"Pengurusan mereka sangat tersusun rapi dan dirancang cukup baik. Mereka siap buat peta KLCC dan orang awam tidak dibenarkan mengambil gambar sesuka hati ketika penggambaran.
"Saya sahaja dibenarkan ambil gambar dengan peminat. Peminat pelakon Jepun pun ambil gambar dengan saya sahaja. Selepas tamat penggambaran, barulah dapat bergambar ramai-ramai.
"Itu sahaja yang saya ingat. Sebab hal-hal lain saya memang tak faham mereka cakap apa," katanya.
Walaupun kemunculannya cuma sangat pendek, Amy menyifatkan pengalaman itu cukup berharga buatnya. Dapat terbabit produksi Jepun benar-benar memberinya kepuasan berbeza.
"Dapatlah merasa bagaimana bekerja dengan orang Jepun. Ingatkan mungkin boleh buat buat kemunculan lagi. Rupa-rupanya, watak ini sudah tidak menggunakan topeng wajah saya.
"Apapun, saya berbesar hati kerana diberikan peluang ini. Walaupun kecil, tapi dapat jugalah merasa," katanya.
Dalam klip babak tular itu, Amy membawakan watak penjual mainan di taman riadah.
Bagaimanapun, watak itu sebenarnya seorang lelaki yang sekadar menggunakan topeng wajah Amy.
Klip dimuat naik di TikTok itu berjaya meraih lebih 1.2 juta tontonan, lebih 112,400 tanda suka dan lebih 970 komen.
Menerusi ruangan komen, drama itu dikatakan berjudul Kindaichi Case Files Gate of Jail Private School Murders yang pernah ditayangkan di saluran ntv7 pada 2013.