CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25|Reply: 0

[Kedah] Boleh berbeza pendapat, tapi secara beradab - AMK Alor Setar

[Copy link]
Post time 20-5-2025 02:18 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 20-5-2025 02:19 AM

Boleh berbeza pendapat, tapi secara beradab - AMK Alor Setar

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
19 Mei 2025 03:51pm




Mohd Luqman



ALOR SETAR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Alor Setar menggesa semua pihak dalam parti agar menghormati keputusan pemilihan Ketua AMK Pusat yang menyaksikan Muhammad Kamil Abdul Munim menang tanpa bertanding.

Ketua Penerangannya, Mohd Luqman Hakim Rosli berkata, mereka memandang serius kenyataan terbuka yang dikeluarkan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, berhubung pemilihan AMK, khususnya terhadap kemenangan tanpa bertanding tersebut.

Menurutnya, setiap pemilihan dalam parti dijalankan secara demokrasi dan telus, dan kemenangan yang dicapai perlu diterima dengan penuh profesionalisme.

“Kami percaya bahawa setiap proses pemilihan yang berlaku dalam parti adalah berdasarkan sistem demokrasi dalaman yang telus, dan kemenangan mana-mana calon harus dihormati, bukan dipertikaikan secara terbuka.


“AMK Alor Setar menyokong pendirian yang matang dan berhemah dalam berkempen. Kita boleh berbeza pandangan, namun biarlah perbezaan itu dizahirkan secara membina dan beradab, bukan dengan menyerang peribadi atau memperlekeh pemimpin muda yang telah diberi mandat,” katanya pada Isnin.

Beliau berkata demikian mengulas laporan Sinar Harian yang melaporkan Rafizi mendakwa bahawa pemilihan yang memberi laluan kepada Muhammad Kamil untuk memegang jawatan Ketua AMK bagi sesi 2025 hingga 2028 merupakan peluang terakhir berikutan usianya yang telah mencecah 35 tahun.

Menurut Rafizi dalam ceramahnya pada jelajah Hidupkan Idealisme Reformasi dalam Ujian Kuasa (HIRUK) di Kota Bharu, Kelantan, Muhammad Kamil tidak lagi berpeluang merebut jawatan tersebut pada pemilihan akan datang kerana had umur telah melebihi syarat yang ditetapkan.

Jelas Mohd Luqman, AMK Alor Setar menegaskan bahawa semua pihak harus kembali kepada semangat musyawarah dan memperkukuh perpaduan dalam parti bagi memastikan kesinambungan perjuangan politik yang berprinsip.


Beliau turut menyatakan keyakinan terhadap kepimpinan Muhammad Kamil dan percaya beliau mampu memimpin AMK ke arah pembaharuan yang lebih progresif dan relevan dengan perjuangan anak muda.

“Saudara Kamil Munim bukan asing dalam perjuangan AMK. Beliau telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen tinggi dalam memperkukuh idealisme perjuangan anak muda dalam parti,” katanya lagi.


https://www.sinarharian.com.my/article/729313/berita/politik/boleh-berbeza-pendapat-tapi-secara-beradab---amk-alor-setar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2025 03:06 AM GMT+8 , Processed in 0.053912 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list