CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1247|Reply: 37

Kalau tiada duit, dermalah darah – Azhan Rani

[Copy link]
Post time 18-5-2025 06:40 PM | Show all posts |Read mode


Bagai satu dalam sejuta, bukan mudah untuk seseorang itu menggadaikan sebahagian daripada nyawanya demi menyelamatkan mereka yang benar-benar memerlukan.


Ada orang, menderma wang ringgit untuk membantu meringankan beban seseorang yang hidupnya susah. Berbeza pula dengan pelakon versatile, Azhan Rani apabila dirinya menderma darah demi menyelamatkan nyawa orang lain.


“Setakat ini, saya sudah menderma 109 kali dan saya kategori penderma darah eferesis. Maksudnya eferesis ini saya dermakan darah plasma dan platelet, bukan darah merah.


“Jadi kekerapan yang saya boleh buat adalah dua minggu sekali berbanding dengan penderma darah merah, tiga bulan sekali,” katanya kepada Pancaindera.


  


Menurut Azhan, dia pernah menyaksikan insiden pedih yang dilalui sebuah ahli keluarga kerana tidak dapat menyumbang darah mereka kepada seorang bapa yang sedang sakit sekali gus memberi tamparan hebat buat dirinya.


“Perkara ini menyedarkan saya sewaktu saya menjaga arwah bapa di hospital dan ternampak ada satu keluarga di depan katilnya sedang bersedih sebab bapa mereka perlukan darah.


“Tapi ahli keluarga dia seorang pun tidak layak menderma. Satu kerana kesihatan dan darah tidak sesuai. Pada masa itu juga stok bekalan darah agak kurang. Jadi darah ini bukan boleh dibeli walaupun kita ada duit.


“Sekaya mana pun kita, dia hanya mengharapkan ihsan penderma sahaja. Jadi, di situ saya terfikir kalau saya dalam situasi mereka macam mana? Jadi saya pergi ke Pusat Darah Negara dan mula menderma,” jelasnya.


Meskipun sudah biasa menderma darah, pelakon drama Seribu Tahun itu memberitahu dirinya tetap menjalani ujian saringan sebelum prosedur seterusnya dijalankan.


  


“Di Malaysia, kita boleh derma darah sehingga usia 70 tahun. Walaupun saya sudah banyak kali menderma darah, saya masih perlu melalui proses saringan daripada doktor setiap kali ke sana.


“Mereka akan periksa gaya hidup kita, darah dan kesihatan kita. Baru kita layak untuk beri darah kita kepada orang. Dulu saya pernah ada masalah haemoglobin yang rendah.


“Doktor nasihatkan saya untuk pantau pemakanan dan elak mengambil makanan atau minuman yang boleh menyebabkan haemoglobin rendah seperti teh dan kopi. Selepas lapan bulan berhenti bila minum teh dan kopi, bacaannya sudah cantik,” kongsinya.


Sebelum ini, pelakon yang berusia 49 tahun itu pernah meluahkan rasa kesal kerana tidak ramai yang cakna dengan jumlah beg darah yang terkumpul di Pusat Darah Negara.


Bagaimanapun, dia turut menyifatkan amalan menderma darah ini juga mampu memberi kebaikan terhadap kesihatan penderma biarpun dalam usaha untuk membantu nyawa orang lain.


  


“Satu beg darah mampu selamatkan tiga nyawa. Mungkin ada beberapa faktor yang menyebabkan orang ramai kurang cakna dengan kebaikan menderma darah ini. Ada yang beranggapan kita bantu orang tetapi tidak membantu diri sendiri.


“Tetapi tidak, lebih banyak kita menderma darah, lebih mudah ia membantu tubuh badan kita menjadi lebih sihat. Lagi pula, bukan semua orang layak untuk menderma darah.


“Salah satu keistimewaan yang saya dapat lebih-lebih lagi saya penderma darah eferesis, saya dapat menjalani pemeriksaan kesihatan di pusat derma darah secara percuma.


“Darah saya akan dibawa ke makmal. Alhamdulillah, sekarang kolesterol dan kandungan asid uric saya juga stabil,” katanya.


Sementara itu, Azhan turut menggalakan orang ramai untuk mula menderma darah kerana usaha menyelamatkan nyawa itu lebih bernilai dari wang ringgit.


