View: 535|Reply: 7
|
Nazrief Nazri dituduh promosi gay
[Copy link]
|
|
Melakonkan watak gay menerusi drama Seribu Tahun, pelakon Nazrief Nazri menafikan naskhah tersebut mahu mempromosikan drama bergenre ‘Boys Love’ atau BL.
Memegang karakter Dr. Zahar, Nazrief atau Mohamad Nazrief Mohamad Nazri, 34, berkata banyak pengajaran diketengahkan di sebalik kewujudan watak sedemikian.
“Ada komen kata watak Dr. Zahar ini adalah cubaan Malaysia nak memperkenalkan BL series tetapi sebenarnya tidak.
“Bukan nak mempromosikan BL series.
“Episod terakhir drama Seribu Tahun, pengarah dan penulis skrip akan buat kesimpulan apa pengajaran nak disampaikan Dr. Zahar,” katanya dalam sebuah audio siar.
Pada masa sama, peserta Hero Remaja 2011/12 itu menjelaskan bahawa watak Dr. Zahar dicipta bagi membuka mata orang ramai tentang gejala hubungan percintaan sejenis.
“Bila pengarah dan penulis skrip wujudkan watak Dr. Zahar sebegitu, mereka nampak ini peluang untuk suarakan satu isu yang tidak pernah orang usik.
“Golongan homoseksual ini memang wujud dalam Malaysia.
“Tetapi apa tindakan kita? Adakah kita akan menjauhkan diri daripada mereka? Atau kita mendekatkan diri kita dengan mereka untuk mengajak mereka dekatkan diri dengan Tuhan,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, watak Nazrief yang menjalinkan hubungan cinta sejenis dengan pelakon baharu Zarif Ghazzi menerima komen negatif.
Selain Nazrief dan Zarif, Seribu Tahun diterajui barisan pelakon popular termasuk Azhan Rani, Noorkhiriah, Emma Maembong, Laila Nasir, Didie Alias dan Ashraf Muslim.
Drama tersebut mula bersiaran sejak 5 Mac lalu di saluran Astro Ria pada setiap Rabu dan Khamis pukul 9 malam.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Heshe ni bi ke @ coverina? |
|
|
|
|
|
|
|
Jijik aku dgn mangkuk ni...dah la perasan mcm fahrin ahmad
Jauh beza langit dgn bumi ya ko nk bajet2 mcm fahrin |
|
|
|
|
|
|
|
Drama radius one bkn drama erma fatima/zeila jalil...dr sutun lg dah dark theme
Actually ramai je wrga negara malaysia yg gay/bi..kau jumpa dgn x je... |
|
|
|
|
|
|
|
Pandangan mata dia mcm pandangan gayah.
Tapi zarif tu mmg cute. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by liyamariska at 17-5-2025 04:27 PM
ok.. mamat ni masih berlakon lagi...  |
|
|
|
|
|
|
|
Fakhrul dah normal. Kawin anak 3.Perut pun dh perut bapak2. Zahar yg tak berubah lagi. Dh try main dgn Imaan beberapa kali pun masih tak blh nk on. Giteww aku sebagai pemenat setia wan tauzen yiers
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau keluar astro mestilah byk do and dont. kalau viu ke bolehla nak BL. |
|
|
|
|
|
|
| |
|