View: 560|Reply: 19
|
[Tempatan]
Kalau tak tolong mangsa Tragedi Putra Heights, nanti Hari Kiamat kena tanya...5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Tragedi Putra Heights
[Copy link]
|
|
Lima warga Pakistan yang berani meredah sungai untuk membantu penduduk terjejas akibat tragedi Putra Heights, Subang Jaya menerima penghargaan rasmi daripada Kedutaan Pakistan di Malaysia.
Kelima-lima mereka — Khaista Nawab, 50, Bakht Munir, 37, Amir Nawab, 47, Rafiq Ullah, 25, dan Jaafar Ali, 40 — telah dipanggil untuk menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia dalam satu majlis di kedutaan negara itu, semalam, petik Harian Metro.
Khaista berkata, dia dan rakan-rakannya sama sekali tidak menyangka bahawa bantuan spontan yang diberikan akan mendapat pujian serta pengiktirafan, kerana mereka melakukannya dengan ikhlas semata-mata untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Kami bantu kerana itu yang patut dilakukan sebagai manusia, bukan untuk habuan. Bila lihat penduduk di seberang sungai panik, kami tahu kami perlu lakukan sesuatu,” katanya di sini hari ini.
Menurutnya, kesemua mereka yang berasal dari wilayah Khyber Pakhtunkhwa, Pakistan telah berada di Malaysia antara tujuh hingga 20 tahun untuk mencari rezeki.
Kalau tak tolong mangsa Tragedi Putra Heights, nanti Hari Kiamat kena tanya
Khaista berkongsi apa yang berlaku pada hari kejadian. Ketika itu, kelima-lima mereka sedang berada di rumah masing-masing yang terletak berhampiran sungai kerana masih bercuti sempena Aidilfitri.
Perkara pertama yang terlintas di fikiran apabila melihat api marak dari jarak kira-kira satu kilometer dari rumah mereka ialah untuk mengambil pasport dan segera melarikan diri.
“Tapi kemudian saya fikir, tidak boleh lari kerana nanti pada hari kiamat akan ditanya juga. Harus bantu orang walau nyawa sendiri dalam bahaya.
“Jadi, kami berenang ke seberang dan kembali ke tebing di Kampung Sri Aman lebih lima kali bagi menyelamatkan semua penduduk,” katanya. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya kerajaan Malaysia bagi lah mereka ni PR sebagai balasan. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang kena jawab dan hisab nanti Anwar Ibrahim....kenapa bagi tanah pada Berhala Berhala....Mufti dan Sultan pun kena jawab. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 12-4-2025 11:57 AM
FOTHER-MUCKER replied at 12-4-2025 11:08 AM
Sepatutnya kerajaan Malaysia bagi lah mereka ni PR sebagai balasan.
Abang..ini sijil apa mcm pakai??kurang2 pon saiya suda selamat Msia worang..saiya mau ini machiam la:
1.IC
2.Parampuan Msia buat bini la(1 hari ank pidana mintri la)
3.Apa apa lesen pon boleh
 |
|
|
|
|
|
|
|
What exactly yang dorang buat sebenarnya? Heret mangsa sambil berenang ka... terer tu
btw, sebiji macam melayu takut ditanya di padang mahsyar. Sama ustad yang bagi tazkirah ka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pandai berenang kalau org malaysia ramai x boleh berenang |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah diucapkan kepada mereka |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya org Msia kena pandai berenang..laut keliling negara, suhu panas sepanjang tahun..swimming pool merata...xde alasan sebenarnya
One more thing yg pandai berenang belum tentu boleh bawa mangsa ke tebing sbb perrlukan kecekapan bawa satu beban berat..sbb tu ada kes yg cuba nk selamatkan org sbb dia rasa boleh tp tragisnya dgn dia sekali lemas.
|
|
|
|
|
|
|
|
Org kata sg tu ad boyer. Btul ke?aku ni klo pakistan, ad la sket soft spot. Klo rohingya mmg layak ditendang. Dh la dok negara org, buat jahat plak tu. Suka sepahkan sampah org. X reti kemas smula. Pastu curi buah mangga org. |
|
|
|
|
|
|
|
Diaorg ulang alik berenang cross sungai tu...dlm 30 org mangsa jugakla diaorg dapat transfer |
|
|
|
|
|
|
|
OOOOooo tolong sebab takut kena soal kat akhirat...
maksudnya bukanlah ikhlas pun nak tolong...
orang kalau betul2 ikhlas, takde takut itu ini dan takde balasan sorga pun dia akan tolong.... |
|
|
|
|
|
|
|
elnor_81 replied at 12-4-2025 06:50 PM
Org kata sg tu ad boyer. Btul ke?aku ni klo pakistan, ad la sket soft spot. Klo rohingya mmg layak d ...
Sama la..paki ok lg ..rohingya adui..entahlah |
|
|
|
|
|
|
|
matamata replied at 12-4-2025 07:21 PM
Diaorg ulang alik berenang cross sungai tu...dlm 30 org mangsa jugakla diaorg dapat transfer
Eh ramai gak..iols ingt dlm 5-6 org je ditolong |
|
|
|
|
|
|
|
Mende la org malaysia ni..dah tolong org dlm kesusahan tu kan ke benda biasa je.. ni sampai nk bg penghargaan bagai |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah mereka percaya pada hari akhirat, salah satu rukun iman. Yang bagi penghargaan kepada mereka adalah Kerajaan Pakistan, melalui kedutaan mereka di sini. |
|
|
|
|
|
|
|
white_musk replied at 12-4-2025 07:25 PM
OOOOooo tolong sebab takut kena soal kat akhirat...
maksudnya bukanlah ikhlas pun nak tolong...
Ni contoh manusia penuh hasat dalam hati
Dia boleh tau hati org tu ikhlas ke tak berpandukan ayat tu je mengalahkan nabi...
Padahal ada riwayat musuh nabi yg peluk Islam masa perang pn nabi tk persoalkn hati dorg ikhlas nk masuk ke atau nk elak Kene perangi bagai..
Hebat la MU mengalah kan nabi sendiri
Spesies2 ni kalau kt nusantara..dipuja sbg demigod bagai..pencetus ajaran sesat |
|
|
|
|
|
|
|
krustykrab replied at 12-4-2025 08:27 PM
Mende la org malaysia ni..dah tolong org dlm kesusahan tu kan ke benda biasa je.. ni sampai nk bg pe ...
Igt sungai sekangkang kera ke? |
|
|
|
|
|
|
|
biar lah diorg dpt penghargaan pun.. dari kedutaan diorg sendiri juga..lagipun kalu dgr dari citer org kita sendiri masa kejadian tu..ada penduduk panggil org kita yg ada kat kawasan tu gi tolong mula2 tu..tapi x sanggup nak tolong (tak salahkan diorg la sbb bukan semua org leh berenang)..Cuma pakistan 5 org ni je yg sanggup..korang pun kan, takyah la nak sarkastik bg PR,ikhlas kat ke tak ikhlas bagai..konteks skrg pakistan ni tlg selamatkan org..kalu yg buat jenayah, tetap la kena tangkap..melalut nau smpi nak perli2 bg PR lah,ikhlas ke tak ikhlas lah apa bagai..time sembang taknak kalah mcm terpaling liberal..tapi hakikatnya mulut bawang mcm nurtizens lain jgk.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|