CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 267|Reply: 6

[Dunia] Kilang potong gaji pekerja solat Jumaat

[Copy link]
Post time 20-4-2025 08:47 PM | Show all posts |Read mode


JAKARTA – Sebuah kilang alat ganti kenderaan di Surabaya didakwa memotong gaji pekerjanya yang menunaikan solat Jumaat lebih dari 20 minit, lapor laman berita Tribun Jabar hari ini.


Seorang pekerja yang enggan namanya didedahkan memberitahu bahawa pemotongan gaji sebanyak 10,000 rupiah (RM2.60) akan dikenakan untuk setiap satu hari.


Seorang bekas pekerja kilang tersebut, Peter Evril Sitorus berkata, pemotongan gaji itu sudah berlaku untuk tempoh yang lama.


Susulan dakwaan tersebut, Menteri Agama, Nasaruddin Umar berkata, pihaknya akan menyiasat perkara itu.


Sementara itu, kilang tersebut juga didakwa menyimpan sijil lepasan sekolah pekerjanya dan mereka perlu membayar 2 juta rupiah (RM500) jika mahu mendapatkannya semula.


“Ketika meletak jawatan, saya sudah tahu bahawa sijil tidak akan dikembalikan (kerana perlu bayar 2 juta rupiah),” kata seorang bekas pekerja, Ananda Sasmita Putri Ageng. – AGENSI


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2025 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by B40tastePosh at 20-4-2025 09:13 PM

@nusaraya takut bayang-bayang sendiri.

Itu kalau tamat sekolah, mayoritas bekerja di Malaysia tak tamat sekolah lepastu marahkan Bangla kerja dengan pekerjaaan yang perlukan sijil tamat sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:52 PM | Show all posts
salah seorang dari merekadalam video clip ini ada memceritakan sewaktu dis bekerja di Indonesia sebagai pembinaan banggunan 7am-5pm jika di ringgitkan hanya dibayar sebanyak RM4 dan bila dia bekerja di Malaysia bekerja sebagai pembaja di ladang sawit dibayar RM150 untuk 3jam.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2025 11:56 PM | Show all posts
Majikan dah bagi tak waktu break 1 jam (or whatever) seperti peruntukan? Kalau break dah bagi then ko ambil lebih then it's fair.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 01:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Peter Evril Sitorus
- ini kategori nama omputih tapi family name jawa bangatkah?


Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2025 01:41 AM From the mobile phone | Show all posts

  



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-4-2025 01:14 PM | Show all posts
Decaffeinated: Majikan dah bagi tak waktu break 1 jam (or whatever) seperti peruntukan? Kalau break dah bagi then ko ambil lebih then it's fair.

solat waktu berubah-ubah. tapi waktu rehat fix. i dulu masa kerja bawah cina pun
pukul 12 dah tarik pintu tutup. kalau zuhur masuk awal i is gembira. zuhur lewat 1.30 i mula risau.
kalau majikan melayu. hari jumaat terus off day.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-4-2025 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.391354 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list