View: 446|Reply: 3
|
Rebecca Nur Al Islam bersumpah tak pernah berhutang RM1.5 juta dengan Bonda Rozita
[Copy link]
|
|
Datin Rebecca Nur Al Islam terkejut apabila timbul dakwaan kononnya dia membuat pinjaman sebanyak RM1.5 juta daripada kakak iparnya iaitu Rozita Ibrahim.
Menurut Rebecca, 39, khabar angin berkenaan merupakan satu fitnah yang mencemarkan nama baiknya, malah dia sanggup bersumpah tidak pernah menerima wang tersebut.
"Sumpah demi nama arwah ayah dan demi nama ibu saya. Saya tak pernah berhutang atau pinjam atau tahu-menahu mengenai RM1.5 juta yang diperkatakan. Demi Allah dan Rasulullah saya bersumpah!
"Saya terkejut saya difitnah pihak sana dengan tanda pagar #1.5 semasa mereka membuat sesi siaran langsung.
"Yang ini mungkin pada mereka sekadar konten, tapi tak kelakar ya melibatkan perkara sebegini kerana satu Malaysia ingat saya dapat RM1.5 juta daripada kakak ipar saya.
"Saya tak pernah dapat satu sen pun duit dan perkara ini perlu saya tegaskan di sini demi menjaga nama saya dan keluarga, " katanya menerusi hantaran Thread pada Isnin.
Sementara itu, Rebecca berkata dia sudah memaklumkan perkara tersebut kepada abangnya dan berharap Rozita dapat membersihkan kembali namanya.
Malah, dia percaya dakwaan yang timbul itu merupakan satu serangan balas gara-gara tidak berpuas hati dengan hantaran melibatkan keluarga kakak iparnya itu.
"Isterinya berjanji akan membersihkan nama saya serta keluarga mengenai konten fitnah. Pada saya perkara ini bukan main-main. Ini adalah fitnah besar yang saya serta keluarga kena.
"Demi Allah #1.5 juta yang anda semua fikir dan sedang dibualkan itu hanyalah sekadar konten geram daripada pihak sana untuk memalukan saya ketika isu sedang panas.
"Saya percaya, insya-Allah kakak ipar saya dapat selesaikan nama baik saya dan keluarga,” ujarnya.
Dalam pada itu, Rebecca mengakui kesilapannya memuat naik video penjelasan bagi menjawab tuduhan kononnya dia menumpang populariti perkahwinan abangnya dengan Rozita pada Jumaat lalu.
Malah, dia mengakui kata-kata yang digunakan di dalam video berkenaan agak kertelaluan.
"Silap saya hanya hari itu apabila saya di trigger dengan video pihak sana, lalu saya melakukan video balas dengan menjawab balik point yang mengatakan saya mencari publisiti murahan.
"Saya tahu saya salah sebab memarahi pihak sana dengan kata-kata yang saya gunakan," luahnya.
Sejak Sabtu lalu, nama Rebecca menjadi sebutan selepas didakwa berbalah dengan isteri Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida.
Bukan itu sahaja, Rebecca dan anak Rozita iaitu Maryam Nur Imani juga dilihat saling berbalas kenyataan di media sosial.
Awal Mac lalu, kecoh di media sosial Rozita didakwa sudah berkahwin selepas sosok seorang lelaki berkumis tebal muncul di belakang wanita itu ketika sedang mempromosikan produk secara langsung di media sosial di dalam bilik hotel.
Anak kepada Rozita iaitu Nur Ain Sufiah kemudiannya mengesahkan ibunya itu kembali bertemu jodoh namun enggan mendedahkan punca ibunya bercerai dengan bapanya iaitu Saiful Anuar Hashim.
Tidak lama selepas itu, Rozita secara terbuka berkongsi foto bersama suami baharunya di Instagram semasa menunaikan ibadah umrah.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Siap bersumpah bagai. Nak tahu kesudahan pasal 1.5 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ni apa cerrr |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Berani bersumpah sebab yang hutang tu atas nama laki dia?? |
|
|
|
|
|
|
| |
|