CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 303|Reply: 6

[Tempatan] Redah 1,000km santuni melayu Tanah Sari

[Copy link]
Post time 27-4-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode


Khawthoung, Myanmar: Wujud perkampungan masyarakat Melayu dengan pertuturan loghat Kedah, tulisan jawi dan mengamalkan adat Melayu.


Itu adalah realiti masyarakat Melayu di negara ini yang tinggal di sekitar Wilayah Tanah Sari atau Tanintharyi khususnya di daerah Bokepyin, kira-kira 200 kilometer (km) daripada Bandar Khawthoung.


Tidak ramai yang mengetahui kewujudan masyarakat Melayu ini, malah ada yang beranggapan bahawa komuniti Melayu ini sebagai Rohingya atau Melayu Champa.


Penulis sendiri tertanya-tanya tentang susur galur perkampungan berkenaan yang mungkin mempunyai kaitan dengan sejarah awal negeri kerajaan Kedah Tua.Daya penarik itu membuatkan penulis bersama-sama sukarelawan Muslim Care Malaysia (MCM) serta Persatuan Kakitangan Islam Maybank (PKIMB) untuk sama-sama menyantuni masyarakat Melayu berkenaan dan mengetahui sejarah awal penempatan mereka di negara itu.


Bagaimanapun, laluan untuk sampai ke daerah Bokepyin itu agak mencabar bukan hanya tempoh perjalanan panjang, tetapi perlu mendapatkan pelbagai lapisan kebenaran daripada pihak berkuasa Myanmar serta melalui pos pemeriksaan polis serta tentera.


Untuk pergi ke daerah Bokepyin dari Bandar Khawthoung, tempoh perjalanan sekitar lima hingga enam jam selain melalui lebih daripada tiga pos kawalan polis serta tentera.


Penulis bersama sukarelawan MCM serta PKIMB merentasi laluan darat kira-kira 1,000 kilometer (km) untuk sampai di Bandar Khawthaung.


MCM kongsi rezeki di Bokepyin


Khawtoung, Myanmar: Tidak ramai yang mengetahui wujud etnik Melayu di Myanmar dan komuniti Islam ini seolah-olah dilupakan daripada segala bentuk bantuan luar.


Itu antara objektif Misi Bantuan Kemanusiaan ke Myanmar oleh Muslim Care Malaysia (MCM) selain melihat bentuk sumbangan yang sesuai untuk masyarakat Islam di negara berkenaan.


Timbalan Presiden MCM, Mohd Johari Ismail berkata, ini adalah kali kedua MCM melaksanakan misi sama dan kali ini, fokus lebih terarah untuk mendapatkan maklumat lebih lengkap terhadap masyarakat Melayu di negara itu.


"Pada masa sama, kami juga sedang merancang untuk melaksanakan ibadah korban di sini (Bokepyin, Myanmar) dan melihat bentuk bantuan yang bersesuaian.


"Terdapat persepsi umum yang menyangka bahawa masyarakat Melayu di Myanmar ini adalah etnik Rohingya atau Melayu Champa sedangkan faktanya tidak sebegitu.


"Masyarakat Melayu di sini turut dikenali sebagai Pashu dan mereka adalah etnik minoriti dan berbeza dengan Rohingya atau Melayu Champa," katanya.


Mohd Johari berkata, orang awam yang ingin bersama-sama menyumbang boleh melakukan transaksi menerusi akaun Maybank Muslim Care Malaysia 564490413882, Bank Islam (14014010147470) dan Bank Rakyat (1101744599).  - HARIAN METRO


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 10:15 PM | Show all posts
"Terdapat persepsi umum yang menyangka bahawa masyarakat Melayu di Myanmar ini adalah etnik Rohingya atau Melayu Champa sedangkan faktanya tidak sebegitu.

Acik2 forum pun dok jaja fitnah penduduk bukit malut tu Rohingya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 11:44 AM | Show all posts
'Kita Melayu betul'
Muhammad Saufi Hassan
saufi@mediaprima.com.my


GAMBAR kenangan bersama pengusaha pondok di sekitar Wilayah Tanintharyi selepas sukarelawan menziarahi dan menyalurkan bantuan yang diperlukan.


Khawthoung, Myanmar: "Hang mai mana. Dok sini berapa hari?"

Bunyi loghat percakapan ini biasanya dari sebelah utara tanah air atau lebih tepat di Kedah namun dialek itu dituturkan masyarakat Melayu di Myanmar yang masih mengamalkan adat Melayu bersama tulisan jawi.

Ia satu pengalaman baru mengejutkan bagi penulis apabila mendengar dialek utara yang dituturkan masyarakat Melayu di Myanmar seolah-olah penulis berada di negara sendiri.

Soalan itu diajukan kepada penulis oleh seorang lelaki berusia lewat 50-an tatkala penulis mengunjungi salah satu pusat pengajian pondok di sekitar Wilayah Tanintharyi berkenaan.

Lelaki itu memperkenalkan diri dengan nama Haji Arwan Isa, 55, dan penulis bertanyakan berkenaan dialek Kedah yang digunakannya.

"Memang kita orang Melayu sini (Myanmar) guna bahasa utara, keluarga kita ramai dari sana (Kedah), dulu ada yang dok (tinggal) di sini tapi ramai keluarga masih di Kedah tu.

"Ramai orang kita (Melayu) dok ada di sini, ramai orang tak tahu, depa (mereka) ingat kita macam Rohingya semua tu, kita Melayu betul, ada yang dah pindah ke Siam (Thailand) dekat Pattani tu, Nara (Narathiwat)," katanya.


SUKARELAWAN bersama penulis menaiki trak 'tuk-tuk' untuk menuju ke pergi ke beberapa kampung

Kebanyakan masyarakat Melayu yang tinggal di negara itu akan mengikuti pusat pengajian pondok yang masih menggunakan kitab tulisan jawi.

Malah ada juga antara mereka yang menyambung pengajian di Pattani, Thailand.

Untuk rekod, beberapa penempatan masyarakat Melayu di Wilayah Tanintharyi masih menggunakan nama penempatan mereka seperti Kampong, Ulu, Tengah, Pulau dan Telok walaupun sudah mengalami asimilasi dengan bahasa Inggeris atau Myanmar.

Wilayah Tanintharyi ini juga lebih dikenali dengan nama Tanah Sari yang menjadi penempatan tumpuan masyarakat Melayu di negara ini.


PENGANGKUTAN bot digunakan untuk ke selatan Myanmar daripada Ranong, Thailand.
Disiarkan pada: April 27, 2025 @ 12:00pm

Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 12:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti macam Melayu zaman sebelum sebelum merdeka.
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
iols nak je duduk tempat² pendalaman mcm ni. sesapa tau tanah nak jual kawasan pendalaman roger iols ok. tp kawasan tinggi la
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2025 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Radzor replied at 28-4-2025 01:40 PM
iols nak je duduk tempat² pendalaman mcm ni. sesapa tau tanah nak jual kawasan pendalaman roger iol ...


PACAK JER...memana...nanti ajak la gomen bincang ...berlajar la drp depa yg LICIK...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-4-2025 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak ke sana..boleh je ikut Thailand...naik ke Ranong...pastu dari situ ambil bot Ranong - Kawthung (Myanmar)...dlm 45min sampai..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-4-2025 04:11 PM GMT+8 , Processed in 0.056107 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list