View: 594|Reply: 29
|
[Jenayah]
Gagal Lapor Diri, Pelatih PLKN Kena Penjara!
[Copy link]
|
|
Seramai 206 pelatih PLKN 3.0 siri 2 gagal melapor diri 11 Mei lalu di Kem Rejimen 505 Askar Watanniah di Pekan Pahang.
Kesemua mereka yang gagal melapor diri itu, akan diberikan peluang untuk melapor diri sebelum 12 tengahari, 16 Mei hadapan.
Kegagalan berbuat demikian akan membuatkan pelatih pelatih ini berdepan tindakan perundangan termasuk penjara dan didenda – menurut laporan Buletin TV3.
Pelatih PLKN gagal lapor diri perlu ada alasan munasabah
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Latihan) JLKN, Brigadier Jeneral Zainudin Bahari, pelatih PLKN yang gagal melapor diri ini akan diminta untuk menyatakan alasan kenapa mereka tidak dapat melapor diri dengan alasan munasabah.
Kegagalan untuk menyatakan alasan munasabah atau tidak boleh diterima, ianya membuatkan pelatih PLKN 3.0 yang tidak melapor diri ini akan tertakluk di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara 2003.
Zainudin mengesahkan bahawa kes ini akan dibentangkan di Majlis Latihan Khidmat Negara bagi membincangkan tentang keingkaran pelatih pelatih tersebut melapor diri.
PLKN 3.0 kembali lagi
Program PLKN 3.0 adalah program yang mengembalikan semula program yang sama selepas 2 siri beberapa tahun lalu.
PLKN kali ini menggunakan konsep dan format baharu yang bersifat komprehensif dan transformatif, program ini dirancang dilaksanakan mulai tahun 2025.
Matlamat utama program ini adalah untuk membentuk disiplin dan jati diri dalam kalangan belia, meningkatkan lagi semangat patriotisme di kalangan generasi muda.
Selain itu PLKN juga diharap akan dapat memupuk dan menyatupadukan golongan muda dari pelbagai kaum serta integriti nasional.
Seterusnya diharap akan dapat membentuk perwatakan positif dan mengamalkan nilai-nilai murni, menanam dan menyemarakkan semangat kesukarelawanan.
Dengan harapan akan dapat melahirkan generasi muda yang cergas, cerdas dan berkeyakinan.
Setiap peserta atau pelatih terpilih akan menjalani latihan selama 45 hari, dengan modul latihan berasaskan 70% latihan asas ketenteraan dan 30% komponen kenegaraan. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
halah, dulu dulu duluuu pun cakap camtu..
tapi aku tengok kawan2 aku elok selamat je takde kena tindakan apa2 walaupun tak pergi |
|
|
|
|
|
|
|
umur brp yg kene plkn ni? ke sama mcm dulu2 gak? nmpk mcm muda belia lagi dlm pic tu, kalau yg tgh study/nak masuk uni macam mana? |
|
|
|
|
|
|
|
yeke? kalau iolss tau, iolss pun tak pergi
iolss teringat masa kat sana dulu. jurulatih tu bebel kat weols, sebab lemau je. pastu dia cakap kat weols.."kena ingat, sebab apa awak ada kat sini" (lebih kurang camtu la dia cakap) pastu kawan iolss cakap "sebab terpaksa"

|
|
|
|
|
|
|
|
Bes lah PLKN..ada banyak aktiviti, kenal kawan dari pelbagai negeri dan bangsa...makan free 6x sehari...ada kelas hari2 untuk improve self confidence & soft skill, tiap2 minggu ada lawatan. petrosains, pusat sain negara, planetarium, melawat abng bomba...dll, petang aktiviti bebas boleh ushar2 wira2 bermain bola...kihkihkih... |
|
|
|
|
|
|
|
Klau dorang tu underage, law kanak2 melindungi dri kne penjara. Nak kne hukuman pun kne naik court dlu kan. Proses dia byk dan costly, lagi2 kalau ramai.