“Menyelamatkan nyawa itu satu perkara yang sangat besar nilai dia. Kalau tidak ada duit, pergilah derma darah. Nikmat kesihatan yang sementara ini juga adalah perkara yang boleh kita sumbangkan malah lebih bermakna daripada duit,” ujarnya. - UTUSAN



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2025 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
setuju! harap lebih ramai anak muda terbuka untuk derma darah. Time sihat ni la kena buat, nanti sakit dah tak boleh buat
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Setuju dengan pendapat dia...xde duit..boleh derma darah...tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikon derma darah dah meninggal tahun lepas.


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehbtak nak kata penderna darah ni mestilah straight dan takde hubungan rambang?


Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2025 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Serius ckp. Dia ni xde rupa. Malas nk tgk citerr dia. Sorry to say
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-5-2025 11:01 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 18-5-2025 07:39 PM
Bolehbtak nak kata penderna darah ni mestilah straight dan takde hubungan rambang?

ye.. golongan lgbt/pelacur/seks bebas/bertukar pasangan tak dibenarkan menderma..sendiri kena jujur la..

demi keselamatan penerima darah..



Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 11:03 AM | Show all posts
dah bertahun aku x derma darah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2025 11:06 AM | Show all posts
amyfaha replied at 18-5-2025 07:46 PM
Serius ckp. Dia ni xde rupa. Malas nk tgk citerr dia. Sorry to say

dia kalau groom elok-elok, dressing elok-elok, bau wangi, mesti ok je rupanya..ada rupa lelaki melayu sejati..
ni nampak busuk masam je..
mana nak datang peminatnya..




Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 03:53 PM | Show all posts
Masalahnye takut jarum pastu trauma cik misi x dapat2 cari saluran darah, smpi 3 kali kene cucuk. Rela kene cabut gigi lagi ha ha ha.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 04:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols lak takde duit dermalah tenaga.. tlg kemas meja tolak kerusi pun ok.. sedekah singgit diam² pun boleh
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 19-5-2025 11:01 AM
ye.. golongan lgbt/pelacur/seks bebas/bertukar pasangan tak dibenarkan menderma..sendiri kena juju ...

Makin ramai lgbt makin kurang penderma darah.


Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2025 08:19 PM | Show all posts
mak iols antara penerima darah kuning aka platelet. hari tue bacaan darah sheols drop merudum and doctor buat blood transfusion utk stabilise kan balik her platelet. masa tgh buat transfusion tue iols teringat kat azhan nie, terima kasihlah pada heols yg rajin menderma walaupun tak semestinya darah yg mak iols received tue adalah from his, tp syukur stok tue ada disebabkan org2 mcm heols.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Penah nmpk dia dkt PDN..ok je dia ni..dh kawen ke bujang tua ek
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 09:25 AM | Show all posts
amyfaha replied at 18-5-2025 07:46 PM
Serius ckp. Dia ni xde rupa. Malas nk tgk citerr dia. Sorry to say

apa kena mengena paras rupa dgn story psl dia derma darah? forumer2 selalu bg komen2 kat cerita tak berkaitan. pilihan masing2 uols nak minat retis mana pon
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 09:41 AM | Show all posts
setuju
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2025 09:54 AM | Show all posts
iols dapat 2 kali je menderma time belum kahwin .. now dah ada anak ni sokmo tak boleh derma. ada je sebab.. antaranya low blood.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by makita at 20-5-2025 11:37 AM
prettyuglybabe replied at 19-5-2025 11:01 AM
ye.. golongan lgbt/pelacur/seks bebas/bertukar pasangan tak dibenarkan menderma..sendiri kena juju ...


Ye, kalau baru cucUk vaksin atau baru kene covid pon kene tgu beberapa bulan. Baru buat cabut gigi pon kene tunggu dulu.
Oh ya meols baru tahun, kalau puasa boleh derma darah. Tp sebelum kul 9 pagi (reason, belen2 tenaga masa sahur masih ada). Pusat darah spital bukak kul 8 pagi.

Yg Azhan ni derma, cecair yg keluar tu warna kuning transparen. Mmg nurse2 cukup suka la sbb jarang org leh derma.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 11:35 AM From the mobile phone | Show all posts
sudirmanistas replied at 19-5-2025 03:53 PM
Masalahnye takut jarum pastu trauma cik misi x dapat2 cari saluran darah, smpi 3 kali kene cucuk. Re ...

Chuols, masa nurse tgh cucuk2 tu kan chuols jgn pandang. Hahaha jarum dia besar chuols. Meols selalu buat2 pandang dinding mmg x sanggup tgok.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2025 12:30 PM | Show all posts
sakit tak derma darah ni?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2025 05:32 AM GMT+8 , Processed in 0.051038 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list