CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 10969|Reply: 34

Hael Husaini Tak Merajuk Tapi Nak Tumpu Buat Lagu Penyanyi Lain

[Copy link]
Post time 1-3-2025 07:01 AM | Show all posts |Read mode

DALAM dunia muzik, mencipta sebuah karya yang mampu menyentuh hati pendengar adalah satu kepuasan yang sukar digambarkan.

Bagi Hael Husaini, setiap lagu yang dihasilkan bukan sekadar gabungan melodi dan lirik, tetapi sebuah manifestasi emosi dan kreativiti yang ingin dikongsi dengan pendengar.

Kejayaan demi kejayaan yang diraih hasil ciptaannya membuktikan dia bukan sekadar penyanyi berbakat, tetapi juga seorang komposer yang terus mencorak industri muzik tempatan dengan sentuhan magisnya.

Sambutan positif terhadap lagu-lagu ciptaannya menjadi dorongan buat Hael untuk terus berkarya, malah dia berasa terharu melihat bagaimana muziknya diterima dengan baik oleh peminat dan penggiat industri muzik.

Terbaru, lagu ciptaannya bersama Iqie Hugh berjudul Bukan Lagi Kita yang didendangkan oleh Nadeera Zaini berjaya meraih tempat kedua di Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) baru-baru ini.

"Walaupun saya masih menyanyi dan meneruskan kerjaya seperti biasa dengan mengeluarkan lagu sendiri, keutamaan saya tetap pada penciptaan karya untuk dinyanyikan oleh artis lain.

"Kepuasan terbesar saya adalah apabila lagu-lagu ciptaan saya mendapat sokongan ramai. Sebagai contoh, di AJL39 baru-baru ini, melihat karya 'comeback' saya selepas empat tahun diterima baik adalah sesuatu yang sangat bermakna," katanya.


Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis Amber Raya Romantics yang berlangsung di Hotel Majestic Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam usaha memperkukuhkan lagi kedudukannya sebagai komposer, Hael memberitahu, tahun ini dia ingin memberi lebih fokus kepada penghasilan karya baharu bagi memenuhi permintaan rakan-rakan artis yang ingin bekerjasama dengannya.

Namun, Hael menegaskan bahawa keputusannya ini bukan bermakna dia mahu berhenti menyanyi atau tidak lagi bersaing di pentas AJL sebagai penyanyi.

"Tiada istilah merajuk kerana bagi saya, AJL adalah antara platform yang memperkenalkan nama 'Hael Husaini' kepada seluruh rakyat Malaysia.

"Cuma, dalam perancangan akan datang, saya mahu memperbanyakkan lagi karya agar janji kepada rakan-rakan artis yang ingin bekerjasama dengan saya sebelum ini dapat ditunaikan," katanya.

Selain terus aktif dalam dunia nyanyian, Hael juga mahu memberi lebih tumpuan kepada syarikatnya yang kini semakin berkembang, khususnya dalam bidang penerbitan dan penciptaan lagu.

"Bukanlah bermaksud saya mahu berhenti sepenuhnya daripada jenama 'Hael Husaini' sebagai penyanyi, tetapi tahun ini saya ingin lebih fokus kepada syarikat sendiri yang sedang saya usahakan secara perlahan-lahan.

"Saya mahu memberi perhatian kepada penerbitan dan penciptaan lagu kerana sudah empat tahun saya tidak menghasilkan karya sejak Peluang Kedua untuk Nabila Razali.

"Ketika itu, ramai artis yang ingin bekerjasama, tetapi kami tidak berkesempatan untuk merealisasikannya. Jadi, insya-Allah tahun ini saya ingin cuba memenuhi hasrat tersebut," katanya.


Sumber: Harian Metro

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-3-2025 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Duduk je la belakang tabir hael oi. Akak malu bila tengok ko, sebab dulu pernah minat bakat ko. Kah kah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 02:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by September14 at 2-3-2025 02:46 AM

Sblmni dia sllu mng n masuk ajl ramai yg x puas hati tmasuk acik forum… lpstu dia mcm sendu skit… nsb bek skg dia muncul blik dgn lgu hits n tbukti dia antra komposer muda tbaik.
Kdg2 org mengecam smpai menjatuhkan karier org padahal org tu bagus… skg mcm nak jatuhkan si aina lak…
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2025 03:11 AM | Show all posts
suri33 replied at 1-3-2025 11:57 PM
Duduk je la belakang tabir hael oi. Akak malu bila tengok ko, sebab dulu pernah minat bakat ko. Kah ...

