NEW DELHI – Tiga lelaki ditahan kerana cuba menyeludup 11 ekor cicak tokek yang disenaraikan sebagai spesies terancam dalam kejadian di negeri Assam, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Tangakapan dibuat oleh Pasukan Petugas Khas (STF) yang bekerjasama dengan Polis Dibrugarh serta Suruhanjaya Keadilan Hidupan Liar.
“Ketiga-tiga suspek dikesan di Restoran Sun Feast dekat Mohanbari Tiniali. Dua daripada mereka menaiki sebuah kereta berwarna putih, manakala seorang lagi menunggang motosikal.
“Salah seorang suspek yang memandu kereta berkenaan mengeluarkan beg galas dan dibawa masuk ke dalam premis.
“Kami menyerbu premis itu dan memberkas tiga individu terbabit bersama beg galas yang dibawa,” tambah polis.
Semasa disoal siasat, mereka mengakui cicak tokek itu diambil dari negeri Arunachal Pradesh.
“Mereka cuba menjual reptilia itu pada harga 6 juta rupee (RM308,579) setiap seekor,” tambahnya. – AGENSI
|