BAGI pencinta filem Bollywood pasti mengenali Madhuri Dixit, pelakon popular yang bukan sahaja hebat bermain emosi, malah mempamerkan skil tarian mempesonakan dalam setiap karya dipertanggungjawabkan.
Biarpun kini meninjak usia 57 tahun, beliau kekal fit, awet muda dan memiliki kulit wajah yang berseri.
Menurut Madhuri, sehingga kini pelakon utama filem Dil To Pagal Hai itu masih mengamalkan rutin kecantikan yang disifatkan menjimat kos dan DIY, namun hasilnya berkesan.
Beliau berkongsi rahsia kecantikannya itu melalui saluran YouTube, hanya menggunakan dua bahan mudah iaitu timun dan susu.
Hirisan timun direndamkan dalam susu lalu diletakkan pada kulit wajah bagi tujuan hidrasi, mengurangkan iritasi dan mengurangkan bengkak.
Menurut Madhuri, "Saya ingin berkongsi petua ringkas apabila kulit wajah kusam dan kering serta kurang sihat, apatah lagi anda perlu keluar menghadiri parti.
"Caranya mudah saja potong timun menjadi kepingan bulat, rendam dalam susu dan simpan di dalam peti sejuk selama 10 hingga 20 minit. Kemudian letakkan hirisan ini pada muka dan mata 10-15 minit. Ia benar-benar membantu memulihkan kulit wajah.”
Susu berfungsi memberi kelembapan dan pengelupasan ringan, sementara timun mempunyai sifat penyejukan, antiradang dan penghidratan.
Berikut MAJORITI kongsikan lima manfaat timun pada kesihatan dan kecantikan kulit wajah. - MAJORITI
|