CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 162|Reply: 2

Aiman Tino terasa hati sering ditanya soal zuriat, belum terfikir buat IVF

[Copy link]
Post time 27-4-2025 02:39 AM | Show all posts |Read mode


SELEPAS dua tahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Aiman Tino mengakui sedikit tertekan apabila sering diajukan soalan mengenai zuriat.


Aiman atau Muhammad Aiman Yusry, 27, berkata, dia dan isteri iaitu Che Syarah Haifa kerap menerima soalan mengenai cahaya mata lebih-lebih lagi ketika sambutan Aidilfitri baru-baru ini.


“Apabila sudah dua tahun mendirikan rumah tangga, kami makin terasa kerana ramai yang bertanya tentang anak.


  


“Terutama ketika hari raya, ramai saudara mara yang bertanya dan daripada situ kami sedikit terkesan.


“Bukanlah terlalu terkesan, namun pada saya mereka tidak sepatutnya mempersoalkan tentang rezeki,” katanya kepada mStar.


Aiman berkongsi perkara itu ketika ditemui pada acara Kenduri Raya Era yang diadakan di Ruang Tamu Datin Halijah, Kuala Lumpur pada malam Jumaat.


  


Dalam pada itu, Aiman berkata dia tidak mengambil hati sekiranya mahu bercakap soal zuriat namun biarlah ia ditanya dengan cara baik.


Malah, dia dan juga isteri belum terfikir untuk melakukan proses in vitro fertilization (IVF) memandangkan tidak mempunyai masalah kesuburan.


“Saya dan isteri masih usaha dan kami juga ada berjumpa dengan doktor.


  


“Namun kami belum berfikir untuk buat IVF sebab kami berdua tidak ada masalah untuk dapatkan zuriat.


“Pada saya tidak salah untuk bertanya namun perlulah dengan cara yang baik,” ujarnya.  


Sementara itu, penyanyi lagu Ku Rela Dibenci ini turut memberitahu dia dan isteri tidak pernah merancang untuk menimang cahaya mata sebaliknya menyerahkan kepada rezeki.


  


“Sebenarnya saya dan isteri tidak pernah merancang untuk menimbang cahaya mata malah kami juga tidak terlalu memikirkannya.


“Kalau Allah kurniakan kami rezeki Alhamdulillah,” katanya.


Untuk rekod, Aiman dan Syarah mendirikan rumah tangga pada 27 April 2023. - mStar


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 08:04 AM | Show all posts

Mungkin "swimmer" dia tak banyak dan tidak berjaya sehingga ke garis penamat.

Kalau tak nak buat IVF wife dia buat la mini IVF or buat la IUI or telan la clomid. Yang penting dia dan isteri dah bersedia utk punyai cahayamata.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni pencen aje la dlm industri..Udah kawen lagi la market jatuh dlm industri..Bakat pun tak seberapa..Kakak die pun dah elok bungkus dlm industri..Menyanyi pun kelaut dalam..

Sape je nk sibuk n ter nantikan baby junior dari korang..mesti tak comel mana pun tgk pada rupa korang laki bini..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.040311 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list