CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 698|Reply: 18

Bagi Nafkah RM2,000 Dekat Bini, Lebih RM300 Je Dari Gaji Maid RM1,700!

[Copy link]
Post time 26-4-2025 10:19 AM | Show all posts |Read mode


Sebelum ini, tular satu video memaparkan doktor berkongsi mengenai komitmen kewangan bulanannya di sebuah podcast.

Menerusi video tersebut beliau telah menyenaraikan komitmen bulanannya seperti yuran sekolah anak pertama sebanyak RM6,000, rumah sewa RM5,500, gaji manager RM5,000, nafkah isteri berjumlah RM2,000, gaji orang gaji RM1,700 dan banyak lagi.

Perkongsian itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai apabila ada yang menyoal jumlah nafkah diberikan kepada isterinya dan beberapa komitmen lain seperti rumah.

Ada yang mengatakan jumlah nafkah diberikan itu hanya berbeza RM300 dengan gaji pembantu rumah dan menyifatkannya tidak mencukupi.

Sedar ia menjadi bualan orang ramai, Dr Say kemudiannya tampil menjelaskan berhubung jumlah nafkah bernilai RM2,000 yang diberikan kepada isterinya.

Dalam video itu, Dr Say turut menjelaskan mengapa dia menyewa rumah bernilai RM5,500 pada setiap bulan.

“Pertamanya ada yang persoalkan kenapa saya sewa sampai RM5,500 sebulan,baik beli rumah sendiri. Kepada yang baru mengenali saya, saya ada beli sebuah rumah landed di Cyberjaya atas nama saya dan kami sekeluarga menetap di situ dari 2018.

“Akan tetapi Oktober 2023, kami berpindah ke Bangsar kerana terapi anak pertama kami ada di Bangsar. Jadi rumah di Cyberjaya itu saya sewakan dan mujur penyewa sewa harga sama dengan loan bank setiap bulan.

“Rumah di Bangsar ni saya bayar RM100% dan bagi saya RM5,500 tu justifiable (berpatutan) dengan perabot lengkap, teres dua tingkat, 1 kilometer dari pusat terapi anak autism kami dan rumah ini sangat strategik lokasinya,” katanya.

Menurut Dr Say bagi nafkah isteri pula, sebelum ini dia mempunyai komitmen lebih daripada RM35,000 sebulan kerana yuran terapi anak austism berjumlah RM10,000 pada setiap bulan.

“Berbalik kepada nafkah bini hanya RM2,000 sebulan. Sebelum ini komitmen saya lebih daripada RM35,000 sebulan sebab yuran terapi anak autism saya RM10,000 setiap bulan.

“Cuma baru-baru ini, anak saya graduate daripada terapinya dan saya akui, saya terlupa untuk revise nafkah yang diberi kepada bini,” jelasnya lagi.

Kata Dr Say, wang tunai yang diberikan mungkin tidak banyak namun dia tidak membenarkan isterinya membeli barangan dapur menggunakan wang sendiri kecuali jika barangan itu dibeli tanpa doktor selebriti berkenaan.

“Susu anak, lampin, makan apabila dating, hiburan anak bini, tiket penerbangan, penginapan, wang tunai apabila bercuti, saya akan pastikan saya bayar kesemuanya.

“Komitmen bini saya setiap bulan adalah pinjaman keretanya, yuran sekolah anak kedua, pinjaman ASB, insuran takaful, dan bil telefonnya. Sebab katanya itu line dia bersama ahli keluarganya dan dia larang saya daripada membayar.

“Dan sesen gaji bini saya, saya tak sentuh, kecuali bini yang bagitahu dia nak belanja atau dia nak ‘chip in’ (kongsi) di mana ini menjelaskan mengapa dia bayar pinjaman keretanya dan yuran anak kedua.”

Dr Say dalam masa sama turut menyifatkan duit isterinya adalah hak wanita berkenaan sepenuhnya. Manakala duitnya pula adalah hak isteri dan dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.

