CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 158|Reply: 3

[Tempatan] Wanita, lelaki larikan barangan kemas lebih RM111,000 diburu

[Copy link]
Post time 28-4-2025 08:32 PM | Show all posts |Read mode


Shah Alam: Polis giat mengesan dua individu termasuk seorang wanita yang melarikan dua bentuk cincin dan tiga rantai emas dari sebuah kedai emas di sini, Sabtu lalu.


Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, ia susulan laporan dibuat pekerja kedai emas berkenaan jam 4.55 pagi, semalam.


Beliau berkata, menurut laporan, pengadu didatangi pasangan warga tempatan yang berpura-pura ingin membeli barang kemas kira-kira jam 4 petang.


Katanya, ketika sibuk mengambil pelbagai barangan emas untuk ditunjukkan, suspek wanita mengambil beberapa barang kemas tanpa disedari.


"Kehilangan itu hanya disedari selepas pasangan berkenaan beredar dan hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek wanita mengambil barang kemas semasa pengadu sedang leka.


"Antara barangan yang dicuri ialah dua bentuk cincin dan tiga rantai tangan emas dengan anggaran berat keseluruhan 244.08 gram, membabitkan kerugian sekitar RM111,743.55," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Mohd Iqbal berkata, suspek lelaki dilaporkan memakai topi merah dan cermin mata hitam, manakala suspek wanita memakai topi putih dan pelitup muka.


Katanya, usaha mengesan kedua-dua suspek sedang giat dijalankan.


"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Jenayah Sarjan Prabagaran Nair di talian 011-26394419.


"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya. - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2025 10:41 PM | Show all posts
Bongok punya juru jual. Tokey pun sama bongok tak ajar SOP.

Ini mesti kes alah bisa tegal biasa start lah cuai. Btw kedai melayu ka ni?

Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:13 AM | Show all posts
Decaffeinated replied at 28-4-2025 06:41 AM
Bongok punya juru jual. Tokey pun sama bongok tak ajar SOP.

Ini mesti kes alah bisa tegal biasa sta ...



Padan la muka kan.

Buduss sgt tokey kedai itu. Dah banyak video di u-tube cara cara jurujual kedai emas elak barang dari di curi tak kan tak tengok?


Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2025 01:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by namemysoul at 29-4-2025 01:30 AM

Kite penah masok kedai emas yg advance, bile kite masok jer tokey akan tutup grill kedai pastu baru dia bukak kaunter show jewellery dia. Tu pon tokey berada diblkg grill. Kirenyer ada dua jeniss grill, 1 kat pintu masuk n 1 kat kaunter..ini cite sblm 2020...dah x hengat taun bile. Kedai cine...mmg x leh lari ler...biler urusan dah siap, dia akan tutup grill kaunter dulu, settle sumer duit, brg, baru dia bukak grill pintu masuk...ahaks

Macam ader satu perasaan tau tak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-4-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036372 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list