PU Syed turut memuat naik semula rakaman video sesi siaran langsung yang dibuat Erma menerusi hantaran yang sama.
Kepada Kak Erma, saya minta tolong buat laporan polis selepas mengatakan drama Bidaah itu hasil dari pengalaman dirinya sendiri yang pernah mengikuti sebuah kumpulan telah mengamalkan sesuatu yang tak betul serta tok guru meniduri anak murid sendiri.
Saya nak minta tolong sebab Puan Erma yang menyatakan sendiri dan tolong buat laporan polis supaya polis ambil tindakan ke atas kumpulan tersebut yang mana telah memberi idea untuk Puan Erma membuat drama tersebut.
Terdahulu, Erma atau nama sebenarnya Fatimah Rahmad Ali mendakwa drama Bidaah yang dihasilkan merupakan kisah benar dialaminya sendiri.
Jelas Erma, pada awalnya ajaran yang dibawa oleh kumpulan jemaah itu betul sehinggalah pada satu hari, anak-anak di dalam kumpulan yang menganggapnya seperti ibu sendiri menceritakan sesuatu yang mengejutkan.
Pengarah berusia 56 tahun itu juga dengan tegas mengatakan dirinya sama sekali tidak membuat cerita memandangkan mangsa-mangsa juga berani bersumpah.