian bernikah dengan Muhammad Faizal Zakaria pada Ogos 2015 dan dikurniakan seorang anak yang dilahirkan secara pra-matang namun meninggal dunia selepas 70 hari menerima rawatan.
Sementara itu Norman pula berkahwin kali kedua dengan pelakon Memey Suhaiza pada September 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. - mStar
|