CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 441|Reply: 6

[Tempatan] Ada kesan darah pada bilik tidur Zayn Rayyan, tandas rumah - Pegawai penyiasat

[Copy link]
Post time 21-4-2025 07:16 PM | Show all posts |Read mode


Petaling Jaya: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini diberitahu terdapat darah pada salah sebuah bilik dan tandas ketika proses mendapatkan tindak balas kesan darah (luminol) dilakukan pasukan forensik di rumah kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin pada 9 Disember 2023.


Pegawai penyiasat kanan, Asisten Superintendan (ASP) Mohd Hafizee Ismail berkata, dia bersama pasukan forensik di Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai dan proses luminol dilakukan di rumah arwah Zayn Rayyan pada jam 9.30 malam.


Saksi pendakwaan ke-28, Mohd Hafizee, 38, yang sebelum ini bertugas sebagai pegawai penyiasat kanan jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya memberitahu perkara itu ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin pada perbicaraan hari ke-17 kes pengabaian dihadapi Zaim Ikhwan Zahari, 30, dan Ismanira Abdul Manaf, 30, di hadapan Hakim Dr Syahliza Warnoh.


Raja Zaizul: Apa proses 'luminol' ini?



Mohd Hafizee: Proses luminol adalah bertujuan untuk mendapatkan tindak balas kesan darah yang berada di sesuatu tempat kejadian.


Raja Zaizul: Jadi, ada ASP buat siasatan berkaitan perkara ini (luminol)?


Mohd Hafizee: Saya hantar semua swabbing (calitan) yang diambil daripada pihak forensik. Selepas dimaklumkan ada tindak balas darah, saya membuat siasatan untuk mengesahkan mengapa darah itu berada di dalam bilik dan juga bilik air. Hasil siasatan mendapati terdapat kesan darah di bilik nombor dua di rumah si mati (Zayn Rayyan), selain terdapat kesan darah atau asid deoksiribonukleik (DNA) di dalam bilik air.


Raja Zaizul: Apa siasatan lanjut yang ASP buat? Mohd Hafizee: Saya ada merakam percakapan tertuduh. Hasil keterangan daripada tertuduh menyatakan si mati pernah berdarah di bahagian hidung dan kebiasaannya si mati akan mencalit kesan hingus atau hidung berdarah di kawasan dinding di dalam bilik atau di dalam rumah. Selain daripada itu, tertuduh Ismanira ada juga menyatakan si mati pernah berdarah disebabkan terkena pisau cukur di dalam bilik air, namun (ujian) DNA atau darah yang ditemukan dalam bilik air itu adalah milik tertuduh Zaim Ikhwan sebagaimana dalam laporan kimia.


Bagaimanapun, saksi sama tidak menjelaskan kepada mahkamah pemilik darah yang dikesan di salah sebuah bilik di rumah itu.


Pada 13 Jun tahun lalu, pasangan suami isteri itu mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan pengabaian pada anak mereka di Mahkamah Sesyen di sini.


Zaim Ikhwan dan Ismanira, masing-masing berumur 30 tahun, didakwa mengabaikan Zayn Rayyan dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa di sekitar kawasan Blok R, Apartmen Idaman, Damansara Damai sehingga kawasan sungai berdekatan apartmen itu antara 12 tengah hari, 5 Disember hingga 9.55 malam, 6 Disember 2023.


Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pada 6 Disember 2023, mayat Zayn Rayyan ditemukan di aliran anak sungai berhampiran rumahnya di Apartmen Idaman, selepas dilaporkan hilang sehari sebelumnya.


Mangsa sebelum ini dilaporkan hilang sebelum ditemukan terbaring dengan jarak kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.


Perbicaraan di hadapan Dr Syahliza bersambung esok. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-4-2025 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
weh bkn ke dia ckp nk cuci darah dgn bomoh tu hairan guwe
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 09:52 PM | Show all posts
..aa macam menyokong spekuan iols yang disebabkan dah mati kena jerut dulu jadi torehan dan guntingan di telinga tu tak banyak keluar darah. Kalau luka-luka tu dibuat ketika arwah masih hidup mesti banyak darah keluar especially pada baju yang dipakai B1 dan pasti akan ada titisan darah sepanjang laluan dari kawasan belukar hingga ke dalam rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:34 PM From the mobile phone | Show all posts
capwayang replied at 21-4-2025 09:52 PM
..aa macam menyokong spekuan iols yang disebabkan dah mati kena jerut dulu jadi torehan dan guntinga ...

Ai pon speku camtue gak..jerut sampai mati, maybe tak sengaja..marah geram punya pasal kot..so gunting telinga, toreh tangan semua tue sebab nak cover kekonon ada org lain yang kipnap ZR dan cederakan budak tue sampai mati..gitew ai memandai mengspeku..
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:44 PM | Show all posts
Bila akan habis ye perbicaraan ni? I baca dan tonton youtube perjalanan kes ni, jadi anxiety, sakit hati, geram, sedih semua bercampur baur. Kesian arwah
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 11:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Lain mcm cara bapak arwah pakai elbow crutches tu
Elbow dia sblh depan ke
Nak acting pun buat la research skit wei
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-4-2025 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku tak suka tengok muka couple 2 ekor ni ..pakaian dan fashion diorang buat aku lagi benci
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-4-2025 03:00 AM GMT+8 , Processed in 0.081061 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list