|
Irfan Haris tampil mendedahkan kisah disebalik pakaian sedondon dan episod ‘velocity cinta’ antara kakaknya yang juga penyanyi, Amira Othman dan aktor popular, Fattah Amin.
Kata Irfan menerusi sesi siaran langsung di TikTok, pada mulanya dia terkejut apabila ibunya memasak hidangan sambal udang dalam kuantiti yang banyak sebelum dimaklumkan Fattah bakal datang beraya di rumahnya.
“Sebenarnya petang tu mama saya masak, bila saya tengok mama masak sambal udang dalam kuantiti yang banyak. Sebab selalu kalau lauk raya mama akan masak, lauk rendang. Rendang paru atau rendng daging tapi haritu mama masak sambal udang.
“Lepastu saya tanya lah ‘Ada orang nak datang beraya ke?’ Then, mama bagitahu Abang Long (Fattah Amin) datang beraya. Masa tu saya excited bila dapat tahu dia nak datang rumah,” katanya.
Dalam hantaran sama, Irfan juga memaklumkan, Amira meminta agar mereka sekeluarga memakai baju sedondon berwarna kelabu bagi menyambut kedatangan aktor itu.
“Masa saya tengah bersiap dengan abang saya, Kak Ya (Amira Othman) ketuk pintu minta kami pakai baju warna kelabu.
“Masa tu saya tengok abang saya dua-dua dah pakai baju warna itu, saya pun excited lagi sebab nak sedondon dengan Abang Long.
“Dan bila turun saya nampak Abang Long pakai kurta warna kelabu,” jelasnya.
Berkongsi lanjut mengenai kisah disebalik video ‘Velocinta’ seperti yang tular, pelantun lagu Pesan itu mengaku dia tidak akan melepaskan peluang untuk membuat kandungan video bersama-sama Fattah dan keluarganya.
“Bila dan semua pakai kelabu, itu yang saya terfikir kena buat content.
“Lepastu saya cakap dengan kakak untuk ajak Abang Long buat TikTok ‘Velocity’.
“Tarian ‘Velocity’ tu pun kak Ya yang ajar bang Long. Saya cakap ‘korang ambila jela bumi ini’. Bila post ramai suka dan cakap ‘Velocinta’,” kongsinya.
Sekadar info, ibu Fattah, Azizah Abdul Ghani pernah berkongsi makanan kegemaran anaknya itu adalah sambal udang.
Sumber: XTRA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|