Kenapa akak malu? Akak tak pakai seluar ka?
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 08:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedappp lagu bukan lg kita tu… even ayat dia kita bukan lagi kita tu pun pd iols puitis ya…..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 10:15 AM | Show all posts
Edited by sukanyanyi at 5-3-2025 06:33 PM
rayna_raynes replied at 2-3-2025 03:11 AM
Kenapa akak malu? Akak tak pakai seluar ka?


hahah, sabar uols.. iols faham where the akak was coming from.. mungkin malu bg pihak sbb tgk penampilan heshe yg sudah berubah coz lebih minat imej lama.. dia mcm iols cringe bebaru ni tgk my AM punya wardrobe kat satu event ni, takot org lain pun cringe. but cringe sbb sayang.. but actually mungkin kita je yg rasa mcmtu, fans lain tak rasa pun. mcmtu la kot akak tadi dgn HH.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2025 12:18 PM | Show all posts
tp iols plak suka tgk wajah baru oppa ni..
tak kesah la org kata dia umah lemari ke apa,
tetap iols ske HH dgn gaya fresh!
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:37 PM | Show all posts
Lagu2 ezra kong banyak yg sedap dan naikkan hael
Hael masih ngn ezra ke atau dah bawak haluan masing2?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp hael ni suka buat lagu musik bising. Musik kuat. Kadang lagu sedap tp terlalu banyak musik jadi spoil.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 12:46 PM | Show all posts
udah rope oppa korea ko skrg haell
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
September14 replied at 2-3-2025 02:45 AM
Sblmni dia sllu mng n masuk ajl ramai yg x puas hati tmasuk acik forum… lpstu dia mcm sendu skit…  ...

Tok ti rileks je korang smua buat mcm tu dlu...hahaha. apa sangat la haelina dgn aina kena ni. Pencapaian diorg pon x sehebat tok ti dan kutukan pon x sekencang tok ti.

Tok ti bukan  forumer BBC je, sampai retis bergelar biduanita pon buli dia dan tercabar sampai tertiarap depan sri pentas dan turun naik mahkamah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik jelita mcm pelakon2 lelaki drama cina. Boleh masuk market mainland ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 04:44 PM | Show all posts
ko buat lagu utk org mmg best2 belaka.. teruskan.. duduk blkg supaya aku tk sakit mata tgk dada kau tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
tak sia2 ulang alik g korea sampai jadi gini..tahniah la kot ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
danieladam replied at 3-3-2025 04:37 PM
Tok ti rileks je korang smua buat mcm tu dlu...hahaha. apa sangat la haelina dgn aina kena ni. Pen ...

Tokti dia pnynyi, klu xde dia ramai lg pnynyi baru yg muncul, muda n better… mcm composer yg bagus mcm aina hael x ramai, klu diorg stop mkin kurangla komposer bgus nk bg lagu kt penyanyi2. Dah la malaysia lagu susah nak hits. Iols pun x mnat hael aina tp klu diorg compose lagu utk pnyanyi lain rasanya akan hits…
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 2-3-2025 03:11 AM
Kenapa akak malu? Akak tak pakai seluar ka?

Kelakar chuols hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 10:56 PM | Show all posts
sukanyanyi replied at 3-3-2025 10:15 AM
hahah, sabar uols.. iols faham where the akak was coming from.. mungkin malu bg pihak sbb tgk pena ...

Iols rasa ok je berubah imej dia, bukan dia pakai kelambu cam kelly azman atau jubah ada lace macam ojen aiwah tu
Tak paham kenapa semua kena ikut tekak/acuan tertentu je. Selagi tak cross dress ok lagi la kot
Even AM punya imej skrg pun I like sbb nampak international cam Harry Styles gitu.

Zaman penyanyi lelaki fesyen hauk ni kita tinggalkan je la di tahun 1990an gitu

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 11:00 PM | Show all posts
selipar_hijau replied at 3-3-2025 12:37 PM
Lagu2 ezra kong banyak yg sedap dan naikkan hael
Hael masih ngn ezra ke atau dah bawak haluan masing ...

Dalam album Antonim Part I tu ada je lagu buat dengan Ezra, tajuk dia Usia & Hero
Lagu raya dia tahun lepas pun dengan Ezra juga (Raya Kita Raya)




Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 11:02 PM | Show all posts
black_handbag replied at 3-3-2025 12:46 PM
udah rope oppa korea ko skrg haell

Tapi ramai org kata rupa dia cam Hani Mohsein
Ada kata cam Michael Jackson

Michael Jackson ngan Hani Mohsein tu korea ke?

Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
selipar_hijau replied at 3-3-2025 12:37 PM
Lagu2 ezra kong banyak yg sedap dan naikkan hael
Hael masih ngn ezra ke atau dah bawak haluan masing ...

Sekarang heshe dah banyak collab dengan Iqie Hugh yang sangat lazat di mara yach

Lagu Diam & Bukan Lagi Kita adalah ciptaan bersama Hael Mohsein & Iqie Hugh Lazat
Hael ni iols sifatkan sebagai the third pop maestro of our industry
Selepas M Nasir & Faizal Tahir
Kini Hael pulak mengikut langkah
Berapa banyak dah lagu Hael buat untuk artis lain yang meletup letup
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-4-2025 12:33 PM GMT+8 , Processed in 0.086429 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list