View: 726|Reply: 28
|
Bina 'saham akhirat' di kampung sendiri, pusat tahfiz Janna Nick hampir siap
[Copy link]
|
|
DI sebalik kesibukan dalam dunia seni dan perniagaan, pelakon popular Janna Nick, 30, terus komited dengan usaha kebajikan yang lama dirancangnya.
Menerusi satu projek wakaf ilmu yang digerakkan sejak beberapa tahun lalu, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner kini semakin hampir merealisasikan impian membina pusat tahfiz demi manfaat jangka panjang kepada masyarakat.
Dalam satu hantaran di Instagramnya pada Jumaat, usahawan produk kecantikan itu berkongsi perkembangan terkini berkaitan pembinaan Pusat Pengajian Al-Quran Nurul Jannah yang sedang giat dijalankan di Masjid Kampung Bukit Kechil, Simpor, Kedah.
Menurut beliau, proses menaik taraf dan pembinaan pembangunan baharu pusat tahfiz tersebut kini memasuki fasa seterusnya.
"Sebelum ini dewan makan dah siap, tambak tanah pun dah siap. Sekarang kami akan mula memperbaharui kelas," katanya dalam video tersebut.
Tambahnya, segala sumbangan diterima dimanfaatkan sepenuhnya demi keselesaan dan kemajuan pembelajaran pelajar-pelajar di pusat tahfiz berkenaan.
Isteri kepada pelakon, Dini Schatzmann itu juga menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menyalurkan sumbangan kepada usaha pembinaan tersebut.
Beliau menambah, orang ramai masih berpeluang untuk menyumbang bagi menjayakan usaha murni itu.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya menyambut baik inisiatif itu dan mendoakan terbaik buat beliau.
“Syukur Alhamdulillah. Semoga pahala terus mengalir sampai alam sana,” tulis @iammissnick.
"Masha-ALLAH. Syukur Alhamdulilah. Impian Janna tercapai juga akhirnya," komen @rozie_fayrose.
"Tahniah Janna. Saham akhirat," ujar @rosiahmohdisa ringkas.
Terdahulu pada 2022, Janna menyatakan hasrat untuk membina sebuah pusat tahfiz dengan anggaran kos mencecah RM6 juta.
Lokasi Masjid Kampung Bukit Kechil menjadi pilihan kerana ia merupakan tempat beliau dibesarkan. — Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
ok aku ada soala tapi maap la mulut aku laser.
apa hukum buat sekolah tahfiz dari sumber hiburan? |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh pulak nak beli saham utk akhirat. Millionaire senanglah masuk syurga. |
|
|
|
|
|
|
|
mawarberbisa replied at 26-4-2025 11:57 PM
ok aku ada soala tapi maap la mulut aku laser.
apa hukum buat sekolah tahfiz dari sumber hiburan? ...
This....
Pastu aku terfikir jugak, ada sumbangan orang awam tapi terpampang nama retis.
Adakah retis yg terpampang namanya akan pastikan pusat tahfiz ini diuruskan dengan baik. Kalau berlaku sebarang kes yg tak sedap didengar adakah beliau akan bertanggungjawab?
Aku rasa baik dana yg ada digunakan untuk bantu pusat2 tahfiz sedia ada yg memerlukan sumbangan. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulilah...terbaik...bayangkan berapa ramai bakal tahfiz yang akan wujud nanti!! Insyaallah...benda baik kita sokong |
|
|
|
|
|
|
|
Benda baik..tp yg bina tu artis seksi dedah badan sana sini ...cemana tu ya...owner yg punya tahfiz ni seorang perempuan yg seksi dlm dunia hiburan dedah tubuh badan...
Gambar kat atas mmg la bertutup mcm artis tu ni pi masjid baru dia menutup seluruh badan..tp hakikatnya dia suka dedah sana sini..
Moga sbg owner tahfiz, lepas siap nanti ko tutupla tubuh ko pakai elok2 baju longgar2 |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 27-4-2025 12:12 AM
This....
Pastu aku terfikir jugak, ada sumbangan orang awam tapi terpampang nama retis.
yg ni aku trpkir jgk igtkan 110% duit sndiri eh tiber ada sumbangan awam..
|
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm. Jahat ke aku ni kalau aku mcm rasa ada skeptikal sikit. 
|
|
|
|
|
|
|
|
Zezo replied at 27-4-2025 08:17 AM
Hmmm. Jahat ke aku ni kalau aku mcm rasa ada skeptikal sikit.
