View: 598|Reply: 18
|
[Jenayah]
Dapat Semua G, 1,789 Calon SPM Gagal Semua Mata Pelajaran!
[Copy link]
|
|
Seramai 1,789 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 didapati gagal dalam semua mata pelajaran atau dapat semua G yang diambil, menurut pengumuman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini.
Perkhabaran itu kurang menyenangkan kerana generasi muda ini akan menjadi tunjang kepada pembangunan negara di masa akan datang.
Calon dapat semua G meningkat
Ianya adalah peningkatan sebanyak 322 calon gagal semua mata pelajaran atau semua G, berbanding 1,467 calon yang mencatat keputusan serupa pada tahun 2023.
Perkara tersebut diumumkan dalam Majlis Pengumuman Analisis Keputusan Peperiksaan SPM Tahun 2024 yang diadakan secara langsung dari Putrajaya baru baru ini.
Lebih 14,000 dapat ‘straight A’
Seramai 116,108 calon pula dilaporkan gagal sekurang-kurangnya satu mata pelajaran dalam peperiksaan tersebut, mencatatkan penurunan berbanding 119,393 calon pada tahun sebelumnya.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Haji Azman Haji Adnan juga telah memaklumkan bahawa seramai 14,179 calon berjaya memperoleh keputusan cemerlang, iaitu merangkumi gred A+, A, dan A- dalam semua mata pelajaran yang diduduki.
Dipetik daripada laman Malaysia Gazette, beliau berkata: “Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menilai pendekatan bagi kumpulan ini bagi peperiksaan SPM 2025 termasuk memperkukuhkan program pemulihan berkaitan dengan keupayaan pelajar-pelajar kita.
“Selain itu, kita juga sedang memperluaskan inisiatif sokongan akademik yang bersasar dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti untuk membantu pelajar khususnya yang berisiko tinggi dan memberi intervensi lanjutan.”
Seterusnya beliau juga menganggap analisis ini penting dalam membantu menyediakan sokongan kepada pelajar pelajar ini di masa akan datang.
“Ini penting supaya kita dapat bersedia lebih awal bagi menangani kemungkinan berlakunya isu-isu sepert ini pada masa depan khususnya dalam kalangan murid yang memerlukan sokongan khas,” tutup Datuk Haji Azman. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Awat voley gagal semua mata pelajaran? |
|
|
|
|
|
|
|
KPM pun dapat G subjek bendera Malaysia.
Agak heran juga wartawan Cari tak buka thread pasal ni. Berita pun suam2 kuku.
|
|
|
|
|
|
|
|
KPM > JPN >PPD kena tgk hal ini..
Patutnya kalau buat UPSR, PT3 at least golongan pelajar ni tahu kecenderungan diaorg lebih awal..so dah boleh buat intervensi utk ke arah TVET..TVET byk cabang kot |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir 20 tahun meols berkhidmat, baru jumpa sorang pelajar macam ni. Perempuan. Tapi berjaya nikah beranak pinak juga akhirnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 25-4-2025 11:25 AM
KPM pun dapat G subjek bendera Malaysia.
Agak heran juga wartawan Cari tak buka thread pasal ni. Be ...
Berita suam pon hari2 muka ko jugak menyemak forum. Komen ko panas.. intelektual sgt kew?

|
|
|
|
|
|
|
|
diorang ni batch terakhir yang ada exam upsr pt3. Batch SPM 2025 batch pertama yang tak pernah ada exam besar since darjah 6. |
|
|
|
|
|
|
|
Bakal2 influencer lattew..  |
|
|
|
|
|
|
|
kakikuDibibirmu replied at 25-4-2025 04:02 PM
biri-buri butania, biri-buri butania
Muhammad Tarmizi Bin Kamaruddin?? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa le nak jd dgn anak bangsaku |
|
|
|
|
|
|
|
TeropongThaico replied at 26-4-2025 10:26 AM
Apa le nak jd dgn anak bangsaku
Sedihkan
Moga sok kje jd org jgk la
|
|
|
|
|
|
|
|
Ini tak perlu hairan.
Seiring dengan pertambahan penduduk, walaupun kecil, perkara negatif juga akan meningkat. Sebab lain ialah pengaruh internet di abad ini.. tapi kita perlu ingat juga kedua faktor diatas juga menyebabkan pertambahan kesan positif
Aku rasa batch ini dan beberapa batch sebelum ini ada nasib malang kerana terpaksa melalui fasa covid. Fasa ini sebabkan setback yang besar dlm pembelajaran budak. |
|
|
|
|
|
|
|
macamana pun dalam ekosistem ni mesti kena ada yang jadi buruh, pekerja am etc. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 26-4-2025 10:22 PM
Sedihkan
Moga sok kje jd org jgk la
Aaminnn.. Tp tu le kalau ada modal & berezeki boleh gak merasa hidup selesa. Kalau yg nan hado... Harap kerajinan je la jd milik mereka lepas ni |
|
|
|
|
|
|
|
Pegi sekolah utk ada pengalaman bersekolah aje kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|