Biasanya alasan yg boleh tangguh tu sbb kesihatan, kerja, study. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan mmg terpaksa. Zaman iolls habis sekolah PLKN baru start. Tapi tak terpilih sbb iolls masuk Uni. Tapi adik iolls terpilih. Dah la masa tu form 6. Tinggalkan sekolah gi PLKN. Habis PLKN pegi balik sekolah, susah nak catch up. Sudahnya tinggal form 6. Padahal boleh je adik iolls buat surat takleh gi PLKN sbb masuk form 6. Benda betul2 menyusahkan.
|
|
|
|
|
|
|
|
tingat plak...anak ofismate meols ppuan nangis2 takmo join PLKN, so bapa cepat2 hantar study kat Australia lps abis SPM. Kawan adik meols pergi for 2 weeks, tak tahan, terus mak dia bawa balik dgn alasan nak sambung study amik A level. Adik meols kata dia dpt surat lewat dan pastu PLKN tgh ura2 nak cancel, dia plak mmg dah plan nak further study, jadi mmg tak join lah PLKN nie.
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah kann...memang terpaksa pun. 
nasib baik 3 bulan je. redah je la.
kalau tanya iolss ok je PLKN ni, tapi kalau nak suruh iolss masuk balik, no thanksssss
|
|
|
|
|
|
|
|
tengok jugak la dapat kat mana. iolss kat Pasir Putih tu ada apa je?
yang iolss ingat, modul khidmat masyarakat (?) iolss bersihkan lawn rumah DO.
|
|
|
|
|
|
|
|
Do tu saper u? I osl dapat dekat Kem PLKN Princess Haliza Sepang...very the princess treatment...best sgt u...sempoi2 je semua x strict mana...ada kawan i ols dapat kem lain agak strict ceritanya...ikut kem jugaklah kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 15-5-2025 10:32 AM
umur brp yg kene plkn ni? ke sama mcm dulu2 gak? nmpk mcm muda belia lagi dlm pic tu, kalau yg tgh s ...
Klau ikutkan kata mindef, hanya lepasan spm je yg ikut plkn. Maybe dorang dlm umo 17 cmtu. Tpi kwan iol kata tu gmbar lama. Bju plkn skg bju askar cmtu. Pastu kne pulangkan balik utk next budak pkai.
Dia ada byk fasa. Yg skg ni projek rintis, kem kl dan kem pekan. Maybe next year fasa penuh plkn, 13 kem askar dan 20 ipta, some politeknik.
• FASA PRA PLKN
• Bermula di peringkat sekolah melibatkan pelajar tingkatan 4
• Dilaksanakan bersama dengan ketetapan pelaksanaan modul GenMadani oleh KPM
• Dijangka bermula pada Jun/Julai 2025.
• FASA LATIHAN ASAS
• Melibatkan peserta 17 tahun dan ke atas di Kem-kem Askar Wataniah selama 45 hari
• Dijangka bermula April 2026
• PROJEK RINTIS
• Melibatkan 2 Kem Wataniah
• Sasaran Penyertaan seramai 1000 peserta
• Dijangka bermula pada Jun/Julai 2025
• FASA LATIHAN ASAS DI IPTA
• Bermula pada pengambilan pelajar sesi Akademik 2026/2027 |
|
|
|
|
|
|
|
nasib nama xde..kalau ada mau i nngis..sumpah tkt giler
nk kena berkawad bagai |
|
|
|
|
|
|
|
u ols asal mana...sadis jugak ya kalau dpt pedalaman xda byk tempat nak dilawati last2 p dok buat aktiviti bersih kg je...me ols melawat macam2 tempat...even asal selangor, tp tetaplah byk tmpat xpernah jejak lg...masa ddk plkn la asek berjalan & free plak..dapat kawan berbilang bangsa ..kem tu pon sgt cantik, ada aktiviti kayak, flying fox mcm2 lagi...part camping dlm hutan pon seronok, main masak2 maggi..masuk pagi petang keluar, dah x ghuper camping pon ..sampai sekarang iols rasa terhutang budi dgn PLKN sbb i ols byk imrpove social skill & self confidence lepas join PLKN, kalau masa sekolah dulu i ols sgt lah introvert & xpernah join apa2 aktiviti sekolah...kawan xramai ada sorang ja...aktiviti bersukan xjoin...lari pon dapat nombor last bukan lah sbb lembap lebih kpd mcm xda semangat sangat, aku lari lelaju nak buat apa, bukan boleh menang...after p PLKN join semua aktiviti secara paksa rela lama2 suka pulak bersukan u sbb banyak kali menang..company we ols delta dapat juara keseluruhan..i ols membayangkan iols join mcm harry potter, masuk semua aktiviti sampai kumpulan menang
|
|
|
|
|
|
|
|
wingardium leviosa

|
|
|
|
|
|
|
|
kan...baru fefeeling jadi Hermione Granger alaaaa bagi can lah u ols masa tu baru umor 17tahun
|
|
|
|
|
|
|
| |
|