Ini kerana dia sedar setiap rezeki dimiliki adalah daripada Allah yang diturunkan kepada anak serta isterinya.

Dr Say bagaimanapun berterima kasih kepada mereka yang menegur nafkah RM2,000 tidak mencukupi serta akan cuba meningkatkannya dengan amount yang lebih tinggi.

“Sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa komitmen tinggi. Tak mengapa, itu komitmen saya dan saya sangat gembira menanggungnya,” kata Dr Say.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2025 12:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2025 10:20 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2025 10:22 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
RM2k xyah buat kerja umah. RM1.7k tu kena buat kerja umah. kalu bini dia buat kerja umah sbb xde pembntu maka nilai elaun dia RM3.7k.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 04:44 PM | Show all posts
BBNU tak kahwen lagi ni nak duit nafkah berapa riban eh? Nafkah 2K bersih setiap bulan untuk bini  apa yang sikitnya. Duit belanja rumah lain kira. Harap dapat kahwen toklaki bagi nafkah puluh ribu sebulanlah ya, kalo dak tak kahwenlah gayanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-4-2025 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Bbnu berangan bakalan dapat nafkah sama dgn gaji manager mmg tak puas ati le kalau sekadar 2k + takyah buat apa pun kat rumah tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 06:50 PM | Show all posts
2k sebulan upah mengangkang seminggu sekali? dah kira lumayan kot considering it's the same boring hole. Sorry to say this but since the discussion is about money we have to consider things for what they're worth.

1.7k untuk bibik tu deserving lah considering dia memang buat kerja rumah. Up kan lagi pun takpe.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
itik_magic replied at 26-4-2025 04:27 PM
RM2k xyah buat kerja umah. RM1.7k tu kena buat kerja umah. kalu bini dia buat kerja umah sbb xde pem ...

Setuju. 2k tu  nafkah saja ja, laki dah bg bibik tu buat kerja rumah jaga anak, bagi duduk rumah mahal, groceries, meals laki beli etc etc  Dah kenapa yg netizens pulak samakan dgn bibik pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
yg gaduh2 tu lom kawen kot..plus semua verangan kawen orka..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas baca cerita di atas, aku mula percaya marhean tak paham concept nafkah 2k dlm cerita tersebut.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 12:38 AM | Show all posts
bayangkan orang yg ada anak autism dan pendapatan. isi rumah hanya rm4-5k

now saya follow satu pasangan loyer yg ada 2 anak autism
fuhhhhh ... mencabar sungguh ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 01:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Sayang duit banyak tapi tak beli rumah cash.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 03:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok je I rasa sebab dia dah hire bibik. So bini dia x yah dah susah2 buat kerja rumah. Yg dok kutuk tu silap2 200 pun lakinya tak kasi, pakej dgn kena share bayar commitment lagi, tu busuk hati nk condemn je.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau apa pung..bersukur lah..
Ada yang dpt rm2k
Ada yang dpt rm50 siap soh beli lauk sebulan dgn rm50
Ada yang dpt rm10k setiap kali bersalin
Ada yang kena kerja tolong laki...

Tiap2 orang nasibnya lain2..
Netizen tak habis2 nak kondem
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Duit raya berapa pula bagi? 15 ribu ada tak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2025 11:16 AM | Show all posts
dah bini dia tu doktor ko ko nak samakan gaji dia dgn maid kenapa? dia bukan keje maid sepenuh masa pun.. dia ada keje hakiki dia kot. bodonya netizen ni nak buat perbandingan pun

baidewei bersukurla toklaki bagi nafkah 2k sebulan tu. ada isteri sahm tak diberi nafkah satu sen pun sepanjang perkahwinan
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
yg komplen tu mata hanya nampak figure
1.7k
2k
beza 300 = "jom merempan bini sama level dgn bibik"..

tp di sebalik 1.7k bibik dpt tu depa x nmpak..

budus..hahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2025 01:17 PM From the mobile phone | Show all posts
netizen myibuk lagi...dh la tak paham apa,main komen jah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-4-2025 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.065390 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list