CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 60|Reply: 2

[Tempatan] Penunggu' 300 kg di Kajang berjaya dipindahkan

[Copy link]
Post time 26-4-2025 01:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

'Penunggu' 300 kg di Kajang berjaya dipindahkan
Muhaamad Hafis Nawawi

mhafis@mediaprima.com.my


Buaya tembaga seberat lebih 300 kilogram (kg) yang dipelihara sejak 46 tahun lalu di sebuah kediaman di Taman Country Heights, di sini, dipindahkan dengan selamat oleh Perhilitan Selangor. FOTO Ihsan PERHILITAN



Kajang: Seekor buaya tembaga (crocodylus porosus) seberat lebih 300 kilogram (kg) yang dipelihara sejak 46 tahun lalu di sebuah kediaman di Taman Country Heights, di sini, berjaya dipindahkan dengan selamat.

Operasi pemindahan itu dilaksanakan sepasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor dengan kerjasama Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC), 13 April lalu.


Pengarah Perhilitan Selangor, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, proses pemindahan dilakukan bermula jam 9.30 pagi selepas pemiliknya membuat penyerahan secara sukarela atas dasar keprihatinan terhadap kebajikan haiwan dan menyokong usaha konservasi jangka panjang.


Menurutnya, pemindahan buaya itu dilaksanakan terus dari kolam yang berada dalam kawasan rumah pemilik.





"Buaya tembaga ini dianggarkan berukuran kira-kira empat meter panjang dan mempunyai berat melebihi 300 kg.


"Berdasarkan maklumat pemilik, buaya betina itu dibela sejak lebih 46 tahun lalu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, proses pemindahan mengambil masa kira-kira satu jam untuk menangkap, mengikat dan mengangkat buaya ke atas kenderaan jabatan sebelum dibawa ke Paya Indah Wetlands untuk tujuan pemerhatian dan penyesuaian habitat.

"Cabaran utama pemindahan buaya itu ialah faktor saiz dan berat reptilia terbabit selain memastikan keselamatan semua anggota operasi.

"Proses perlu dijalankan dengan penuh berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan kepada buaya dan risiko terhadap anggota operasi.

"Penggunaan peralatan khas serta kepakaran anggota dari Jabatan Perhilitan Selangor dan NWRC amat penting dalam memastikan kejayaan operasi ini," katanya.

Katanya, pemilik reptilia itu mempunyai permit khas sah daripada Jabatan Perhilitan dan penyerahan sukarela itu dibuat selepas berpandangan bahawa penempatan buaya di pusat konservasi adalah lebih sesuai untuk penjagaan dan kelangsungan hidup buaya itu.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-4-2025 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
ni baru betol2 T20... bela buaya ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2025 05:32 AM | Show all posts

Menangis la buaya dok seekor seekor dlm hutan rindukan tuan dia. Silap silap tak nak makan lalu mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-4-2025 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.095250 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list