View: 557|Reply: 10
|
[Jenayah]
Mati diserang, ditikam lepas tiga hari bergaduh
[Copy link]
|
|
SEBERANG PERAI – Polis menahan lima individu bagi membantu siasatan berhubung insiden pergaduhan yang mengakibatkan kematian seorang warga emas berusia 63 tahun di Cherok Tokun, di sini petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung pergaduhan berdekatan sebuah pondok di kawasan terbabit kira-kira pukul 3.22 petang.
“Mangsa bersama lima rakan termasuk suspek berusia 70 tahun sedang bersembang di pondok tersebut. Suspek tiba-tiba datang dari belakang dan terus memukul mangsa dengan sebatang kayu menyebabkan mangsa rebah ke lantai.
“Suspek kemudiannya mengeluarkan sebilah pisau dan menikam mangsa sebelum beredar dari tempat kejadian,” katanya di sini, lewat malam tadi.
Mengulas lanjut beliau berkata, pergaduhan tercetus dipercayai berpunca daripada perselisihan faham antara mangsa dan suspek yang berlarutan sejak tiga hari lalu.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
uish tak padan dah 70 tahun nak membunuh org. ehhhh barannya atok pun! |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by silance at 29-4-2025 01:25 PM
Apa punca perselisihan? Project condominium 500M kah? Tender bekal konkrit highway value billions kah? Airlines business berebut destinations kah? |
|
|
|
|
|
|
|
tempat aku pun ada geng-geng orang tua ni berkumpul bawah pokok, dalam pondok
masing2 dah pencen, bersembang dari pagi sampai tengahari. balik makan jap, petang sambung balik. dah macam fulltime kat situ
kadang2 diorang gi jalan makan sama2 kat kedai. dah tua ada kawan bagus lah. tapi kalau topik sensitif, topik politik, habis.. |
|
|
|
|
|
|
|
PULANGKAN replied at 29-4-2025 01:23 PM
tempat aku pun ada geng-geng orang tua ni berkumpul bawah pokok, dalam pondok
masing2 dah pencen, b ...
okla drp pi dangdut dan danok... |
|
|
|
|
|
|
|
Nganjing 3 hari berturut2 kot mana tak panas. Ko ingat orang tua ni tak reti naik angin ka? Kudrat ja yang membezakan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 ni, dia pun xkesah kena masuk dlm, asalkan hati puas |
|
|
|
|
|
|
|
Takpe, banyak privilege banduan lelaki tua. Sedangkan ya g ke tali gantung pun lepas sebab dah tua. Babi betul Hakim yang menilai rayuan jantan pembunuh sialan |
|
|
|
|
|
|
|
P. Ramlee dah kata lama dah..'Dah Tua pon Bodoh!' |
|
|
|
|
|
|
|
Kan.. Sepatutnya usia begini boleh beribadah dah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|