Tak jahat
Bukan u sorang. Ramai lagi ni |
|
|
|
|
|
|
|
Kat kampung i pun ada pusat tahfiz... tapi letak nama ulama' lama2 yg dah meninggal. idok le letak nama pengasas 
|
|
|
|
|
|
|
|
ntah lah ek..cakap2 lebih kang ada yg argue..tapi i rasa nak buat/derma ke pusat tahfiz ni perlukan sumber yg berkat & bukan syubhah..sbb tu kot ada je akhlak2 budak tahfiz skrg yg ke laut..tak kira lagi dgn makpak antar anak masuk tahfiz sbb nak lepas tangan sbb xleh handle anak nakal, pdhal baru skolah rendah..so bg i keberkatan sumber dari pengasas & parents tu mmg penting la..tgk je la anak teruna & dara normiang & yebbi apa jadi..yg anak teruna aritu sibuk dok tayang buat badan..hat anak dara tu 1 malaysia tau jadi apa kan… |
|
|
|
|
|
|
|
pastu kan, bukannya semua/majoriti yg masuk pusat tahfiz tu hafal 30 juzuk pun..tgk johan sehari dah lah..memula org dok impress kata dia bekas pelajar tahfiz, sekali rupanya 7 juzuk je dia hafal(tu pun kot yer hafal 7 juzuk)..perangai tahpape je.. |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 27-4-2025 12:12 AM
This....
Pastu aku terfikir jugak, ada sumbangan orang awam tapi terpampang nama retis.
aku setuju lebih baik tolong pusat tahfiz sedia ada.
mungkin sbb tu ramai jumpa budak tahfiz mintak sedekah kt pasar, kat youtube, kat whatsapp group, sebab benda2 mcm ni lah. masa nak bina, bukan main gah tapi hujung2 tak boleh sustain business dan maintenance
teringat dulu ada video kata budak2 tahfiz ni tak boleh makan minum sembarangan sbb takut susah nk hafal quran. ni lagi pulak sumber bina tahfiz pun dari artis berkemban, ketawa mengilai2, berpegang2.
apa dia buat ni bagus cuma tipu la kalau aku manusia biasa ni takde terfikir hukum sumber tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kita sendiri pun tak mampu nk buat, better diam la. Tak payah nk bitter sangat. |
|
|
|
|
|
|
|
Tahfiz ni sumber makanan pun kene jaga.
Ni pengasas pun aurat x terjaga dengan drumstick merata2 tayang.
Org berduit ni selalu igt dengan bg duit kat orang, anak yatim, tahfiz, dosa auto terhapus. |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada buat pusat tahfiz baik duit ko tu dermakan utk tahfiz sedia ada. Atau beli la tanah kebun ke wakafkan je pada mana2 tahfiz atau kebun, hasilnye masuk ke situ. Sama gak dpt jugak pahala di akhirat. |
|
|
|
|
|
|
|
sustainable ke tak? apa modul theyols guna untuk pastikan pusat tahfiz ni boleh maintain?
biar la orang nak skeptikal sebab terlalu banyak dah kes pusat tahfiz tak sustainable pastu last2 student kena mintak derma. Paling teruk ada pulak jenis jual nama tahfiz untuk kutip derma tapi duit berjoli benda lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam akademi ustaz kamilin jamilin, terang2 theyols tunjuk modul apa dorang guna, sape asatizah dorang, pastu jadual budak2 tu pon dorang ada tunjuk roughly. Itu baru betul nak bukak pusat tahfiz sambil balance kan dengan akademik. Hala tuju pon jelas |
|
|
|
|
|
|
|
slyfynx replied at 27-4-2025 09:34 AM
Tahfiz ni sumber makanan pun kene jaga.
Ni pengasas pun aurat x terjaga dengan drumstick merata2 ta ...
ya, theyols punya konsep asalkan dah sedekah kira settle la proses penyucian diri. |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 27-4-2025 12:12 AM
This....
Pastu aku terfikir jugak, ada sumbangan orang awam tapi terpampang nama retis.
Mcm ada sorang artis berbungkus..
Ada yayasan... Tapi kalau keluar mana2 terpampang nama dia sorang dgn muka sebesar alam... as if sumbangan peribadi beliau.
Apapun tahniah... Niat dah murni selebihnya siapa lah kita nak judge huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|