CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 2204|Reply: 69

[Tempatan] Dapat MySara, bapa beli corn dog- "‘Teringin nak makan, tak pernah dapat’"

[Copy link]
Post time 10-4-2025 10:55 PM | Show all posts |Read mode


PETALING JAYA – Kegembiraan seorang bapa membeli ‘corn dog’ iaitu sosej disalut tepung dengan inti keju berserta air minuman menggunakan wang bantuan MySara mengundang sebak dalam kalangan pengguna media sosial.

Menerusi video TikTok dikongsikan oleh kaksha_9, dia memuat naik satu video dirakam oleh ibunya yang memperlihatkan bapanya menunjukkan makanan ‘corn dog’ berserta air selepas mereka membeli barangan menggunakan wang bantuan MySara.

“Aboh (abah) hang, dia kata cemey (benda percuma) RM100, lepas tu dia beli (yang) ini. Tak pernah beli. Dia teringin RM8 (corn dog), lepas tu ayaq (air) RM6. Buang tebiat orang kata.

“Dia kata pasal percuma, orang kerajaan bagi RM100. Kita makan lah (makanan) ini,” katan ibu wanita tersebut.

Ibu wanita itu turut memaklumkan, mereka menggunakan wang MySara itu bagi membeli barangan dapur seperti minyak masak lima kilogram, beras wang sekampit serta air kordial.




Dalam pada itu, bapa pengguna akaun TikTok itu memberitahu, dia membeli makanan tersebut kerana teringin merasainya.

“Teringin nak makan, dah tak pernah dapat (MySara). Seumur hidup tak pernah dapat,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meluahkan kesyukuran membayar cukai pendapatan kepada negara apabila melihat keseronokan ibu bapa wanita tersebut.

“Sebab ini kami bayar cukai. Bahagia mereka, bahagia kita juga,” kata seorang pengguna TikTok.

“Puas hati kami bayar cukai bila dapat tengok pak cik, mak cik happy (gembira) macam ni,” ujar seorang lagi individu.

“Saya baru merungut dengan suami, kita kerja penat-penat sekali kena bayar cukai. Buat tuntutan tak dapat penuh. Tapi lepas tengok video ni, saya reda dan saya ikhlas dengan cukai yang saya bayar selama ni. Sihat selalu mak cik dan pak cik,” komen seorang lagi pengguna.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2025 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Mysara n sama ngn mykasih ke?
Mlm smlm pi rosyam mart sbb ada brg urgent nk kena beli mujur laa buka 24jam
So lewat mlm pun masih boleh beli
Nampak ramai juga org beratur nk bayar kat kaunter mykasih kot camtu laa
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2025 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Makanla pokcik klu terasa nk mkn..janji blh mencekik..sbb den xblh mencekik sosej
.rs geli... kehkehkeh....(Ni tekak den, so xperlu persoal..tekak den is tekak den..tekak kome, tekak komelah punya fasal, ada aku KESAH... kehkehkeh)
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah pakcik ni nak merasa..yg wifenya xnak pula masak/buat corn dog tu..boleh dpt byk corn dog tu kot
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 12:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Goodluckdontcry replied at 10-4-2025 11:44 PM
Makanla pokcik klu terasa nk mkn..janji blh mencekik..sbb den xblh mencekik sosej
.rs geli... kehkeh ...

Simpan dendiam geli tu..nabi ajaq jangan mencela makanan
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
wirazam replied at 11-4-2025 12:08 AM
Biarlah pakcik ni nak merasa..yg wifenya xnak pula masak/buat corn dog tu..boleh dpt byk corn dog tu ...

Berapa modai kalu buat sendiri? Banyak tu banyak mana? Setakat nak merasa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-4-2025 08:44 AM | Show all posts
jari10 replied at 11-4-2025 12:25 AM
Berapa modai kalu buat sendiri? Banyak tu banyak mana? Setakat nak merasa

makan modai jugak kalau nak buat
sosek
cheeze mozarella
tepung
yis
lidi
semua barang2 ni pun bkn jual satu satu

kalau buat sendiri boleh makan bnyk tapi mmg makan modai la
baik beli seketui je sebab tu je yang mampu kan pakcik. alhamdulillah pakcik happy
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 11-4-2025 12:25 AM
Berapa modai kalu buat sendiri? Banyak tu banyak mana? Setakat nak merasa

Ai pernah gak buat modal rasanya tak sampai 20 ringgit kot. Beli hotdog yg size besar tu. Ai salut dgn breadcrumb putih/ oren atau qusker oat tu je. Jadiklah bila bebudak teringin nak makan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 08:52 AM | Show all posts
pocit uii, kut nak beli , beli je.. tapayah buat contect kat socmed

takut kang kena kecam, pocit sentap hati tisu pulekk

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:04 AM | Show all posts
Kitty_catz replied at 11-4-2025 08:52 AM
pocit uii, kut nak beli , beli je.. tapayah buat contect kat socmed

takut kang kena kecam, pocit se ...

yg upload content anak dia...
mak dia rekod bg anak2
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:15 AM | Show all posts
MyKasih ni bukan cash kan, bayar kut apps ke IC ntah kat supermarket.  Dlm kedai cam speedmart semua tu ada  jual ye corndog camni?
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:18 AM | Show all posts
nuralisa replied at 11-4-2025 01:04 AM
yg upload content anak dia...
mak dia rekod bg anak2

oo anak2 ke.. hmm harap takde le kena kecam berjemaah

ok je nak beli.. bukan benda mahal sangat pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:29 AM | Show all posts
Biarlah dia bahagia. Setakat corndog RM8 tu nothing aje. Standard harga makanan street food zaman sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:38 AM | Show all posts
terharu tgk muka gembira pakcik nie. i doakan semoga pakcik dan makcik sekeluarga ni murah rezeki dan dipermudahkan semua urusan.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Biar je la dia nk beli. Dh jadi duit dia pun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Musti dah lama pocik tu terliuq nak mkn.. takpe la pocik, asalkan cukup beli brg lain, sekali sekala nak merasa, apa salahnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-4-2025 10:01 AM From the mobile phone | Show all posts
I’m so happy for you pokcikkk
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:18 AM | Show all posts
senyum aku tgk.. happy pakcik tu dpt corndog. sentiasa happy ye pakcik makcik.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:20 AM | Show all posts
anak-anak pun..
benda rm8 pun kena tunggu bantuan baru boleh beli ke..
beli je la untuk mak bapak tu kalau dorang teringin..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2025 10:45 AM | Show all posts
Sedih tengok, seronok sangat dapat makan, kesian kan.. Org lain dok kata RM100 mana cukup, tapi untuk orang yg memerlukan sangat berharga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-4-2025 10:48 AM GMT+8 , Processed in 2.278333 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list