Dia bagaimanapun memberitahu perkara tersebut tidak direalisasikan apabila selepas suaminya melepaskan tawaran kerja tersebut.
“Alhamdulillah saya masih di sini dan Tuhan belum mengizinkan untuk saya pencen.
“Selepas memikirkan mengenai persekolahan anak-anak dan kebetulan anak sulung kami, Adam bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suami akhirnya menolak tawaran itu,” ujarnya.
Dalam masa sama, pelantun lagu Semoga Abadi itu berharap sekiranya hasrat berara tersebut menjadi realiti, dia mahu semuanya berlaku dalam keadaan tenang tanpa sebarang paksaan.
“Saya selalu berserah pada Tuhan untuk semua perkara. Kalau nak bersara pun, biarlah dalam keadaan tenang sahaja.
“Namun, tak mungkinlah sampai tahap nak buat pengumuan rasmi. Saya pula memang seorang yang kalau nak buat sesuatu keputusan, akan fikir habis-habisan.
“Saya juga akan terus bertanya dan bertanya dengan kawan-kawan untuk dapatkan kepastian mengenai keputusan yang dibuat itu,” jelasnya.
Terdahulu, Misha mendirikan rumah tangga dengan Firros pada 2 Mei 2014 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Idris Ezzwa.
Selain itu, Misha juga memiliki seorang anak angkat, Muhammad Adam Emir.
Sumber: Kosmo