CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 824|Reply: 12

‘Asyik hantar bunga, bila nak masuk meminang?’

[Copy link]
Post time 27-4-2025 10:55 AM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Pelakon Ruhainies mencuri perhatian selepas memuat naik foto menerima sejambak bunga yang dihantar individu misteri.


Menerusi hantaran dalam TikTok, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkongsi tentang kejutan bunga diterima tanpa mendedahkan identiti pengirim.


  


Lebih mengundang perhatian apabila pelakon Hikayat Pak Belalang itu meninggalkan kapsyen bersahaja yang seolah-olah memberi bayangan tentang hubungan istimewa bersama si pengirim bunga.


“Siapa ni asyik hantar bunga je, bila nak hantar rombongan?,” tulisnya.


Tindakan Ruhainies pantas mengundang pelbagai reaksi netizen yang mula membuat spekulasi berhubung status sebenar dirinya.


  


“Tak mustahil Ruhainies sebenarnya dah berpunya cuma tak nak heboh-heboh atau entah-entah Aliff Aziz yang hantar kot,” komen seorang pengguna TikTok.


“Kalau dah banyak kali terima bunga, mesti ada maksud tersirat, engkau pulak lawa macam mana,” tulis seorang lagi.


“Asalkan bukan suami orang, semoga cepat-cepatlah naik pelamin,” usik netizen lain.


  


Sebelum ini, Ruhainies pernah menjadi perhatian selepas terpalit kontroversi melibatkan pelakon Aliff Aziz yang membawa kepada pelbagai kecaman dalam kalangan netizen.


Namun, Ruhainies memilih untuk meneruskan kehidupannya dengan lebih tenang tanpa menghiraukan tohmahan netizen yang melabelkannya penyondol. – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Skeptical sikit kat pompuan yg tayang terima mcm2.. Tapi rahsia kan penerima... Ala2 mcm ramai now peminat ko.

Kalau nak rahsia, better rahsiakan toksah tayang apapun. Bila ko bagi sipi2... Ko is gila perhatian.

Tak pun sendiri beli sendiri tayang sbb takde org nak bagi pun. Hehee
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 12:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Aneem at 27-4-2025 12:48 PM

Kawin la cepat.
Tutup mulut org yg mengecam kau tak habis2.
Mmg la hidup tak mati dek keji tp jenuh la nak mengadap.
Lagi elok kawin dan buat clarification tentang apa yg dh jadi.
Mmg akan ada yg membidas tp kalau kau bentang siap bukti, lama2 senyap la org2 yg mengata kau tu.
Semua org buat salah tp sejauh mana salah tu, cuba kau bentangkan.
Jgn nak jadi baik sesangat, boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk ckp still on demand ke..hahahaha...

sedehhhh
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Tebalnya makeup dia.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada ke org nk buat bini?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2025 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
dia mmg suka up gmbr org bg bunga dr dulu lg kan..cuma tak tahu la sape pengirimnya..
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Fake boyfriend dr dulu eh minah ni...konon2 laku keras
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ko dah boleh buat whatapps group dengan pekin, azri iskandar. ilusi dan suka ada2 kan cerita. aku tak boleh nak bersangka baik, bunga tu ko beli sendirikan?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Sendiri beli kan padahal?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Drama bf ilusi dh masuk season baru dik nis?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Musykil umur die berapa sebenarnya.dari dulu pon 32 ????
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya dibela.yg dibela mana nak nya di jdkan isteri.esok2 boring cari prmpuan lain.yg lg muda.ruhainis dah 30 ke belum?boleh dah start cari lelaki2 baik2 brduit nk buat laki.
Alif aziz tu xyah la buat laki.semak nk layan perangai dia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.055936 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list